27 October 2011

Cosy Place Restaurant, Wangsa Maju


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Lama aku tak update blog kan.... Kemalasan melanda, ketandusan idea, itu adalah punca blog ini sunyi tanpa berita dari tuan punya tanah blog ini.


Semalam aku dan officemate dipelawa oleh abg long untuk mengisi perut kosong di sebuah restoran yang diberi nama Cosy Place yg terletak di Wangsa Maju. Riang ria aku anak beranak bertandang ke sana. Maklumlah abg besar yg nak belanja... Tunggu apa lagi, jom kita layan gambar....


Senang-senang korang boleh gi sana pulak. Makanan pun sedap-sedap, harganya pun berpatutan.




Cosy Place Restaurant
No.27-29, Jalan Wangsa Delima 2A,
KL. Suburban Centre III,
Section 5, Wangsa Maju,
53300 KL


 Senyuman ikhlas dari tuan punya blog ini.... Tengah sabar menanti pesanan.

Aku, Fatih dan Hubby




Ayu n family pandang ke belakang... huhu

Fid's family

Semua yang hadir

Kak Ana dan hubby dia hehe...

  Fatih yang seronok sebab Aunty Ayu bagi dia topi Thomas. Thanks to Aunty Ayu...

Mam Connie dgn Aboy....

Kak Farah dengan anak-anak.

Abg Ngah dengan isteri dan anak bongsunya...

Suasana restoran


Antara menu yang menjadi pilihan:

Sotong Goreng Tepung

Butter Prawn

Nasi Goreng Yang Chow (rasanya macam nilah ejaannya)

Nasi Goreng Belacan

Nasi Putih Sambal Sotong (sedap tapi pedas)

Nasi putih & fish sweet sour

Rib Eye Steak

Ikan Salmon masak ape ntah... Lupa plak

Beef Burger Homemade Cosy



14 October 2011

Hidung Ibu dan Fatih



Assalamualaikum.....




Bila aku snap gambar mesti terserlah hidung aku yg besar... hahaha.... macam mana tak besar, memang dah keturunan. Tgk saja gambar anak aku, hidungnya memang persis hidung aku. Tapi takpe.... bersyukur atas kurniaan Allah SWT  =)

13 October 2011

Koleksi Thomas Fatih

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....



Ini antara koleksi Thomas milik Fatih.....




 Baju ni baju favourite Fatih. Asal nampak je mesti nak pakai.... Ni barang pertama yang dia minta dari kami. Beli kat IJN masa nak melawat kawan Mr. Hubby admitted kat sana.

 

Thomas ni Fatih jumpa kat Pasar Tani.



 Set mainan ni kami belikan untuk dia semasa nak belikan dia basikal. Dia tak nak basikal semata-mata nak bawa Thomas balik. 





Baju ni kawan aku bagi hadiah hari lahir Fatih yang ke-3. Terima kasih Aunty Ayu....



Pengenalan Fatih dengan Thomas and Friends

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Petang Selasa lepas, sementara menunggu Mr. Hubby balik dari tempat kerja, aku bawa Fatih ke Pasar Tani untuk menjamu mata dan mengalas perut yg menyanyi lagu keroncong. Pkl 5 ptg je terus menuju ke rumah pengasuh Fatih lalu menuju ke Pasar Tani. Sampai je di sana, mata anakku terus tertumpu pada gerai yg menjual mainan "Bu, nk Thomas & fens", Fatih dah start irama merengek. Ni yg aku lemah ni. Lagi-lagi Thomas.... Akhirnya aku belikan wordpad Thomas seperti gambar di bawah.


