21 December 2012

25 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamualaikum...



Hai mommies.. Dah baca tajuk post pada kali ni? Agak-agak mommies apa yang berubah lepas anda semua dah ada baby.. Especially buat parents yang pertama kali dapat baby ni?

Pernah tak masa mommies preggy, kawan-kawan mommies yang dah mempunyai anak mengacah-acah mommies seperti ini....

1.“Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”

2. "Kalau kau nak bermanja-manja dengan hubby, manja2 lah sebelum baby keluar.. Lepas ni baby take place ;) "

Mesti ada kan? Mengikut pengalaman sendiri, memang pasti selepas sahaja anak kita dilahirkan, agak banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Pelbagai perkara baru yang akan kita hadapi seperti kekangan kewangan, kekurangan tidur, kekurangan masa dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.

Tetapi mommies semua jangan risau.. apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak yang tersayang, mommies akan merasai betapa berharganya setiap detik membesarkan anak...

Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak

1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. - tak sangka akan tabah menghadapi saat-saat bersalin dan menjaga anak sakit :)

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - ini memang betul sangat sebab masa pregnant, org akan beri lebih perhatian pada kita.

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!- Jangan harap dapat mimpi indah akan menemui kesudahan. Selalunya akan terkejut bila dengar anak menguaaa.....

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak - lepas ada anak, perasaan sgt sensitif bila dengar kes anak menderhaka pada ibubapa sebab dah tau perasaan macam mana jadi parents/

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. :( - kalau anak sakit, rasa nak gamti tempat anak bila anak sakit sebab tak sanggup lihat airmata anak yg mengalir menahan sakit.

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ;) - confirm tak kisah sebab masa tidur lebih bernilai pada masa ni :)

7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - yup... lebih2 lagi bila ada orang mengata tentang keburukan anak kita....

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p - hehehe... anak tak poo-poo, risau sangat takut dia sembelit.

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak.

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - pernah dulu tertinggal bas (masa tu tinggal kat rumah mak di Seremban) sebab nak menyusukan anak.

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan. - lihat saja di FB, pasti gambar senyumannya yang banyak menghiasi.

13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - itu satu kepuasan bila gigi anak tumbuh.

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan. - pernah cuba pelbagai resepi walaupun kadang-kadang dia tak mahu makan pun.

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya. - lebih-lebih lagi ketika dia masih bayi....

16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita - senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya. - pasti semua mommies akan buat perkara yang sama.

17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami situasi mereka. - ni memang sangat tepat sebab aku memang dah faham sangat kalau jumpa anak orang menangis di khalayak ramai.

18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - kadang2 mandi pun tak sempat, kena tunggu hubby tengokkan baby....

19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - memang rasa ajaib sangat bila dia berhenti nangis bila kita pujuk anak....

20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ♥

21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu. - hari cuti adalah yang paling ditunggu-tunggu.

22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - contohnya : dulu suka sangat kumpul handbag dan kasut tapi sekarang itu semua tak penting lagi....

23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku. - memang tak dinafikan.

24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. :) Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )

25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Sumber : Internet + pendapat sendiri....

07 December 2012

Susu Ibu tak mencukupi?


Tak dapat dinafikan, banyak soalan dan masalah mommies disini dan diluar sana adalah berkenaan bagaimana nak banyakkan susu ibu. Kita semua terlalu bimbang sekiranya tak berdaya membekalkan susu ibu yang mencukupi untuk si Manja yang tersayang.

Dari longan kering, kurma, lobak putih, pucuk betik, jantung pisang, durian, pulut susu dan banyak lagi petua tradisional hingga
lah kepada ‘Prescription drugs’ seperti domperidone (Motilium), etoclopramide (Reglan) dan sulpiride (Eglonyl, Dolmatil, Sulpitil, Sulparex, Equemote) dan juga natural supplement seperti fenugreek, shaklee, herbalife dan sebagainya termasuklah menjaga pemakanan, berurut dan ‘power pumping’ ditengah malam serta bermacam-macam lagi cara dan teknik kita semua para Ibu.. akan, sedang dan telah usahakan. Segala susah payah dan wang ringgit semata-mata demi si Manja.

