01 December 2011

Today is my Special Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Happy Birthday to me.....

Hai geng... Hari ini ulangtahun aku yg 28 tahun... Dah hampir 3series dah aku. Terima kasih pada kengkawan yg tak lupa wish kat aku pagi2 tadi kat facebook... Cuma si Fatih, anakku je yg buat dek kat aku.... Hehe... manalah dia tau kan hari ni besday ibu dio kan...


Sebenarnya, bila dtg jo besday ni, aku mula kurang senang.. Bukan apo, itu manandakan semakin pendek usia kito kan.... Rasa baru je tamat sekolah... rupa-rupanya dah 11 tahun aku dah meninggalkan zaman tu. Rindu kan.. nak ulang tu semua adalah mustahil sama sekali. Masa tu aku kurus lagi, nampak tinggi sgt. Skrg tidak lagi. Lemak mmg susah nak dihapuskan. Muka dulupun tirus je. Skrg laki aku pun panggil aku Cucumbam.... Hahaa....


Indahnya zaman dulu tapi kita tak boleh hidup kalau kenangkan kenangan lama. Kita tak boleh berpaling lagi, Hidup mesti diteruskan. Berdebar rasanya bila fikirkan masa depan. Dulu terfikir sapa lah yg kawin dgn aku, berapalah anak aku? Serius sungguh gatal den nak bernikah.... Hehehe....


Biarpun umur semakin meningkat. Aku terus berharap agar hubungan aku dgn sesama manusia lain lebih baik. Aku tak suka pendam perasaan. Bagi aku bila perkara tu sudah berlaku, biarlah. Ia hanya tinggal kenangan. Tiada siapapun di dunia ni suka dilukai.... Mungkin itu part untuk mematangkan akal fikiran manusia. Sebelum pandai berjalan, mesti ada adegan tersungkur kan. Bila tersungkur, sure sakitkan. Kadang2 kesakitan itu boleh menitiskan air mata... Bila dah sembuh hanya tinggal parut untuk kenangan. Bukan untuk salahkan tempat yang yg menyebabkan kita jatuh. Itu semua kan lumrah kehidupan. Cewahhh... Berbasa-basi pula aku...


Oh ye... esok pagi aku nak gi jenjalan dgn Hubby, fatih dan offismate Hubby... Semoga kisah jenjalan aku dpt tenangkan serabut di minda aku, lebih-lebih lagi kalo Hubby dpt sponsor shopping (itulah sebenarnya terapi minda yg berkesan sekali). Ok, tunggu ye entry akan datang.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...