26 April 2011

Pergi tak kembali

Pkl 5 pg tadi, aku dikejutkan dgn satu berita kurang baik... Mak Uda kesayangan aku telah kembali ke Rahmatullah. Terbayang wajah dia di fikiranku.... Selama ini, aku jarang melawat dia kerana terlalu sibuk dengan dunia aku.... Kali terakhir aku jumpa dia pun bulan lepas, masa tu dia buat kenduri tahlil utk cucunya yg meninggal akibat accident. Mak Uda meninggal sebab sakit perut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pukul 3 pg tadi.


Lepas Subuh jap lagi, aku balik kampung aku di Rantau, Negeri Sembilan untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Semoga rohnya di sisi orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat Allah.


Al-Fatihah....


24 April 2011

Kalo dah namanya kaki shopping...

Semalam aku, hubby dan Fatih gi Institut Jantung Negara (IJN) melawat kawan hubby yang sedang menjalani rawatan jantung di sana. Kami sampai pukul 4 ptg gitu. Rupa2nya waktu melawat pukul 4.30 ptg. So, kami pun lepak di ruang menunggu di aras bawah.


Kebetulan kat aras bawah IJN tu ada 4 ke 5 buah kiosk jualan... Aku pun singgah le utk cuci2 mata. Hati aku dah terpaut dgn sehelai blouse ni... Cantik! dalam hati kecilku berbisik. Warna coklat bersulam... Namun harganya membuatkan aku berfikir nak beli ke tak nak.... Maklumlah baju cantik, lagi2 kalo potongan sopan yang sesuai untuk ibu-ibu muda macam aku selalunya harga boleh tahan...


Tiba2, aku terdengar suara "Ibu, Thomas bu!". Macam kenal je suara tu... Aku secara tiba2 kembali ke alam realiti setelah berangan-angan nak peraga baju tu. Rupa2nya anak kesayanganku tunjuk baju "Thomas & Friends" siri kartun kegemarannya. Itulah pertama kali, anakku minta beli sesuatu dariku untuk dia.


Aku pun terus beli baju tersebut memandangkan dia bersungguh2 hendakkan baju. Nasib baik murah je... Tentang baju yang aku minat tadi tu, simpan je lah dalam hati. Lain kali boleh beli... Nanti hubby kata "Kalo dah kaki shopping, kat IJN pun boleh shopping". Hehehe....


Meh aku tunjukkan baju yang buat anak aku suka sangat sampaikan suruh aku tukar baju masa tu jugak... Sabar jela ibu kamu Fatih oiii...


Muka baru lepas nangis sebab tido dia terganggu
(kena angkat dari kereta masuk ke rumah)



23 April 2011

Bila lisptick patah....

Nampaknya aku kena beli lipstik baru.... Lipstik aku dah patah dikerjakan oleh hero... Dah tiga btg lipstikku kecundang... Lepas ni tak delah lipstik Revlon, Lancome mahupun M.A.C. Pakai je la lipstik susu kambing ni... Selamat dari ancaman heroku yang nak bergaya macam ibu... Semoga bertahan ye lipstik. Kalo lipstik ni dikoreknya juga, ibu pasrah dengan dengan kehendakmu.... Kat bawah ni

sample lipstik susu kambing 6 in 1....

Sejuk hati bila hubby memahami

Semalam aku teringin nak makan ikan bakar memandangkan kami jarang makan ikan bakar.... hubby suggest makan di BB Bangi lepas Maghrib. Balik dari ofis, aku ada bawa bekal sebungkus nasi goreng ikan masin.... Sampai je di rumah, aku pun ubahsuai ler nasi goreng tu sebab nasi goreng tu tawar sikit. Jadi dengan perut yg sangat lapar, aku suap Fatih dgn bapak dia sekali nasi goreng tersebut. Makan le kami sebungkus nasi goreng kongsi bertiga...

Apabila perut masing2 kenyang, terasa malas nak keluar... Mata pun ngantuk nak tido... Sudahnya, hubby gi masjid, aku tinggal ngan fatih... Tetapi mungkin kerana badanku penat sangat, kepala aku berdenyut-denyut sampai hubby balik pun aku dok baring lagi.... Sebenarnya kesian kat dia sebab aku tahu dia lapar....

