31 July 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Assalamualaikum.....


Esok seluruh umat Islam akan berpuasa. Sempena di bulan mulia ini aku memohon ampun maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa sepanjang aku menulis di blog aku ni.... Semoga Allah memberkati puasa kita di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini....


Marilah kita dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Mudah-mudahan terhapus dosa-dosa yang lalu dan dibukakan pintu taubat..... Semoga kita semua menjalani amal ibadah dengan sempurna dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berpeluang untuk meraikan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh kaum Muslimin.


Sedarlah bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik, hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di luar sana. Semoga puasa ini, kita insafi diri kita yang selalu terlupa bersyukur dan marilah kita doakan agar insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana hidup gembira dan menemui cahaya kehidupan.


Selamat berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimah yang dihormati dan dikasihi.....



29 July 2011

Baju raya

Assalamualaikum.....

Hallooo.... sini aku nak buat announcement "AKU DAH BELI BAJU RAYA". Semalam aku ke PKNS Bangi shopping raya. Sgt awal aku beli.... Belom puasa dah beli baju raya....


Sebenarnya, aku belajar dari pengalaman raya yang lepas-lepas.... Bila puasa, baru terhegeh-hegeh cari baju raya. Pastu bila dah ada yang berkenan, mesti saiz aku dah abis. Aku kan bersaiz standard... Kasut pon sama... Pakai saiz 6. Bila cari kasut yang dan berkenan, mesti dah abis...


Tahun ni, baju raya aku dah settle... Baju utk Fatih pon dah beli. Semalam beli baju melayu Fatih harganya RM55. Buleh tahan le kualitinya. Hubby beli Kurta je.... Tema warna kami tahun ni hitam putih dan kelabu asap.. hehehe....


Hubby geleng kepala je tgk aku shopping... Nasib baik dia mau layan kepala giler aku bershopping sebab aku pilih baju memang lama. Alang-alang dah memilih, biar pilih yang berkenan di hati...


28 July 2011

Potluck 2011

Assalamualaikum.....

Semalam aku n the gang buat potluck memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa.... Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar meskipun boss aku semalam lambat balik dari meeting. Nasib baik aku n the gang dah melantak Spaghetti di pagi hari.... Kalo tak, perut aku mesti menyanyi minta baby makanan.... hehehe.... Kalo tunggu boss aku, alamatnya makan petang le jawabnya... Sibuk bukan main lagi bos aku....


Walaubagaimanapun, boss kami balik juga sebelum pkl 2... Kalo tak, kesian kami menahan nafsu nak merasa makanan yang sedia ada.


Enjoy sangat semalam....


Sumber gambar dari kak sue... Thanks kak sue.






















Mari dekatkan diri kepadaNya...

Assalamualaikum....

Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita mahu... kita akan dapat. Kadang kita lebih tang sini, tang situ pulak kita kurang. Kalo semua perkara kita perfect, hidup kita ni takde masalah la. Bila takde masalah sepanjang hidup kita ni, apa maknanya kita hidup...


Semasa di dunia ni, janganlah kita selalu mendongak ke langit. Ingatlah di mana tempat kita berpijak. Walau siapa pun kita di muka bumi, kita hidup sementara saja. Sekaya mana pun kita, setinggi mana pun pangkat kita, secantik mana pun rupa kita, nanti masuk ke liang lahad juga. Tak usahlah bermegah-megah dan memperlekehkan sesiapa terutama orang sekeliling kita kerana doa orang yang kita sakiti itu mudah dimakbulkan.


Beringatlah.... Bersabarlah..... Berdoalah bila hati disakiti. Mengadulah kepada Yang Maha Berkuasa bila kata-kata nista itu mengoyakkan hatimu..... Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dekatkan diri denganNya, nanti kita akan memiliki kekuatan dan ketabahan itu..... Semakin banyak dugaan kita, sebanyak itulah tanda kasih Allah kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah masih melihat dan menguji kita..... Sentiasalah bersangka baik kepada Allah walau sebesar manapun dugaan yang menimpa kita.... Semakin besar sesuatu dugaan itu, semakin sayang Allah kepada kita.... Ingatlah umur kita semakin pendek di dunia ini. Jangan kita lupa akhirat tu menanti kita....


Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang dikasihi Allah.... Amin.


26 July 2011

Esok ada potluck di ofis


Assalamualaikum....

Esok ada potluck di ofis aku.... Bertambah naik la jisim badan aku. Mengikut perancangan, Kak Sue nak bawa nasi arab dan ayam masak merah. So aku bercadang nak masak dalca daging untuk menambah lauk nasi arab... Rasanya ok tak idea aku?


