31 March 2011

Masalah kulit

Dulu aku mengalami masalah kulit wajah yang boleh dikatakan kritikal juga..... Jerawat kalo tumbuh bukannya kecil tapi sangat besar (mungkin juga jerawat batu) sampai malu nak keluar rumah. Kalo dipicit, nanti berlubang dan berparut pula. Silap gaya, jerawat tu jadi penunggu dan bertempek kat muka berbulan-bulan lamanya.... Macam-macam produk aku cuba.... Ada yang dari farmasi, kedai tepi jalan, ubat tradisional... Ada yang mula-mula baik pastu jadi lebih teruk.... Ada yang membuat mukaku lebih banyak jerawat dan gatal.....



Muka juga selalu berminyak, lebih-lebih lagi bila waktu petang atau terkena pancaran matahari...... Liang roma pun terbuka.... Lebih hodoh lagi bila bekas jerawat jadi parut hitam. Tensionnya masa tu..... Sampai aku terfikir nak pegi buat laser je kulit muka aku.... Kalo korang nak tahu, aku telahpun pergi ke N** Y*** Skin Solution tapi keputusan hampeh sekali. Bengong betul masa tu kerana telah merabakkan duit aku. First time pegi sana, diorang akan scan muka aku dan cerita tentang masalah kulit aku..... Tapi aku tak percaya sebab first treatment pun muka aku jadi lebih teruk. Habis pecah-pecah muka dikoreknya. Menyesal tak sudah.... Kalo nak elok rupa parasmu, kena ambil pakej yg mencecah hampir puluhan ribu Ringgit Malaysia. Mau pengsan aku mendengarnya.... Begitulah pengalaman aku tentang penjagaan kulit muka aku ni....



Sekarang aku dah jumpa penawarnya..... Aku guna pencuci muka Pro Activ dan tonernya juga moisturizer... Pada awal dulu kurang yakin tetapi tawakal je la. Mudah-mudahan sembuh muka aku ni.... Pakai produk ni memang jerawat beransur hilang tapi liang roma dan parut tak menemui jalan penyelesaian. Pening aku! Sehinggalah aku jumpa benda ni.........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Plant Cell Skin Solution Face Serum
by Cosway



Alhamdulillah kulit wajahku semakin sihat dan berseri. Ramai yang tanya apa yang guna jadi aku pun suka berkongsi tentang hal ini.... Liang roma pun dah semakin mengecil dan kulit pun lebih anjal.... Garis halus pun dah hampir hilang.



Ada yang terkejut tgk muka aku sampai diorang tanya aku cucuk ke.... Tak sampai lagi ke situ aku nak lakukan, cukup lah aku tenyeh serum tu kat muka aku ni sambil mengambil supplement Spirulina dan "Japanese Chlorella" bagi kesihatan dalaman kulit supaya kekal cantik berseri sebab chlorella ni mempercepatkan baik pulih sel-sel yg tua kepada sel muda. Spirulina juga kaya dengan klorofil baik untuk menyingkir toksin terkumpul dalam badan menguatkan sistem kesihatan seluruh badan termasuk kulit.



Tak percaya tak mengapa kerana aku mula-mula pun tak percaya tapi bila sudah cuba pasti kamu semua akan akui.....

29 March 2011

Beli rumah

Hahaha... kenapa orang mempertikaikan aku beli rumah ke tidak? Suka hati aku la nak beli ke tak... Buat masa ni belum bersedia lagi untuk memberi komitmen selama 20-25 tahun untuk aku menghambakan diri bg membayar ansuran rumah. Kalo nak beli pun, biarlah en. asben yang membiayainya... Itu bukan tanggungjawab aku... Selagi aku boleh menumpang berteduh di kediaman kerajaan ni, biarlah keputusan membeli rumah itu, aku letak tepi dulu.



Bukan aku tak teringin, bukan aku tak nak merasa tapi hajat itu terpaksa ditolak tepi lantaran kerana ingin memenuhi kehendakku yang lain dulu kuang..kuang... Lagipun rumah aku sekarang sudah cukup selesa, dekat dengan ofis aku dan yg paling penting rumah aku dekat dengan sekolah. Maka tak perlulah untuk aku memeningkan kepala untuk menambahkan hutang. Nanti tak boleh pejam mata la nanti.... Sebab tak boleh nak shopping, jiwa merana....



Wahai manusia2 yang kesian kat aku ni.... (kerana tak beli rumah), tak perlu lah berbuat demikian kerana aku tau apa aku buat. Kalo ada rezeki nanti dan kalo dipanjang usia, Insya Allah tercapai juga hajat di hati.... (^_^)



Kepada yang sudah berjaya, aku doakan agar korang bahagia selalu dalam mahligai yang dibina. Aku suka orang yang selalu cerita tentang kejayaan diorang. Sekurang-kurangnya ia boleh menyuntik semangat aku untuk bekerja keras lagi bagi mencipta mahligai impian.


25 March 2011

Lawatan sekeluarga ke Cameron Highland













18 Mac 2011

Actually, tarikh ni anniversary perkahwinan aku yang ke-5. Sepanjang 5 tahun memegang title 'isteri' kepada En. Achoi, terlalu banyak kenangan yang tercipta. Kadang2 masing2 seperti tak mahu berpisah dan adakalanya seperti tak mau bertentang mata... Dugaan demi dugaan melanda rumahtangga kami tapi alhamdulillah.... semua itu mengajar aku erti sabar dan lebih matang.


Akak aku yang sebenarnya plan nak ke Cameron Highland coz kami sekeluarga dah lama pegi jalan2. Kalo ada pun pi menghantar anak buah aku kawin kat kedah. Tu pun kena naik bas, almaklumlah big familia. So, sampai di Cameron kami pun lepak di Puncak Arabella Apartment. Pada awalnya, jadi isu gak nak pegi sebab fatih demam dan semput. Tapi bila aku fikir2 balik, baik aku pegi je sebab kat sana udara lebih segar dan nyaman. Memang betul keputusan aku... sesampai kami di sana, anak aku dah semakin sihat. Alhamdulillah.....


Abah dengan Emak, romantik tak?



Ya Allah, semoga kau berkati keluarga bahagia ini selama-lamanya.... Aku bersyukur kerana lahir dalam keluarga indah ini. Walaupun keluarga ini hidup sederhana tetapi ianya sangat bahagia.... Sesungguhnya aku sayang keluarga ini....


Ketumbit atau tembel

Pagi tadi bila aku bangun tidur, tiba2 aku rasakan sesuatu di mata kiriku.... Kelip-kelip mcm sakit je mata aku ni.... Pegi bilik air, tengok mata aku bengkak sikit. Sah. Aku kena tembel. Adoiii... bab mata ni yang aku lemah sikit sebab takut nak titiskan eye mo atau sebarang liquid ke dalam pancaindera tersebut. Itu pasal la aku tak rela pakai contact lense ( T_T )


Oleh kerana tak mahu ketumbit ni semakin parah, so aku dah google petua hilangkan ketumbit. Ada yang suruh tumbuk seulas bawang putih, pastu sapu kat ketumbit tersebut. Ada yg kata tuam je ngan air panas :) Ada yang cakap lagakan dua sudu sampai panas, pastu tekap kat mata yg kena ketumbit.


Mata aku sangat gatal sekarang ni... berair. Tolonglah jangan bengkak lagi. Malu! Nanti orang cakap aku skodeng orang tengah OokK.... hehehe.... Cittt!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...