Tup-tup aku tengok dia dah prepare sandwich tuna kegemaran aku... Syukur alhamdulillah... Simpati juga dia kat aku.... Aku memang tak larat sebenarnya malam tadi....

Terima kasih kerana memahami saya ye En. Achoi.... Seronok kalo selalu macam ni... terasa macam permaisuri (-,-) hehehe..... Teringat pulak beef steak yang awk masak masa birthday saya tahun lepas..... (Tahun ni boleh wat lagi)




Ni lah ropenya sandwich yang sangat sedap sampai
ibu Fatih terus lena tido lepas makan....



22 April 2011

Utk pengetahuan tentang Cloth Diapers

Assalamualaikum.... Hai kawan2...


Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tantang cloth diaper, sila klik di sini.




21 April 2011

Timbang berat blog anda....


Kira bebanan blog anda di sini. Blog di nilai dari segi Size, Load Time dan Avarege Speed per KB. Apa yang perlu anda fokuskan adalah pada saiz kerana nilai terbaik untuk sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb. Bagi Load Time dan Avarege per speed per KB pula, ianya bergantung pada kelajuan internet anda.
Jika blog anda bersaiz lebih dari 100kb, cuba kurangkan beban pada blog anda...

Berat blog aku size 156.86Kb.... Kena adjust balik blog aku... Kalo korang nak check cuba klik sini

20 April 2011

6 Tablet Sesuai Untuk Hiburan

Pagi tadi aku tertarik dengan artikel it@Metro yang menceritakan teknologi komputer yang kini semakin hari semakin canggih. Jom kita kongsi pengetahuan tentang tablet yang sedang hangat di pasaran.


Notion Ink Adam
Produk ini yang dihasilkan dari UK menggunakan pemprosesan Tegra 250 berasaskan ARM Cortex A9 dan menggunakan Android 2.3 namun pengeluarannya belum disahkan di Eropah. Berdasarkan kekuatannya, Adam mampu memainkan video definisi tinggi 1080p dgn storan 8GB menggunakan flash.



Samsung Galaxy Tab 10
Ia mempamerkan kebebatan 1GHz dual core dgn kamera belakang beresolusi 8.0 megapiksel. Berat 599 gram. Tebal 10.9 mililiter. Menyokong teknologi WiFi 802.11a/b/g/n dan versi 3G utk kelajuan sehingga 7.2 megabit sesaat menerusi rangkaian HSDPA. Sangat best woo....



Panasonic Viera Tablet
Model ni belum diumumkan secara rasmi di Malaysia malah belum tahu sama ada ia akan dipasarkan di sini atau tidak. Namun tablet ini dioperasikan bersama Android dgn 3 saiz iaitu 4.0, 7.0 dan 10 inci. Ia mungkin sesuai diselarikan TV pintar melalui IPTV jika dilancarkan di Malaysia. Wahhh... boleh tgk macam2 rancangan TV di mana saja.



HTC Flyer
Saiznya lebih kecil dgn skrin 7 inci dan lebih ringan sekitar 420 gram (boleh simpan di poket). Tablet ini juga mempunyai aplikasi yang menarik spt muat naik filem dan lagu, selain menawarkan pen 'magic' membolehkan anda menulis, melukis, mewarna dan menyentuh gambar pada skrin tablet dgn lebih mudah.





Toshiba AS100
Model ini mempunyai kamera 1.3 megapiksel dgn pilihan sambungan rangkaian termasuk slot kad SD, HDMI dan USB 2.0. Saiznya senipis 14 mililiter dan beratnya 750 gram yang mudah dibawa sehinggakan boleh dimuatkan dalam beg tangan untuk peranti berskrin sebesar 10.1 inci LED Clear Superview.



Acer ICONIA W500
Ia menggunakan skrin beresolusi HD 1280 x 700 jenis LCD TFT LED-backlit berkecerahan tinggi yg menggunakan teknologi Acer CineCrystal. Ia menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 7 dan mempunyai saiz 10.1 inci dgn memori RAM yg ditawarkan ialah 2GB. Ia ditambah dgn penggunaan pemprosesan AMD dgn memori sebanyak 32G serta tablet pertama yg dilengkapi port HDMI di ruangan tepi.


So, mana satu pilihan hati? Rasanya semuanya best... Marilah kita kongsi pendapat mana satu yang best....


Sekali lagi aku diduga

Amat memedihkan hati aku pagi ini..... Mungkin ada yang perasan perubahan air muka aku. Tapi aku cuba kawal perasaan...