Wahhh.... tak sabar nak tunggu esok. Tak sabar juga nak tambah lemak badan. Petang nanti nak pergi ke Pasar Tani cari bahan nak masak...


Bagus ade team ofis yang sgt rajin nak buat potluck ni... Bersemangat sikit nak masak....

25 July 2011

Sedihnya aku di pagi Isnin.....

Assalamualaikum...

Hari Isnin adalah hari sepatutnya menjadi hari yang penuh bersemangat untuk pergi kerja. Yelah, kita masih lagi diberi ruang waktu untuk hidup dan bernafas di muka bumi Allah ini. Tapi pagi ni, aku beras terlalu sedih.. Nak tahu kenapa?

Masa aku parking kereta tadi, aku bawa cd Qasidah yg selalu didengarkan dalam kereta. Disebabkan aku tak tahu maknanya, aku bawa cd tersebut naik ke ofis. Kononnya aku nak dengar dan selami maknanya. Mr. Hubby pernah beritahu, "Cuba awak fahami maknanya, pasti awak terpesona dengan kata-kata indah tentang pencipta kita iaitu Allah SWT".


Cd tu selalu dimainkan dalam kereta aku. Fatih juga suka dan mula menyebut Allah melalui cd tu... Aku bukannya nak cerita tentang anak aku atau cd tu cuma aku terkilan sebab ada juga pihak yang tidak menyenangi dengan irama Qasidah yang memuji Yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihi...


Aku pasang cd tu perlahan sahaja untuk muhasabah diri aku dan supaya kalian dengar dan kenali serta fahami makna Qasidah.... Bukannya aku pasang kuat-kuat macam tak tahu menghormati hak orang lain. Aku memang nak tahu sangat maknanya tapi aku tak sempat untuk cari ertinya lagipun cd tersebut tak punyai tajuk. Mengganggu sangatke sampai kau boleh tempelak dan mengajuk aku pasang cd Qasidah tu.... Demi Allah, aku sebenarnya tak mahu ganggu kalian.


Masa mula Mr. Hubby pasang cd tu pon aku memang tak biasa dan tak faham tapi sekurang-kurangnya bertanyalah dulu aku pasang cd apa.... Boleh aku terangkan kat korang yg cd tu adalah cd Qasidah.... Tu yang buat aku terlalu sedih... Terlalu sedih dan rasa bersalah sebab aku tersalah tempat untuk pasang cd tu.... tak pasal-pasal ada pihak yang menyuarakan ketidak senangan hati untuk mendengar irama yang sepatutnya membuatkan kita insaf dan berasa kerdil di muka bumi ini...


Semoga Allah mengampunkan aku.....



Anak itu kupu-kupu syurga

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab.

Sumber : lurim.blogspot.com

22 July 2011

Bila Fatih tak sihat.....




Assalamualaikum....

Petang semalam Fatih dah start batuk-batuk. Kalo batuk kuat mesti lepas tu muntah. Malam tadi, dia tido awal tapi pkl 2.30 pagi dia bangun. Mungkin sebab badan dah semakin panas dan semput. Lepas Subuh baru dia tido, itupun pkl 8 pagi dia dah bangun sebab muntah ketika minum susu. Ahhhh.... nampaknya aku kena ambil emergency leave sebab nampak dia dah termengah-mengah. Kena ambil gas kat klinik kalo camni kalo tak, lambat sembuh.

Paling tak tahan masa nak bagi ubat. Fatih memang susah nak diberi makan ubat. Kalo setakat ubat demam, dia tak kisah tapi ubat Prednisolone tu memang pahit. Aku sendiri pun tak lalu nak rasa. Sepanjang 3 tahun ni, rasanya ini kali ke 4 dia semput teruk. Kali ni mungkin sebab jerebu atau habuk. Fatih sensitif dengan habuk terutama asap rokok. Kalo daddy smoking, kena smoke jauh-jauh dari Fatih.... memang tak boleh dekat.

Berikut adalah antara ubat-ubatan yg disyorkan untuk putera tunggalku ini

Dari kiri : Zyrtec syrup, Nurofen Syrup, Prednisolone dan Ventolin

1) Zyrtec - Allergic Rhinitis
2) Nurofen - Demam
3) Prednisolone - Itch/Rash Allergy
4) Ventolin - Batuk dan Asma


Yang ni antibiotic namanya Azithromycin (Zithromax)

Haaa.... ni pula Aero Chamber Fatih dengan Ventolin Enhaler... Selalunya Fatih pakai puff ni berbanding sirap Ventolin di atas.


