31 May 2011

Berbaloi-baloi

Assalamualaikum


Kelmarin aku dah beli voucher dari Milkadeal bernilai RM 300 untuk tinted berharga RM 1500. dapat 80% diskaun wooo... Dah hampir 200 orang beli termasuk aku la tu. Memang jimat dari Fujicool Car Tinting. Tak percaya sila klik sini....



Happy 3rd birthday Fatih

Assalamulaikum

27 Mei 2011 adalah hari lahir anak aku yang ke 3 tahun. Dah besar dah anak aku... Ramai yang tanya aku bila nak tambah sorang lagi. Biasanya jawapan aku, "Belum ade rezeki lagi". Serius aku katakan aku memang kepingin nak cahayamata lagi... Kalo boleh nak anak perempuan tapi Allah belum memberikan keizinan untuk memiliki sorang lagi cahayamata.


Ok, aku sebenarnya nak cerita tentang birthday party anak aku yang pada awalnya nak sambut bertiga sahaja. Akan tetapi naluri keibuan aku terlebih sayu sebab tak pernah celebrate sejak Fatih lahir.... So tahun ni aku buat majlis kecil-kecilan untuk si Dobot.... Itupun buat kat kampung yg dihadiri oleh sedara-mara terdekat dan jiran2 mak aku... hehehe....


Terima kasih kepada Kak Ngah yang buat mihun sup yang sgt sedap, kepada Kak Teh dan Kak Long yang masak nasi lemak yang umppphhh, kepada Akak yang buat laksa yang super sedap... Terima kasih banyak juga pada my bestfriend forever (Ayu) yang hadiahkan Fatih baju Thomas yang begitu cantik dan coklat stick yang jadi kegemaran anak-anak buah aku (nanti aku upload gambar baju tu kemudian). Kepada Ibu Nisak dan Kak Linda, terima kasih atas hadiah.... Terima kasih juga pada tetamu2 yang lain yang sudi memeriahkan majlis tersebut....

Jom layan gambar je la... Letih nak taip panjang2...


















26 May 2011

Aku terpaksa melepaskan kau

Kali pertama aku dapat memiliki kau
Riang hati tak terkata
Kau amat setia denganku
Terasa megah bilaku pandu kau

Sebak hati ini bila terpaksa melepaskan kau
Selama 6 tahun kau berdamping dengan aku
Kau patuh dengan kehendak aku
Kalo ke utara, utara lah kau pergi
Kalo ke selatan, selatan lah arahmu

Kau tak pernah meragam
Kau tak pernah membiarkan aku melepak di tepian jalan
Kau tak pernah membuat masalah dengan keluarga aku

Puas kutahan perasaan ini
Terima kasih atas segala jasa-jasamu
Segala kenangan bersamamu akan ku simpan di memoriku
Aku terpaksa melepaskan kau, KELISA BIRUKU.....

Kenangan bersama menyertai Putrajaya Treasure Hunt 2011


Masa ni aku tengah tahan perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan kereta kesayanganku.....

23 May 2011

Allo... sape teringin nak pakai Volkswagen Polo


Assalamualaikum....

Semua orang ada keinginan, begitu juga aku. Aku suka masuk peraduan, begitu juga kebanyakkan orang. Di sini aku share link untuk korang menyertai "I like Marigold Peel Fresh Contest". Semoga berjaya....

20 May 2011

Nak menang RM 50,000!!!!


Sekarang ni aku memang excited nak menang peraduan... Mana tau ade rezeki... Boleh tambah pendapatan. Ni ada satu lagi peraduan dari SHELL. Just register and answer 5 questions correctly... Nak tau lebih lanjut sila klik sini.


Semoga berjaya kawan-kawan...

19 May 2011

Nak menang iPad ke tak...


Sejak bila lak aku buka blog utk promosi peraduan.... Tak kisah la ape pun. Yang penting aku nak share dgn kawan-kawan semua tentang "Mother and Father's Day Contest by Secretrecipe". Sila klik link sini.

Peraduan Bedroom Story IKEA

Assalamualaikum kawan-kawan,

Sesape yang suka sangat nak bergambar di bilik tido, meh klik sini. Mana tau ada rezeki dapat RM1500. Semat mencuba....

18 May 2011

Sape nak menang Honda Insight Hybrid !!!

Aku nak share dengan korang Peraduan Padan & Menang 7Up dan Lipton Ice tea. Nak tahu lebih lanjut sila klik sini. Semoga Berjaya!!!

Peraduan Pasta-Ria


Assalamualaikum

Nak menang wang tunai sebanyak RM 100,000 sila klik sini. Semoga berjaya!!!!!