Walau bagaimanapun.. yakinlah bahawa segalanya tidak akan berhasil tanpa izin NYA juga. Oleh itu Mommies, saya mengingatkan diri saya dan mommies semua… Akhirilah usaha kita dengan doa dan tawakkal. Bergantunglah hati kita kepada NYA sahaja. Sesungguhnya.. DIA lah sahaja yang MAHA MEMBERI. Mohon lah kepada NYA dan katakan lah….

“Ya Allah.. hanya padaMu ku mohon pertolongan.. lipat gandakanlah curahan susuku.. setiap titis susu yang mengalir adalah rezeki yang sangat bernilai untuk anakku dariMu Ya Allah.. HambaMu ini sujud padaMu Ya Allah.. Engkaulah Yang Maha Pemurah dan Maha mengasihani HambaMu.. Amin..Ya Rabb Al Amin”

Selain itu doa dipetik dari surah (Al-Baqarah: Ayat 60) ini mungkin juga boleh turut diamalkan.

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

Wallahualam.





Kredit: FB (Kelab Penyusuan Si Manja)

Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012



Karnival Jualan Buah-Buahan Tempatan
Berlatarkan 3 konsep utama iaitu Pilih, Timbang dan Bayar.

Tempat : Laman 1 Malaysia, Presint 2 Putrajaya
Tarikh : 7 - 11 Dis 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam


05 December 2012

Berpadalah Jika Menyayangi Seseorang.....


Sedar atau x, org yg paling banyak kita lukai ialah org yg rapat dengan kita. X caye? Contoh paling senang la.. andaikan ada 2 org yg buat jamuan raya.. sorang org yg rapat dgn korang.. sorang tu x la rapat sgt. kalau korang x gi kedua-dua majlis tersebut tanpa alasan yg best, sape lagi sentap? mesti yg rapat dengan korang kan?

Ataupun, korang pergi mana2 pastu bawa oleh-oleh tp x semua org dpt.. org tertentu je, berani la x bagi pada org yg rapat.. mesti dia sentap...

Kenapa? Sebab kita dah ada 1 tempat khusus (parking bernombor plat) dalam hati dorang. Berbanding dgn org lain, ada tempat gak, tp xde parking khusus.. Kalau lambat, sila parking jauh sikit. jadi, apa je yg korang buat, kesannya lebih terasa berbanding daripada kalau org lain yg buat. Ini termasuk la dalam bab melukakan hati mereka..

Mesti korang kata, "Xde la.. dia rapat dgn kita.. dia paham kita.. dia dah tau kita mmg gitu. Xde terasa punya" bullshit la statement tu.. Ooppss!! maaf.. baru minta maaf dah guna bahasa kasar lagi. ok.. Sopan sikit x? point aku ialah, statement tu xleh pakai.. org yg paling kenal korang ialah mak ayah korang, tapi, cuba tanya, adakah mak ayah korang x pernah terasa hati dgn korang? Tiap kali korang naikkan suara (dah mmg cepat sentap), tiap kali korang lupa belikan barang.. lambat amik.. mesti terasa woo..


Aku masih x sampai lagi ke point aku.. Rasulullah pernah berpesan yg maksudnya lebih kurang gini.. "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya". lagipun, benda yg paling korang sayang biasanya akan menjadi kelemahan korang yg paling utama.. so, sila la berpada-pada..

Ye… menyayangi seseorang dengan keterlaluan sama la seperti menyerahkan hati korang untuk dijaga olehnya. Dia buat apa je pada hati kita termasuk meramasnya hingga hancur luluh…. So, jangan serahkan hati korang sepenuh…. So simpan separuh untuk kita jaga sendiri, agar kita punya kekuatan bila kita disakiti.

Pernah x korang tengok, kawan yg dulu kamceng gile, tiba2 bergaduh, lepas tu terus berkerat rotan berpatah arang? Nape jadi gitu? Well, bila dah terlalu rapat, masing2 memegang rahsia.. tiba2, disebabkan sesuatu perkara, timbul perbalahan.. terluka, maka terlepas la rahsia yg dipegang, terasa dikhianati.. sudahnya.. tiada maaf bagimu..

