23 August 2011

Mari tambahkan saham akhirat sempena Ramadhan



Assalamualaikum.........

Semakin dekat hari raya, semakin sayu hati ini. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, orang-orang yang beriman selagi termampu menambahkan pahala untuk saham akhirat. Bagaimana dengan kita? Aku memang akui, terlalu banyak lagi kelemahan dalam beribadah.

Aku semakin sedar yang hayat kita di dunia ni semakin pendek. Setiap kali ulang tahun usia ku bertambah, semakin pendek umurku. Adakah cukup bekalan di sana nanti? Serius aku bagitau korang, memang tak cukup.

Tapi kita boleh usaha lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Kita juga boleh bantu pada mereka yang sedang menderita seperti rakyat Somalia....

Cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka....

Ya Allah, semoga kau berkati mereka. Segala-galanya hanya kau yang maha mengetahui.

Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi bernasib baik.... Dekatilah diri dengan mereka yang sedang dalam perjuangan meniti kehidupan ini. Mereka di sana mati setiap 6 minit akibat kebuluran. Sangat menyayati hati. Hulurkan bantuan.

Sesiapa yang ingin menyumbang sila klik sini. Semoga Allah merahmati kita semua....


Sekian.

Keretaku remuk sudah


Assalamualaikum......

Tak habis-habis lagi isu keretaku yang remuk. Sebenarnya tak le teruk sangat tapi sakit jugak mata dan hati aku bila melihat kecederaan yang dialami oleh pengangkutan aku ni.

Aku dah pergi tanya mekanik untuk rawat kesakitan pengangkutan aku. Untuk rawatan pengangkutan ni RM350. Kira ok la tu kan.... Takpelah, adat orang memandu. Lain kali kena lebih berhati-hati....

Mungkin lepas raya ni, baru aku hantar ke bengkel sebab sebelum raya ni, aku takut tak sempat siap. So, beraya lah aku dengan kereta yang cedera.... (T_T). Sekian.


22 August 2011

Akhirnya aku memilih Neo...

Assalamualaikum.....

Raya makin dekat tapi aku bershopping tahap kura-kura. Pakai apa yang ada sudah le.... Baju raya dah beli awal. Setakat 2 pasang baju kurung jadilah... Selebihnya aku pakai baju kurung tahun-tahun lepas... hehe.

Hubby aku lagi best. Tahun ni dia cakap tak nak baju raya.... Dia hanya nak pakai Kurta je. Suka hati dia je kan :). Sungguh jimat.... Bagus kalo setiap tahun macam ni.

Untuk Fatih, anak teruna aku yang seorang tu sudah aku sediakan sepasang baju melayu, sehelai kemeja, 2 t-shirt, 3 helai jeans serta sepasang kasut Mickey. Kasut tersebut aku terpaksa sorokkan memandangkan dia sudah jatuh cinta kat kasut tersebut. Kalo tak, menangis tak dapat tahan perasaan bila tak dapat pakai kasut tersebut.

Semua tu kami dah beli sebelum puasa.... Beli kerana tak mahu bersesak dengan orang ramai.

Meskipun aku tak shopping di bulan Ramadhan ni, aku memendam hajat untuk beli kamera Nikon seperti di Wishlist aku yang lepas. Dah 2 kali aku masuk di kedai Nikon Alamanda.... Harganya RM 1,198.... Brother tu pun sabar je melayan soalan tak masuk akal dari aku.

Masalahnya, aku punyai masalah dengan Blackberry kesayangan aku kerana asyik makan kredit aku sampai beratus RM. Sudahnya ku pilih Xperia Neo. Puas hati aku.... Takpelah kalo tak dapat kamera pon takpe. Pakai kamera Neo.... Selamat berkhidmat Neo..... Boleh sambung blogging by Neo.... (Ayat poyo!)

Selepas ni, kena fikir tentang kecacatan kereta yang aku langgar tiang minggu lepas... Sila collect duit dari simpanan ye.... Sape suruh cari bala. Sendiri buat sendiri tanggung....

19 August 2011

Tolong bagi isyarat jika tak mahu keluar parking ye....

Assalamualaikum.....

Cerita ni dah lama aku simpan dalam hati. Bukan penting sangat pun tapi kena cerita jugak. Macam ni ceritanya, ada satu malam tu aku keluar dengan hubby dan Fatih... Masa tu Fatih dah tido. Sampai kat parking, parking full. Pusing sekali, tengok ada seorang brother macam nak keluarkan kereta. Kami pun tunggu la dia keluar sbb nak take over parking dia tu. Masalahnya, dia duduk je dalam kereta, agaknya dia nak panaskan enjin kereta or tunggu orang lain. Dia telah membuatkan kami menunggu lama kerana menyangkakan dia mahu keluar tapi dia buat butakan mata dan pekakkan telinga.


Aku tak marah kalau ko nak tunggu berjam-jam dalam kereta ko tu tapi masalahnya, ko telah buat kami tunggu lama-lama kat belakang kereta ko.... Tak boleh ke ko angkat tangan bagi isyarat yg ko tak nak keluar dari parking tu. Bangku punya Melayu. Tak tau adab.... Minggu lepas pun aku ada terkena peristiwa yang sama kat Alamanda. Tolonglah prihatin sikit dengan orang lain. Orang lain pun ada perasaan. Jangan buat tak nampak je....