Ya, memang aku tak berharta tapi aku tak pernah harap duit mak bapak aku... Tak pernah pinjam sana-sini. Tak pernah tipu sana sini dan yang paling penting... aku tak terima duit rasuah... Mungkin ada yang sakit mata bila aku pakai kereta kecil, menumpang di rumah flat kerajaan tapi kenapa hina aku macam sampah masyarakat.

Aku memang tak berharta... Cuma harta aku ialah anak aku... Keluarga aku sayang aku, itu sudah mencukupi bagi aku. Kalo setakat berharta tapi cara yang tidak diredhai Allah, apa gunanya... Sekurang-kurangnya aku cari rezeki dgn halal, tak mencuri....

Pagi tadi, aku memang hampir menitiskan air mata tapi tak mengapa... Aku redha. Biar Allah yang tentukan segalanya.... Aku hanya mampu mengadu pada yang maha esa...

Pada manusia yang sombong, sedarlah.... dunia ini cuma sementara. Segalanya pinjaman sahaja. Tak usahlah riak dan takbur...


19 April 2011

Dengarlah Cerita Isterimu

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senario drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.


Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah

Credit to : iluvislam.com

18 April 2011

Drebar Malaysia

Rasanya dah 10 tahun aku ada lesen memandu termasuk lesen menunggang motorsikal tapi sekarang setahun mungkin 10 kali je aku menunggang motor.... Dulu masa mula2 masuk kerja aku naik skuter jek pegi opis tapi skrg sejak kawin, hubby aku tak berapa suka aku naik motor. Takut aku jatuh le tu...


Ok, aku nak sembang tentang drebar Malaysia ni.... Sepanjang aku jadi drebar, sgt banyak drebar2 Malaysia yg sungguh kurang sopan dalam erti kata lain kuang ajor.... Rasa nak bakor je kete deme.... Kalo beratur panjang kat traffic light, mesti ada 2 ke 3 bijik keta yg potong queue... Aku jenuh la beratur panjang2, kome senang2 je memotong.... Bikin hati panasss....


Pernah dulu, kereta kawan aku hampir kena langgar dgn sebuah keta yg langgar traffic light.... Masa tu aku tumpang dia balik rumah. Nasib baik kawan aku tak laju.... Kalo tidak, check in kat hospital aku hari tu. Kenapa sesetengah drebar Malaysia ni suka melanggar undang2? Suka menyusahkan orang lain.... dan juga membahayakan orang lain termasuk diri sendiri.


Kadang ada juga yg suka parking keta sesuka hati diorang.... Macam orang tak reti baca, kadang2 macam orang dungu tak tahu undang2.... Menyusahkan rakyat lain nak lalu.... Pastu buat muka macam ayam berak kapur. Sedar wahai drebar2 yang suka langgar undang2, tolong lah ubah mentaliti tu.... Sampai bila kita nak jadi drebar yg tak bertauliah? Kalo parking kat rumah aku ni dulu.... motor ntah sape suka parking kalo boleh dekat depan lift. Kan ke susahkan org lalu.... Pastu bila seat dah kena robek, baru nak blah.... Kan ke dapat bala...


Pernah tak korang menghadapi masalah sama macam aku? Kadang2 kita bagi laluan utk mereka lalu, tapi angkat tangan pun tidak... Sombong. Allooo.. budi bahasa budaya kita... Susah sangat ke nak senyum? Bagi aku, tak kisah la kita pakai kereta apa, pangkat apa... yg paling penting budi bahasa, tolak ansur dan saling menghormati.

Selamat Hari Lahir Ibuku Sayang....

17 April adalah tarikh kelahiran ibu tercinta. Memandangkan tarikh tersebut pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, aku dan adik-beradik yg lain meraikan hari lahir mak dgn sederhana. Semalam aku sempat juga mengambil beberapa foto untuk buat kenang-kenangan. Nampaknya mak cukup gembira dgn kehadiran anak menantu serta cucu-cucu yang hadir. Insya Allah tahun depan mungkin boleh disambut dgn cicit sekali...


SELAMAT HARI LAHIR MAK.... SEMOGA SIHAT SEJAHTERA DAN DIRAHMATI ALLAH. SEMOGA BAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA... AYUS SAYANG MAK!!!!


