28 December 2011

Panggilan buat suami....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Aku nak panggil hubby aku "abang" tapi serius aku cakap, aku rasa kelakar sangat nak panggil dia "abang". Tak tau kenapa. Puas lidah ni aku latih panggil dia "abang". Sedangkan jarak usia kami 14 tahun. Selama ini kami bahasa diri kami "saya awak". Depan anak, aku panggil hubby "Daddy". Sudahnya hubby panggil aku "Ibu". Macam ade aku anak 2 pulak rasanya...


Kelakar bila aku panggil hubby "abang". Rasa nak guling-guling atas lantai. Tapi berdosa tak bila aku tak panggil hubby aku "Abang"? Entah le... Hubby aku pon gelak bila aku panggil abang... Selalu saja aku panggil hubby macam ni --- "Wak, tolong tengok2kan Fatih".--- Macam Wak Jawa je bunyinya kan. Tapi kami senang begini asalkan aku tidak biadap terhadap suami dan hubby boleh terima aku seadanya.


Memang selalu orang tegur. Mungkin orang dengar macam tak hormat suami tapi aku dan hubby tak rasa macam tu.... Biarlah apa orang nak kata asalkan kami bahagia :)


Kisahnya, masa kami berkenalan dulu, aku panggil dia abang tapi dia lebih senang guna saya dan awak. Geli katanya. Akhirnya bila kami dah kahwin, panggilan tu masih tak boleh diubah.


Korang yang baca blog aku ni, mesti ada panggilan manja tersendiri kan... Tak kira apa kita dan pasangan nak panggil asalkan ia disenangi dan dihormati, itu sudah cukup. Terima kasih kerana sudi dengar bebelan aku....

2 comments:

  1. janji sedap didengar sudah kan...manja tuh perlu..hehe

    ReplyDelete
  2. Papa Mifz, aku pun rasa macam tu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...