Selalunya kalo bangsa lain, (sorry ye aku tulis di sini...) Diorang akan bagitahu yg dia tak keluar dari parking, jadi aku boleh cari tempat lain dan tak bazirkan masa untuk menunggu dia.


18 August 2011

Jualan Metrojaya di PICC tak mengancam?

Assalamualaikum......

Semakin dekat raya, semakin menjadi-jadi jualan raya di kawasan kediaman aku ni.... Makin runsing hubby melayan kehendak perasaan aku yang membuak-buak untuk bershopping. Ye lah, macam mana aku nak tahan perasaan, tapak jualan hanya beberapa km je dari rumah... Kalo kat KL tu, lain cerita lah kan jauh dari pandangan mata. Betul tak En. Achoi?

Malam tadi, hubby tengok aku tersengih2 kat dia sambil kelip2 mata.... Dia macam faham-faham je apa yang aku nak..... Nasib baik dia nak temankan aku ke PICC. Saja cuci-cuci mata....

Lebih kurang pukul 9 mlm aku dah terpacak dalam dewan PICC tu.... Ternyata ramai sungguh shoppaholic di Putrajaya ni. Yang bestnya, aku boleh terjumpa lak kawan sekolah merangkap kawan sekolej merangkumi officemate aku sekarang yang juga seorang shoppaholic berkaliber di tengah lautan manusia tu.... Kelakar kan....

Mulanya hubby cakap "Baby kat dalam stroler tu muka macam Syahmie kan".
Aku pun tgk lah kat baby tersebut "A'ah lah, dy". (dalam hati aku berkata, "ni memang anak Ayu lah tapi maknya mana).

Tiba2 nampak kelibat mak eh.... Sah... Tapi baby dalam stroller bukan Syahmie tapi adiknya si Syafiq. Muka fotostat sama. Si Syahmie sebaya dgn Fatih, dah 3 tahun.

Kalo dah namanya kaki shopping, dunia luas ni pun boleh jumpa di tempat shoppping.

Actually, jualan di sana bukan best sgt pon. Sama macam tahun lepas. Rasa aku lah kan, tahun lepas lagi best. Banyak juga kasut yang cantik, handbag cantik. Tahun ni macam nak buat clearance stock jek. Pendapat aku la kan, tak tau pendapat korang yang dah pergi.... Sebab aku cari kasut malam tadi, banyak design tak menarik je yg murah.... Kasut yg cantik pon tak ada sangat.... Yang aku berkenan cuma balang kuih raya yang berharga RM 99.90. Sudahnya balik tangan kosong.... Selamat pulus aku.


15 August 2011

Kad raya pertama 2011


Assalamualaikum....


Ni aku nak cerita kat korang yang aku baru je terima kad raya pertama tahun ni.... Seronoknya.... Bukan ape, aku ni bukan le seorang yang rajin menghantar kad-kar raya ni.... Tak sangka ade gak ada orang ingat kat aku.... Almaklumlah, aku ni jawatan kocik jo kat opis yg bosar ni.... Terima kasih banyak le kat pengirim tu.....



12 August 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011M/1432H

Assalamualaikum..... berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun ini. Jangan lupa laksanakan tanggungjawab masing-masing....


Handphoneku, handphonemu.... TVku TVmu jua....



Apo nak dikato.... Segala hakmilik ibu adalah hakmilik saya. Tiada kompromi.... Wajib diberi.... Kalo tak saya nangis guling-guling..... Disebabkan ibu tak nak saya nangis sampai semput, ibu dan daddy terpaksa mengikut kehendak saya.... Sekarang saya sibuk main game sambil menonton rancangan TV kegemaran saya.... Saya suka Thomas, Barney, Pingu, Wonderpet, Upin Ipin dan juga Catdog....


11 August 2011

Kosmetik dan Ubat Beracun

Assalamualaikum.....

Setiap orang pastinya pernah menggunakan produk yang kita sendiri tak pasti apa kandungannya. Tak kiralah kosmetik ke. ubat ke, makanan ke.... Baru-baru ni, aku baca entry di blog seorang blogger ni yang memaparkan serbuan yang dijalankan di Sg. Chua dan Taman Kajang Impian, Kajang....

Aku rasa aku pon dah pernah terguna produk beracun ni. Mujur tak apa-apa. Zaman sekarang ni banyak penipu....

Kalau nak tahu lebih lanjut.... Sila klik sini....

09 August 2011

Yes, dapat bonus TAPI......

Alhamdulillah, ade gak bonus raya akhirnya.... Setengah gaji pon jadilah daripada takde. Bolehlah nak bagi anak-anak buah aku duit raya sikit... bayar kuih raya yg telah diorder.... duit minyak dan tol balik kampung.... Ohhh, banyak lagi benda yang nak dibayar rupanya.... Terbayang2 muka-muka comel di hari raya nanti.... :)

Tapi kan.... pagi tadi kereta aku bergeser tiang parking apartment aku. Abis pintu belakang.... Pagi yang sengal hari ni.... Tolong! Tolong! Abis duit bonus aku.... Pegi beraya pakai kereta tak normal.... Sengetlah muka hubby aku nanti.... Kopaklah duit bonus aku nak repair pintu kereta....

Apalah nasib aku raya tahun ni????? Dugaannnnnn....... (T_T)

02 August 2011

Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya

Assalamualaikum.....

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi, marilah ke Putrajaya untuk menghabiskan duit yang ada....

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...