Excited nak buka juga dalam kereta


Masa dia berumur kira-kira setahun lebih Fatih minat tengok Hi-5. Macam VCD aku belikan. Ada siri Holiday, Animals, Birthday dan macam-macam lagi. Seronok tapi anak aku ni seorang yg cepat boring. Pastu berpindah ke Barney pulak. Barney pun best sebab dia banyak nyanyi dan contoh tauladan yang baik. Barney ajar sayangkan baby dan alam sekitar. Belajar ABC, 123, sharing, please and thank you. Hinggalah dia tiga tahun, aku belikan VCD 4 in 1. Dalam VCD tu ada Barney, Bob the Builder, Thomas and Friends dan juga Pingu.


Mula-mula dia suka tgk Barney dan Pingu sampai dia cakap serupa Pingu. Fatih lambat cakap sampaikan aku nak gi wat check kat doktor. Nak tau gak  sebab apa lambat cakap.


Pastu tengok Bob (sekarang pandai nyanyi lagu Bob the Builder) dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thomas and Friends. Masa mula-mula pasangkan VCD tu, dia takut sangat dengan Thomas sbb muka Thomas kan buruk sikit tapi aku ajar gak sebab  Thomas tu umpama orang bacakan dia buku cerita. Sudahnya dia dah pandai minta belikan barangan Thomas. Dekat 3 tahun baru dengar dia berinteraksi. Itupun setelah kawan dengan Thomas.


Aku suka belikan VCD sebab anak aku susah nak tumpukan perhatian bila aku ajar dia guna buku. Kalo aku guna flash card pon, sekejap je. Tapi sekarang ni bila nampak pen dgn kertas, mesti suruh aku atau Mr. hubby lukis kereta, lori, bas dan juga Thomas. Kalo Mr. hubby lukis boleh tahan juga la rupa. Ni kalau aku yg melukis, meraung anak aku tgk lukisan aku hahahahaa..... 




Kalau dalam kereta aku selalu pasang CD Maher Zain dan Qasidah. Mesti tak boleh dengar radio. Jadi, dia nyanyi siap angkat-angkat tangan lagi hehe... Alhamdulillah, fatih dah kenal huruf ABC dan 123. Cuma sekarang aku tengah ajar dia menulis sikit-sikit. Taknak paksa-paksa, nanti dia bosan. Cakap pun dah boleh walaupun pelat sekurang-kurangnya dia dah boleh cakap apa yang dia mahu.




Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka tapi kita sebagai ibubapa jangan terlalu memaksa anak-anak untuk dapatkan yang terbaik kerana ia akan menjadi tekanan buat anak-anak. Jadikan ibubapa kita contoh dalam mendidik anak-anak kita. Yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan tauladan. Aku sebagai seorang ibu tentunya ingin menjadi seorang penyokong minat anak aku tak kira dalam bidang apapun asalkan ia berlandaskan agama dan nilai-nilai kemanusiaan.






Sekian.











10 October 2011

Toilet canggih punya pasal



Assalamualaikum & Salam Sejahtera......


Ni aku nak cerita satu kejadian yang menimpa aku dgn si dobot semalam. Makcik-makcik Mr. Hubby datang menginap rumah kami utk 2 malam, so semalam diorang nak bershopping di Masjid India. Diorang nak beli barang sikit untuk buah tangan untuk balik ke Singapore nanti. Datang rumah kami hari Jumaat, ahad dok kat Kl utk satu malam dan diorang menginap di Corus Hotel. Pukul 12 tghari, kami sampai di hotel untuk diorang check in. Masa diorang tgh register di lobby, Fatih pulak nak buang air kecil. Aku pun hantar le si dobot ke toilet... Masuk je dalam toilet, Fatih duduk atas mangkuk tandas dan shi~shi... Aku tengok toilet bowl canggih bukan main.... Nak cuci, air kuar dari dalam toilet bowl macam kat opis aku tapi ni lain sikit sebab banyak button kat sebelah toilet bowl tu. Jadi jakun aku jap.... 