      Ini adalah gudang ubat dan supplement utk seisi rumah.


    Ada tak ubat atau supplement yang lebih bagus untuk anak yang menghidap asma? Kesian tengok Fatih... Lemah je dia arini......



21 July 2011

Gwen Stefani oh Gwen Stefani




Assalamualaikum

Korang minat tak kat Gwen Stefani....? Sape minat cuba angkat tangan macam saye (buat ala Usop Wilcha)... kalo tak minat, buat-buat minat ye. Kalo kawan-kawan rapat mesti tau aku minat sangat kat Gwen. Mr. Hubby pon dah sedia maklum dengan kefanatikan aku tuh.... Mak dgn abah aku je yang tak tau hehehe....


Dulu, Gwen penyanyi utama No Doubt... jatuh cinta dengan lagu Don't Speak, terus layan dengan lagu-lagu dia dengan No Doubt. Lepas tu, dia nyanyi solo diiringi Harajuku Girls. Berangan nak jadi macam dia dulu.... Berangan je lah... Suka dengar suara dia. Tak banyak kontroversi bukan-bukan, cantik dan dia sungguh fashionable. Gwen berkahwin dgn Gavin Rossdale dan punyai 2 orang anak iaitu Kingston, 4 thn dan Zuma, 2 thn... Gwen ni berumur 42 tahun tapi nampak muda lagi.


Tahun 2007 (kalo tak silap aku) Gwen datang Malaysia buat konsert di Bukit Jalil. Bagai nak gila aku cari tiket nak tengok konsert. Naseb baik ade officer kat opis aku dulu yang baik hati dan faham dengan harapan aku nak tgk Gwen tuh. Officer terbabit bagi aku 2 tiket ke sana. Gilo btol masa tu.... Merayu kat Mr. Hubby minta teman aku pergi tengok konsert Gwen.


Memang berbaloi tengok konsert dia sebab suara dia memang powerful, sebijik dalam CD. Takde lagi penyanyi Malaysia yg giler-giler macam dia ni. Kalo setakat tayang body tu ramai le yang ikut tapi bila buat show, pancit. Sekarang aku tengok Lady Gaga nak tiru dia tapi masalahnya over action la pulak. Pasal tu aku minat sangat kat Gwen Stefani, super hot mama...

** teringat dia pakai seluar pendek ala-ala seluar bola **

Peraduan Tropicana Twister

Mana tahu korang boleh memenangi BMW 3 Series. Menang emas RM 5k ke.... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu kan.... Kalo dah menang jangan lupa kat aku ye.

Sila klik di sini : Tropicana Twister

Lepak di Taman Putra Perdana

Assalamualaikum

Minggu ni, terbit semangat dalam hati untuk melakukan pergerakan fizikal.... Lalu aku mengajak Mr. Hubby teman aku gi exercise di Taman Putra Perdana yang terletak di hadapan Hotel Shangri La Putrajaya. Fatih boleh main kat playground. Selalunya aku aerobik dengan Fatih kat rumah sambil dengar lagu Barney.... Itu pon seminggu sekali kalo rajin. (punyalah malas nak exercise).

Tetapi bulan lepas berat badanku naik mendadak hampir melepasi BMI... Naik 5kg wooo... terus ada kesedaran untuk melakukan senaman dan latihan berjalan kaki pusing satu taman. Takut oooo obesiti, aku pula sukakan makanan manis. Banyak penyakit, susah hati nanti.

Dah seminggu exercise dan kawal selera makan baru turun 1.5kg je.... Susahnya nak jadi ringan, kalo nak jadi berat senang je... Ikut selera makan, confirm esok lusa naik berkilo-kilo..... Aku pernah cuba berdiet tapi tak boleh jalan... Kena bersenam jugak.... baru nampak hasil.

Sekarang kalo boleh setiap hari nak ke sana. Minggu ni dah 3 kali aku ke sana. Bukan aku nak kurus saja tapi aku nak jaga kesihatan juga.... Lepas kerja je terus ke sana. Kalo hubby takde, kawan-kawan lain pun ade... hehe...

Kat bawah ni, Mr. Hubby ade snap gambar ....





Gambar bawah ni, Fatih tengah buat projek sdn bhd.... ibu dgn daddy jgn kaco... Patut le senang je nak ajak balik.... Ishhh.... Bucuk...



Thanks to: Mr. Hubby

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...