16 May 2011

Selamat hari guru buat cikgu2 semua

Selamat hari guru kepada cikgu2 seluruh dunia. Tidak lupa pada abang iparku yang telah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai cikgu. Oh ye... mesti korang tak caye kan abang ipar aku dah servis 30 tahun... hehehe... Tahun ni dia dah pencen. Sepanjang dia berkhidmat, rasanya 1 hari je dia pernah MC. Percaya tak korang? Actually aku memang respect abis kat abang ipar aku. Bukan aku nak puji abang ipar aku tapi aku nak jadikan dia idola sebagai kakitangan kerajaan yg berkhidmat utk rakyat, jangan lah kita selalu curi tulang.... Semoga masih ramai lagi cikgu2 yang ikhlas mengajar anak bangsa kita....

12 May 2011

Lagu ini didedikasi kepada teman hidupku

Gambar dari: iluvislam.com


Barak Allahu Lakuma - Maher Zain


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

Baraka allah(4x)
Baraka allahu lakum walana(2x)
Allah barik lahuma, Allah adim hubbahuma
Allah solli wassalim a’la rasulillah
Allah tuba’laina, Allah irdho anna
Allah ihdi khotona a’al sunnat nabiina

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(4x)

11 May 2011

Bermacam kisah tentang maid

Pagi tadi, officemate aku mendapat berita dari sekuriti rumahnya bahawa maid Indon yang baru bekerja tak sampai seminggu sudah melarikan diri.... Bagi aku maid ni banyak menimbulkan masalah dari menyelesaikan masalah. Memang betul rumah kita lebih teratur, bersih dan terjaga dgn adanya maid tapi berapa ramai maid yang kita yang betul-betul ikhlas bekerja....


Masa aku bujang dulu, aku tinggal dgn akak aku di Kajang. Dia ada seorang maid yang agak cekap buat kerja tapi sgt pandai bawa mulut. Kadang2 kerja tak buat pun dia cakap dia dah buat. Maid tu cerita bukan2... kononnya ada makhluk halus di sebelah rumah. Kebetulan rumah sebelah tu rumah kosong... Tujuannya agar akak aku ni takut utk turun ke bawah pada waktu malam. So, dia dapat relax lebih.


Along aku juga ada bibik untuk uruskan rumah semasa dia eksiden dulu... Bibik tu ok tapi sgt lembab buat kerja... Adoii siap boleh tgk tv macam rumah sendiri. Pastu masuk bilik pukul 8 mlm sampai esok pagi. Memang suka cari tulang.


Itu adalah antara pengalaman2 yang aku dengar.... Adakah dengan ada maid ini hidup kita lagi senang sebaliknya?

10 May 2011

Antara dunia atau akhirat....

Assalamualaikum

Korang pernah tanya tak kat diri sendiri, korang hidup di dunia ni semata-mata untuk apa? Untuk akhirat atau duniawi semata-mata... (Ecehhhh bunyi macam penceramah agama lak). Terfikir tak korang tentang 5 perkara sebelum 5 perkara yang bakal kita lalui....

Apa sebenarnya matlamat dalam hidup kita yang sementara ini? Nak harta kekayaan yang melimpah ruah atau kebahagian hakiki di dunia dan akhirat? Sedarkah kita waktu di dunia ini terlalu singkat untuk kita leka dengan nikmatnya....? Umpama mimpi kita dalam lena yang panjang.... Sampai masanya nanti kita akan bangun ke alam realiti... Begitu jugalah mati, mati adalah pasti... Semua orang akan mati. Cuma masanya kita tak tahu. Bersediakah kita di hari kematian kita... Kenapa kita mesti gentar bila bicara tentang mati? Adakah kerana kita tak cukup amalan? Atau kerana kita takut berseorang di alam barzakh nanti?


Sebenarnya, itulah yang bermain-main dalam fikiran aku sejak akhir-akhir ini... Sekarang aku sihat, bagaimana bila aku sakit nanti? Sekarang aku muda, bagaimana bila aku tua nanti? Sekarang aku selesa di bumi ini tapi bagaimana agaknya bila aku di liang lahad nanti? Cuma Allah yang Maha Mengetahui....

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3


Jom kita beli barang runcit secara online

Assalamualaikum...

Ni aku ada perkara yang aku nak share.... minggu lepas ada seorang teman cerita pasal satu laman web yg membolehkan kita beli barangan runcit... So kita boleh jimat duit minyak kereta, duit parking dan jimat masa... Caj penghantaran cuma RM 5 sahaja.... Lepas ni, tak perlu susah-susah nak kendong anak ke hulu ke hilir nak cari barang, just click sini ye kawan-kawan.




