29 September 2011

Fenomena Angry Birds



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Sekarang musim Angry birds di mana-mana. Bukan setakat game je di mana-mana. Sekarang kat shopping kompleks pon banyak patung Angry birds. Rasa nak tapau je bawa balik. Comel kan tp musuh dia yg kaler hijau tu aku benci sangat sebab dia seekor b***. T-shirt dan button Angry birds pon dah banyak sekarang. Nampak gayanya akan terbeli juga la Angry birds ni buat koleksi. Bukan tu saje, beg dan kasut pun ado.... Ishhh comelnya.

Minggu lepas gi open house ada plak apam Angrybird, kek Angry birds. Cupcakes Angry birds usah cakaplah kan, mesti banyak punye. Mr. Hubby pon dah tegur den asyik main Angry birds je.... tak layan dio ngan anak. Kesian dia, rasa terabai lak.

Nampaknya satu fenomena telah melanda dunia tentang Angry birds. kat bawah ni aku dah google beberapa gambar Angry birds dalam beberapa bentuk. Layan jo lah....








Sekian, terima kasih kerana sudi layan aku nye citer.....

28 September 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia @ Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Semalam aku gi CIMB kat sebelah bangunan tempat aku kerja ni untuk settlekan beberapa perkara. Jalan kaki je senang lagi sihat. Jalan lak ditemani officemate aku iaitu Kak Ana. Angin sepoi-sepoi bahasa membuai-buai tudungku di tepian jalanan Treasury ni. Cehhh... dah mula melalut ni.

Setelah selesai berurusan dengan bank, Kak Ana ajak gi Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di bangunan KPDN, Presint 2, Putrajaya. Kedai tersebut dibuka 7.00 pagi sehingga 10.00 malam. Malas nak cerita banyak. Nanti bosan korang nak baca aku yg suka melalut ni hehe.... Layan je la....




Ais krim pun ado....

 Peanut Butter ni memang murah jika dibandingkan dengan harga peanut butter brand lain.


 Sekian, terima kasih kerana sudi singgah....

26 September 2011

Al-Fatihah buat bapa mertuaku....

Assalamualaikum....

Lama aku menyepi diri kan.... Actually aku sendiri sibuk dengan pelbagai peristiwa.

Tanggal 15hb Sept. 2011 bersamaan 17 Syawal 1432H, selepas solat Maghrib bapa mertua aku menghembuskan nafas terakhir. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Kami dapat tahu tentang penyakitnya seminggu sebelum dia pergi. Memang dia nampak kuat sebelum itu dan kami pun tidak mengesyaki apa-apa tetapi dalam tempoh seminggu itu terlalu pantas dirasakan.

Segala-galanya telah tertulis. Dia pergi dengan langkah yang baik..... Semoga roh Arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat arwah bapa mertuaku....

14 September 2011

Dugaan buat keluarga itu....

Detik berlalu begitu pantas.... Masih segar dalam ingatanku meskipun telah 6 tahun berlalu. Kehadiranku di rumah itu sangat asing bagi keluarga itu tetapi kehadiranku disambut dengan mesra seperti aku sebahagian dari keluarga itu sendiri.


Kelihatan sebuah senyuman yang dilemparkan padaku membuatkan aku tenang dan selesa di rumah itu. Ya, abah (bapa mertuaku) yang dulu senyum pada aku. Aku duduk di meja makan dan berbual-bual dengan keluarga itu. Ternyata keluarga itu menerima aku dengan hati yang terbuka. Syukur alhamdulillah.... Ya, paling aku ingat beberapa pertanyaan yang diajukan pada diriku mengenai aku, keluarga dan juga tentang dia yang kini menjadi suamiku.


Saat itu adalah kenangan terindah dalam hidupku tapi kini, abah jatuh sakit. Abah disahkan menghidapi kanser paru-paru tahap ke 4 dan juga menghidapi 'brain tumor'. Berat dugaan untuk keluarga itu. Tapi aku tahu Allah sayangkan abah. Kami perlu beri perhatian secukupnya memandangkan keadaannya yang begitu lemah dan tidak ceria seperti dulu. Emak dan suamiku menjadi peneman setia di sisi abah. Dia mahu menjaga abah sebaik-baiknya. Mudah-mudahan keluarga itu tabah menghadapi dugaan dari Allah.


Kepada suamiku, walaupun kita terpisah buat sementara waktu namun kau tetap dekat di hati. Tentang aku dan Fatih di sini, usah kau bimbang . Pandailah aku menguruskan tentang hal itu. Apa yang penting sekarang, sokongan keluarga pada abah dalam menjalani kehidupannya. Aku tahu abah mengharap padamu dan aku tahu kau mampu lakukan....

07 September 2011

Ingatan buat semua

Assalamualaikum....


Kalo kita rasa kita miskin harta, ramai lagi yang lebih miskin dari kita. Sekurang2nya kita masih mampu makan dan minum.
Kalo kita rasa kita kaya, jangan kita riak. Bantulah orang lain yang sedang kesusahan.