Mak dgn abah yang dikasihi



Kek yg sponsor oleh akak, angah dan achik



Dari kiri: aku, mak, angah, achik, akak dan along





Antara keluarga yang meraikan sekali....



15 April 2011

Isteri Solehah Idaman Suami


Actually, buku di atas merupakan buku panduan yg berguna utk pedoman menuju kebahagian di dalam rumahtangga oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim. Rupanya, banyak perkara yg aku jahil dalam bab rumah tangga bila aku baca buku ni....

Ini adalah salah satu entri yg kita boleh kongsi khas untuk para wanita yg bergelar isteri ataupun yang bakal berumahtangga untuk pengetahuan bersama:


Sifat-sifat isteri solehah
  1. Membatasi pandangan hanya pada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding2kan suami dgn org lain serta tidak mengharapkan perhatian drpd org lain selain drpd suaminya.
  2. Membataskan aktiviti2 hariannya di rumah, hadkan masa di luar rumah kecuali apabila ada alasan syarak yg menghalalkan dia berbuat demikian.
  3. Segera meminta maaf meskipun dizalimi.
  4. Memenuhi hak-hak suami dgn baik, mengasuh dan mendidik anak-anak dgn baik serta memenuhi hak kedua-duanya dgn baik.
  5. Berusaha supaya sentiasa tampil menarik setiap masa. Penampilan cantik, aroma wangi, tuturkata lembut dan baik tingkah lakunya.
  6. Berusaha utk tidak memperlihatkan hal2 yg tidak disukai suaminya. Isteri yg pintar tidak akan memperlihatkan kpd suaminya darah haid atau nifas, tidak muntah, tidak membuang air kecil ataupun besar di hadapan suaminya. Mungkin perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.
  7. Menghindari perkara2 yg boleh merosakkan penampilannya sbg seorang wanita yg cantik, kerana wanita diciptakan utk berhias cantik.
  8. Memberi penghormatan kpd suami dgn sesuatu yg membahagiakan dan menyenangkan hatinya.
  9. Pandai memasak serta sentiasa menjaga kebersihan diri, anak2 dan rumahtangga.
  10. Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.
  11. Sabar, berani dan cekap dlm melaksanakan tanggungjawab keluarga.
  12. Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang. Berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.

14 April 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Hikayat Merong Mahawangsa

Aduhhhh.... bila aku dengar lagu ni, rasanya aku tinggal di taman yang penuh dengan bunga-bunga cinta. Jiwangnya! Tahun lepas dapat tengok Secretaries Week bersama Anuar Zain, tahun ni takde rezeki la....

Actually, aku kepingin sangat tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Publishing Sdn Bhd nih. Tengok review macam gempak je....


Lirik Lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain
(OST Hikayat Merong Mahawangsa)


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd


13 April 2011

Apa yang ada di laman rumah mak dgn abah aku.....

Wahhhh..... poyonya tajuk di atas.... Saja nak kongsi tentang hobi mak aku yang suka bercucuk tanam.... Agaknya moto hidup mak aku ni berbunyi "DI MANA ADA TANAH, DI SITU AKU TANAM POKOK, DAPAT GAK HASILNYA". Hehehe.... (sambil geleng kepala) Asal aku balik je mesti ada pokok terkini.... Jom rayau laman rumah mak aku....







Ni nangka yang rajin sangat berbuah




Mak aku mesti kena tanam pokok cili api supaya
senang dipetik untuk masak lomak cili padi




Pisang nangko la!!!! Bukan nangko!!!!



n
Betik yang lebat buahnya




Ni mangga yang abah aku tanam. Kali pertama berbuah....




Budak ni kalo dibiarkan, mesti dah ada kat
dalam tempayan tu.... Bukan boleh percaya akalnya.




Keliling rumah penuh pokok tebu!!!




Kaktus




Mak suka tanam pokok bunga tepi rumah




Rose!! Wangi....




Abah ngan Fatih amik gambar kat pokok mangga



Apa la yg dibualkan oleh hubby dgn father in law??




Posing kat pokok pisang belakang rumah pun jadi lahhhh.....


Tu sebab aku suka balik kampung. Layan mak dgn abah. Rasanya belum puas aku nak bermanja dgn mereka. Nasib baik hubby aku faham dgn situasi aku... Ya, memang aku anak mak.... Kerana mak adalah segala-galanya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...