29 November 2011

Makanan kegemaran



Ni makanan kegemaran aku bila lepak kat old town white coffee. Yummieee.....
posted from Bloggeroid

Telur Bungkus pasti sedap.....

Assalamualaikum....

Korang pernah try makan telur bungkus tak.... Ala kalau beli kat kedai siam sure tak sesedap buatan tangan sendiri. Jom kita try buat nak....

Bahan-Bahan:

  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - aku guna carrot, kacang panjang je sbb hubby tak suka sayur banyak
  • 1/2 bawang besar-potong dadu
  • 1 biji bawang putih - dilenyek, cincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - kicap manis lagi best
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa(xde pun xpe)
  • Minyak utk menumis


  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan mix veggie.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!  Selamat Mencuba ye....

Belajar resipi dari : Myresipi.com

Senyum..... Tak perlu kata apa-apa...




Seronok jumpa family...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam cuti sempena Awal Muharram... Bukan main seronok Fatih cuti 3 hari ni. Sabtu kami balik Seremban ada kenduri tahlil dan khatan sepupu-sepupu Fatih iaitu Hafiz dan Azim. Ahad balik Putrajaya dan Isnin kami jalan-jalan jumpa sepupu-sepapat Fatih belah hubby pula di KL. Bukan senang nak duduk berkumpul ramai-ramai.

Kakak sepupu faveret Fatih bila balik Seremban.

Fatih pada awal takut dan malu-malu masuk kolam walaupun ada pelampung. Dia duduk je kat tepian kolam main air.
 
Akhirnya Fatih  berani juga ke tengah bila dipujuk oleh mereka (sepupu belah hubby) yang ada dalam kolam tersebut hehe....

Suasana nyaman tapi banyak nyamuk.

25 November 2011

Apek nak jadi rider pulak.....


Korang kenal tak sapa ni? Pada fan bola sepak Malaysia sure kenal kan. Sejak bila tukar profession ni? Apek nak jadi rider pulak ke?

Gambar Badrul Bakhtiar menjadi mangsa akibat kalah bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Demam bola sepak sukan belum kebah lagi... Walaupun Malaysia kalah 2-0 di tangan Syria tapi itu tidak menjadi isu terhangat seperti Malaysia vs Indonesia.... Aku bukanlah fanatik sangat sokong bola sepak ni tapi mengenangkan perbalahan antara Malaysia dan Indonesia ni, jadi bersemangat nak tonton bola sepak... Persaingan sengit itu ternyata berpihak kepada Malaysia juga akhirnya.... Puas hati aku.


Ok, setiap permainan pasti ada kalah dan menang. Tapi aku pelik dengan sesetengah kaum ni, suka sangat protes bila dah kalah... terima jela hakikatnya. Ni nak gaduh sampai satu dunia tahu. Tak malu ke dengan perangai yang ekstrem tu.... Tak gentleman langsung.


Ni sapa punya kerja edit player Malaysia, Badrul Bakhtiar. Dengki tak sudah-sudah... Macam mana nak maju kalau pemikiran dan perangai kaum tu sendiri tak maju-maju... Asyik tahu kutuk mengutuk je, sebab tu pemikiran tak terbuka....





24 November 2011

Jom pakai shawl...

Assalamualaikum.....

Mood akhir tahun, hari-hari pakai shawl.... Tudung ekspress simpan dulu buat sementara. Aku rasa pakai shawl lebih murah dan tampil cantik.... Senang nak match dgn baju. Cuma kena iron dan ambil masa nak pakai. Kalo nak cepat, capai je tudung ekspress. Habis cerita...






22 November 2011

Hi, I just download WhatsApp Messenger on my Android

It is a Smartphone Messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multi-media!

WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan.

Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS.

]

posted from Bloggeroid

Peneman Fatih, Ibu dan Daddy....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Cuti sekolah dah mula dan jemputan kenduri-kendara pun bukan main hebat lagi. Dari minggu lepas sampai hujung tahun ni, memang ramai yg kahwin, sunatkan anak lelaki dan macam-macam lagi. Krismas nanti ofis aku buat family day... Tak tau dapat pegi ke tak....


Actually aku pernah buat wishlist untuk tahun ini.... Ada yang dapat ditunaikan, ada yang tak dapat lagi. Belum dapat keizinan dari Yang Maha Esa lagi. Semoga next year tertunai hajat, especially yang no. 1 tu... Almaklumlah tak lama lagi umur nak masuk 3series hehe.... Terbayang-bayang je muka Fatih masa baby dulu..  Kesian fatih takde kawan lagi... Tapi sekurang-kurangnya dah seorang jadi penghibur duka lara.... Alhamdulillah, syukur pada Allah.


Sekarang ni fatih dah boleh jadi peneman gi pasar tani walaupun kena bagi upah mainan murah-murah tu. Jadi peneman ibu dia yang sangat penakut nak iron baju kat bilik belakang bila daddy takde. Boleh jadi tukang karut bila aku malas nak kemas rumah. Boleh jadi bantal busuk ibu bila nak tidur malam. Boleh jadi sokongan untuk ibu terus mengembangkan bakat dalam masak-memasak... Kadang-kadang boleh gaduh-gaduh sebab nak baring sebelah daddy.... Gaduh sebab dia asyik nak tidur tengah antara ibu dgn daddy... Buruk perangai kan... hehe....