Macam ni lah lebih kurang rupa toilet yang mendajalkan aku semalam

Ok, sambung cerita.... Dah habis Fatih shi~shi, maka aku pun buka pili yg ade yg sebelah dobot. Mula-mula buka sikit je, nape tak kuar air ni? bisik dalam hati. Pastu aku pulas la lagi, nape tak kuar air lagi ni. Pastu aku pulas la lg.... Air punya la kuat tersembur menghala ke pintu. Habis basah kena aku nye baju dgn tudung. Henbeg aku, ngan suar Fatih yang aku sangkut kat pintu pun habis lencun..... Nasib malang betul semalam. Memang salah aku semalam.... Si Fatih menjerit tengok aku macam Badang nak naik marah. "Tatut bu.... Fatih tatut...", jerit Fatih. Bila aku tgk Fatih ketakutan, terus aku tergelak bagai nak gila sebab jakun nak guna toilet canggih. Kesian anak aku... Terperanjat dgn kejadian yg tak disangkakan tu. Actually aku yang super terkejut.

Sebelum ni pernah kena gak camtu tapi masa tu kitorang gi mandi-manda kat The Lost World of Tambun. Kejadian berlaku masa kami dah nak balik so kami gi mandi kat dalam shower dan tukar baju. Mula2 aku gi mandi dan siap cun-cun. Hubby tunggu Fatih kat luar.  Pastu aku ambil Fatih kat luar dan bawa masuk dalam shower utk mandikan Fatih.... Tengah layan sabun badan dia, si Fatih boleh buka shower tu. Buka bukan sikit-sikit punya. Sampai habis dipulasnya shower tu. Nak marah pun  tak guna. Fatih masa tu baru 2 tahun. Apa yang dia tau..... Mencabar nak jaga budak sorang ni.... Sudahnya aku balik dgn baju basah kuyup macam baru lepas redah hujan lebat. "Sabar ye ibu.... Fatih minta maaf", mungkin itu perkataan yang terpacul kalau dia boleh cakap masa tu....



Bila dikenang-kenangkan balik, semua tu kenangan manis aku ngan anak aku. Memang selalu aku terkena air bila tengah cuci tut dia... Fatih suka sangat main air, main flush (kalo flush automatik lagi dia suka). Kalau gi makan, suka basuh tangan kat sinki. Kadang2 tekak aku hilang selera nak bila dia ulang-alik nak basuh tangan kat sinki lagi-lagi kalo sinki yang tak berapa nak bersih tu.....

Hakikatnya, aku rasa belum puas nak main-main dengan putera aku yg seorang tu.... Cepat sangat dia besar... 



07 October 2011

Hukum Hudud

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Haaaa..... pagi-pagi aku dah terbaca harian Metro yang memaparkan gambar Wardina Safiyyah yang menyarankan rakan artis dan selebriti merujuk kepada pakar (ulama) terlebih dulu sebelum memberi komen mengenai hukum hudud sama ada wajar ataupun tidak di laksanakan di negara kita.

Semalam aku pon dah baca pandangan artis-artis tersebut yang aku rasa pandangan peribadi yang nak menjaga periuk nasi mereka. Aku nak tekankan di sini, hukum hudud ini memang tertulis di dalam Al-Quran. Kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya sesuka hati memberi pandangan yang mengikut logik akal fikiran semata-mata. Isu hukum memang menjadi isu yang paling sensitif terutamanya ia melibatkan agama dan bangsa.

Aku memang menyokong kenyataan Wardina supaya berhati-hati dalam memberi pandangan mengenai isu hukum-hakam ni agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan kata Wardina lagi, artis dan selebriti  sewajarnya memberikan fokus hanya pada bidang yang diceburi mereka seperti pengalaman, seni, filem, muzik dan lakonan.

Bagi aku, yang paling bodohnya wartawan yang tanya artis-artis tersebut sbb buat apalah ko tanya artis bab hukum agama ni, baik korang tanya karier artis je... Kan dah kecoh satu Malaya.

Sekian saja tazkirah aku pagi Jumaat ni....  :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...