06 May 2011

ROKOK DAN EPAL - SUATU PERJALANAN MAYA

ROKOK DAN EPAL - SUATU PERJALANAN MAYA

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLAH S.A.W - SUATU PERJALANAN MAYA

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLAH S.A.W - SUATU PERJALANAN MAYA

Sedarlah wahai aku seorang ibu


Baru 20 minit yg lepas aku berjaya menidurkan Fatih yg dlm sedu-sedan mahu ikut daddy dia keluar.... Antara aku dan daddy, dia lebih rapat dgn daddy sbb daddy very understanding dan lebih caring.... Aku pula lebih suka dia berdikari dan tidak terlalu mengharapkan org lain. Walaupun begitu, dia selalu hug and kiss aku lebih kerap dari daddy... Mungkin dia mahukan lebih perhatian dan kasih sayang.


Kadang2 aku sukar nak faham apa yang dia mahu tapi daddy cepat mengerti apa yg dihajati oleh anakku yg seorang ini.... Kadang2 aku cepat naik angin dgn permintaan yg macam2 tapi daddy selalu ingatkan aku, anak ini anugerah Allah yang tidak ternilai. Hargailah dia, belailah dia. Layanlah dia dgn penuh sabar kerana dgn cara itu, kita dapat menebus kesalahan kita yg lalu... Hampir menitis air mata aku mendengar nasihat daddy.... Maafkan ibu kerana kekasaran ibu semalam...


Bukan aku tak sayang anak cuma aku kurang sabar.... Menjadi seorang ibu mengingatkan aku pada ibuku yang selalu sabar dgn kerenah aku. Cuba memahami segala kehendakku... cuba berlembut dgn kekerasan hatiku.... cuba selami jiwaku yang selalu memberontak. Ibu tak pernah merajuk depan anak-anaknya walaupun berkali-kali hatinya disakiti.


Aku mahu jadi seorang ibu yang sabar dan tabah seperti ibuku. Ibu seorang yg cekal menghadapi dugaan. Ibu selalu mendoakan kesejahteraan anak-anaknya walaupun dia tak pasti sama ada anak-anaknya mendoakannya atau tidak. Ibuku tak pernah meminta-minta utk dibelikan emas permata, cukup sekadar anak-anaknya menziarahi dia atau sekadar menelefon bertanyakan khabar. Dan akulah tetamu yang selalu menjenguk ibu dan abah sementara mereka ada di dunia ini. Aku takut bila mereka tiada nanti, aku tak dapat jumpa mereka lagi. Mungkin aku yang pergi dulu atau sebaliknya... Ajal maut takkan kurang atau lebih walau sesaat pun.


Aku bersyukur kerana aku masih lagi punyai kesempatan untuk bersama-sama mereka lagi. Di sisi aku, terlihat suamiku yang selalu tersenyum bila ternampak kelibat aku. Seorang anak yang manja dan selalu mahu perhatian aku, sepasang ibubapa yang selalu mendoakan kesejahteraan aku. Keluarga mentua yang sangat memahami dan sedia berkongsi cerita denganku.... Adik-beradik yang selalu terbuka untuk menasihatiku..... Itu semua cukup untuk melengkapi duniaku...

Semoga aku menjadi anak yang solehah, menjadi isteri dan ibu mithali. Dan yang paling penting adalah keredhaan Yang Maha Esa untuk keberkatan hidup di dunia mahupun akhirat.... Amin.

05 May 2011

Penakut

Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku

Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya cintaku

Mencintaimu juga
Bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Ku bukan milikmu

03 May 2011

Kursus di Tiara Beach Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama aku tak update blog... Minggu lepas aku agak busy sket. Bermula balik kampung kerana pemergian Arwah Mak Uda aku, pastu bergegas packing kain baju pergi kursus... Selepas tu, balik ke Ipoh menjengah mentua aku... Berada di sana, aku ke Taiping untuk menghadiri undangan perkahwinan... Semalam baru aku terpacak di Putrajaya....


Sebenarnya aku sangat suka pergi kursus lebih2 lagi kursus Team Building.... Terasa bagai johan... Tapi almaklumlah, aku skrg dah jadi mak orang jadi kenalah berpada-pada nak pegi kursus... Asyik2 muka aku je yang pergi.... Anak aku lah yg paling kesian nanti....


Ok, 27 - 29 April, Kementerian Kewangan menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi di Tiara Beach Resort Port Dickson... Kursus ni khusus kepada staf-staf yang ingin memperbaiki skill komunikasi.... Banyak ilmu yang aku pelajari sepanjang berada di sana... Fasilitator pun best.... Ice breaking kami pun atas bas....


Ni officemate aku, Kak Ana. Share bilik sama dgn dia.




Gambar bilik aku... Kira ok gak la... asalkan free.



Ina dan Ain yang happy selalu.





Aktiviti berkomunikasi sesama kawan-kawan yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...