Segala-gala keputusan aku mesti fikirkan tentang Fatih. Nak beli DVD pun kena fikirkan fatih tau.... kena beli cd untuk dia juga. Pasal cuti-cuti ni pun, aku terfikir juga nak bawa dia berjalan ke mana sebab kalau nak jalan jauh-jauh mesti kena plan betul-betul sebab nak bawa hero aku ni.... Cukup lah pengalaman aku bawa dia naik kapal terbang masa dia kecil dulu. Masa tu umur dia tak cukup 2 tahun lagi, meragam dalam flight sepanjang 2 jam lebih. Semua dalam flight memang beri perhatian pada dia, siap dapat mainan dgn coklat lagi.....


Itu baru anak seorang, belum lagi kalau anak berderet. Segala-galanya Allah je yang tahu bila masa yang sesuai... Kita manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan.... Kita boleh cakap senang je buat anak tapi tanggungjawabnya amat berat sekali. Bukan senang nak jaga amanah Allah ini.


Cukuplah dengan kisah sedih tentang pembuangan anak... buatkan aku rasa marah dan benci pada orang yang tak berhati perut tu. Kalo dah pandai buat anak, kenalah pandai-pandai nak cover.. Jangan sampai lahir je nyawa terus dibuang ke longkang.... Gila betul manusia macam ni....


Ya... aku memang menantikan anggota baru dalam keluarga ini.... Semoga Allah kabulkan doaku ini.... Amin.


21 November 2011

Lagi-lagi pasal Handphone Sonim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Kelmarin aku dah share tentang kelebihan handphone Sonim ni.... Actually hubby aku pakai handphone ni. Memang puas hati beb sbb handphone Sonim ni dilenyek oleh lori pun still ok.... Rendam dalam air pun ok.... Dipanggang pun masih boleh guna..... Hempas ke lantai, lantai yg retak, handphone takde apa-apa. Ketuk ngan hammer pun, skrinnya tahan bang.... Tak calar.

Bateri pun tahan berhari-hari... Kalau dalam tak guna sgt, boleh tahan 2 bulan. Nak tengok hubby charge handphone amatlah jarang sekali. Berbeza dengan handphone aku, sehari kadang 2 kali kena charge. GPS dia pun best.. Kalo tenggelam kat laut, pasti boleh jumpa bang....

Handphone ni ada 3 tahun warranty kalo ia rosak...



08 November 2011

Sonim Phones - Handphone tahan lasak kini di Malaysia

Assalamualaikum & Salam sejahtera.....







 
SONIM'S RUGGED PERFORMANCE STANDARDS (RPS)

1) EXTRA LONG LIFE BATTERY-For continuous use of GPS-base application.(Up to 18 hours of talk time or up to 2 months on standby)

2) ACCESSIBLE KEYPAD-Uniquely designed for ease of use with large or gloved hands.

3) EXTRA LOUD SPEAKER-For use in noisy environments. Capable of producing up to 110dB of noise.(Equivalent of being in a rock concert)

4) IMPERVIOUS TO DUST & MICRO-PARTICLES-Completely
sealed against the intrusion of industrial micro-particles.

5) WATER SUBMERSIBLE-Fully submersed in fresh and salt water at depth of 3meter for 1 hour.

6) DROP/IMPACT RESISTANT-Designed not to dropped to concrete, but rather to be thrown into it from atop a ladder.(Tested from 6.5 ft concrete from any angle)

7) SHOCK/VIBRATION RESISTANT-Internal components were designed to withstand the G-forces from sudden vibration massive impacts.

8) EXTREMELY TEMPERATURE RESILIENCY-Built for and tested in the most extreme climates across globe from the Arctic Circle to the Mojave Desert.(Operates in temperatures ranging from -5F to +130F)

9) RESISTANT TO EXTREME PRESSURE-Built to withstand being stepped on by an elephant or driven over by a truck.(Withstand up to 1 ton of pressure)

10) PUNCTURE PROOF-Although not bulletproof, the Sonim's Gorilla glass lens can double as a hammer and is extremely scratch resistant.(Can withstand up to 5J of impact energy on housing and up to 2J of impact energy on screen)

11) RESISTANT TO PETROLEUM AND OTHER CHEMICALS-Designed to be both resistant to the corrosive nature of chemicals and to be easily cleanable when using the right solvent.(Tested against 500+ chemicals)

12) 3 YEAR COMPREHENSIVE WARRANTY-Sonim will cover any accidental breakage of malfunction of the phone for 3 years.


Ni aku nak share info tentang handphone yg tahan lasak yang sangat sesuai kepada sesiapa yang bekerja dalam situasi yg mencabar dan mempunyai hobi dalam sukan lasak seperti mendaki gunung, scuba diving.... Jika mahu lihat kemampuan handphone, sila ke website: http://www.sonimtech.com/company/110829_guinness.php

Jika berminat sila hubungi di talian 018-383 3401 
(En. Shamshul) atau emel: shamshul@gassb.net


Sekian. Terima kasih. 


HIJAB yang mengujakan.... Jgn tengok sorang2 ye!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Pernah tak korang tengok filem arahan Pierre Andre iaitu 'HIJAB'? Pada awalnya aku ingat cerita biasa-biasa je macam cerita Melayu yg lain tapi filem ni ternyata membuatkan aku tak mahu bersendirian lebih-lebih lagi pd waktu malam..

Ceritanya mengisahkan Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.
Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

Teman wanita Rafael, Qiss (lakonan Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut.

Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.

Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.
Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Tapi sesuatu telah berlaku... sila tengok filem ini untuk mengetahui jalan cerita lebih lanjut.

Seram giler filem ni tapi apa yang pasti filem ni sangat best dan berbaloi untuk dilanggan di Astro First sekarang ni..... Layan....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...