Kalo kita fikir kita buruk rupa, sekurang-kurangnya jangan kita buruk perangai..
Kalo kita rasa rupa kita ni cantik, ramai lagi yg lebih cantik berbanding dengan kita.
Orang yang rupa cantik tetapi buruk perangai adalah lebih keji......
Jangan menilai sesuatu dari luaran semata-mata kerana yang cantik itu belum tentu berkualiti.... :)


Kalo kita rasa hidup kita sunyi, dekatilah diri dengan Al-Quran
Kalo hidup kita terlalu sibuk dgn urusan dunia, ingatilah bekalan akhirat juga perlu diutamakan


Kalo kita rasa kita miliki segalanya, bersyukurlah dengan nikmat Allah.
Kalo kita kehilangan sesuatu yang paling kita sayangi, ingatlah itu semua hanya pinjaman sementara


Mungkin kita fikir diri kita sudah cukup baik, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Mungkin kita rasa diri kita bagus, hanya kita yang tahu nilai diri kita sendiri.
Mungkin kita fikir kita cukup sempurna dari segala segi, ingatlah hanya Rasulullah yang maksum.
Kadang kita tak fikir sesuatu tindakan kita boleh melukakan perasaan orang lain, jadi lah seorang yang bertimbangrasa daripada bertindak untuk memuaskan hati sendiri.


"Jagalah fikiranmu kerana fikiranmu akan menjadi ucapanmu
Jagalah ucapanmu kerana ucapanmu akan menjadi perbuatanmu
Jagalah perbuatanmu kerana perbuatan akan menjadi sifatmu
Jagalah sifatmu kerana sifatmu akan menjadi karaktormu
Jagalah karaktormu kerana karaktormu akan menentukan nasibmu"


Aku sekadar beri ingatan pada semua termasuk diriku sendiri kerana kita mudah lupa bahawa hidup di dunia hanya sementara. Ingatlah bahawa kiamat semakin hampir tapi ramai antara kita terlalu alpa dengan keindahan yang bakal kita tinggalkan..... Mati itu pasti buat semua....


Semoga kita jadi orang yang lebih baik dari semalam....



06 September 2011

Aidilfitri, Lontong dan Mak Uda

Assalamualaikum.....


Rasanya dah lama aku tak jenguk blog.... Berhabuk dah blog ni. Korang raya mana tahun ni? Aku balik Seremban dulu. Raya kedua baru balik Ipoh. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni penuh dengan kegembiraan... Tapi abah mertua aku tak berapa sihat. Maybe sbb faktor usia, ingatannya sedikit lemah. Semoga abah kembali sihat seperti sediakala.


Selalunya, menu wajib yang disediakan untuk Aidilfitri di rumah mak aku semestinya nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, daging masak lempab. Kalo di rumah mertua aku, mesti kenyang dengan lontong spesel, kuah lodeh, rendang tok dan sambal goreng. Sebab ape aku taip lontong spesel? Sbb lontong tu dimasak dalam tin susu... Haa... korang pernah makan tak lontong macam tu? Masa aku baru-baru kawin dulu, tak reti nak makan tapi skrg, akulah yg terover dose makan lontong... Rindunya ngan lontong...

Rasa tak puas cuti raya... Tahun ni family aku kehilangan Mak Uda tersayang. Tak nampak lagi lah senyuman dia bila aku datang jenguk dia.... rindu kat Arwah Mak Uda. Dulu tak sempat nak peluk Arwah Mak Uda. Masa dia ada, aku tak pernah tgk dia masam muka. Walaupun aku tahu hatinya sedih tapi Arwah Mak Uda tetap senyum... Arwah Mak Uda seorang wanita yang tabah dan cekal meskipun lebih 40 tahun suaminya meninggal dunia. Bayangkan macam mana dia besarkan anak-anaknya seramai 7 orang.... Semoga Arwah Mak Uda ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.... (T_T)


Semalam aku baru balik dari Ipoh. Gerak pukul 7.40 pg. Pkl 11 dah tercongok kat KL. Jalan clean and clear, No jammed and accident. Senang hati sbb segala-galanya berjalan dengan lancar. Tak gaduh-gaduh nak balik mana... highway pon tak kecoh, jumpa sedara pon semuanya happy go lucky. Cuma aku masih tunggu seseorang yang sangat rapat dengan aku masa kecil dulu datang salam ngan aku.... Dah 10 tahun aku tunggu.... Aku tak suka gaduh-gaduh.... Mungkin dia malu dgn aku tapi aku dah lama maafkan dia....

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog. Maaf zahir dan batin. Kalo korang nak datang rumah, dipersilakan.... Walaupun aku tak buat open house tahun ni tapi rumah aku sentiasa terbuka luas menyambut tetamu.... Kalo aku tulis blog ni ada yang terasa hati, maafkan aku.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...