Tu senario biasa.. org yg paling korang sayang juga boleh jadi kelemahan korang sbb kadang2 disebabkan org yg kita terlalu sayang tu, korang jadi buta dengan benda lain. apa yg dia cakap, itu la yg betul. Apa pendapat dia, tu yg tepat sekali. Nasihat org lain semua salah. Kalau korang kehilangan dia pula, rasa dunia ni mcm dah nk kiamat padahal mmg telah tertulis, setiap yg ada permulaan pasti ada pengakhiran...


moral: "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya" cukup la sekadar bersederhana..

23 November 2012

Keperluan untuk baby

Assalamualaikum....

Sekarang dunia aku sibuk untuk mempersiapkan diri dengan kehadiran orang baru. Excited sangat tambahan pula bila dah punggah kotak simpanan barangan Fatih dulu. Setakat ni belum beli lagi pakaian baru... masih lagi bersabar sebab kena tengok pakaian yang ada dulu. Nanti membazir pula....

Rasanya kena beli dalam beberapa helai baju tambahan saja sebab baju-baju yang ada masih lagi dalam keadaan elok. Minggu depan kandungan dah menjangkau 29 minggu, memang dah kena standby keperluan baby dalam kereta. Tapi aku tak basuh lagi baju-baju yang ada dan tak pegi shopping lagi huhuhu~~

Sarung tangan dan sarung kaki

Segala pakaian, mainan dan juga buaian tersimpan dalam satu bekas toyogo. 

Dalam kotak lain, ada breastpump, wet tissues, toiletteries dan macam2 lagi.

14 November 2012

Makan-Makan di Nuin Little Perak di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum.....

Minggu lepas, buat detailed scan kat Klinik Annur, tengahari tu sementara tunggu no. giliran aku, aku dgn hubby dan juga Fatih (Fatih pun ado) pegi pusing-pusing cari makanan. Tiba-tiba teringat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang menayangkan kesedapan Nuin Little Perak di B.B.Bangi.....

Bila tengok dalam menu, memang semua rasa sedap dan indah dipandang tapi bila makanan dah sampai depan mata dan tekak pun merasa, tak boleh nak telan sebab tawar. Nasi Putih dgn Black Pepper Chicken tu aku minta tukar dengan menu yang lain iaitu Nasi Putih Ayam Merah pun tawar juga... Aku ingatkan tekak aku yang mengandung ni berubah deria rasa tapi bila confirm tak sedap. Tawar dan pedas macam tak bergaram.

Kata  waiter kat situ, chef yang selalu masak dan berhenti dan hari tu ada chef lain yang masak. Ntah... Memang frust sangat sebab kitorang ingatkan makanan kat situ sedap-sedap belaka. Nasib baik popiah tu sedap.....

Nasi Ayam tu pun lembik dan tawar juga tapi hubby bedal jugak la. Sayang katanya tapi aku memang tak boleh nak paksa masuk ke mulut. Sorry la kalau komen aku ni agak melampau.... Nasib baik waiter di restoran tu baik dan sabar melayan kerenah aku hihi.....

Antara gambar menu :
Nasi Putih dgn Black Pepper Chicken

Air Limau dgn Asam Boi

Nasi Ayam apa ntah (lupa lak)

Popiah Cheese (lupa jugak namanya)

Nasi Putih dgn Ayam Masak Merah

Ajar Fatih Solat

Assalamualaikum.....

Semalam intai Fatih solat dengan daddy... 
Rasa syukur sangat sebab dia selalu mahu solat. 
Selalu juga pesan kat hubby, ajak dia solat sama. 
Biar dia biasakan diri... 
Alhamdulillah... setakat ni ada juga dengar dia baca Surah Al-Fatihah 
dan ikut sikit-sikit bacaan dalam solat. Semoga senanglah nanti nak ajar dia solat.


Fatih bukan lah seorang yang suka diajar secara terus-terang. 
Maksudnya kalau nak ajar dia, kena gunakan cara lembut, tak boleh dipaksa sebab 
dia akan terus tutup buku dan pergi main. 
Kena banyak sabar dan berlembut dalam mendidik dia.... 
Kadang-kadang geli hati juga melihat dia solat sebab telatahnya macam orang pandai sangat.

Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang soleh dan taat pada perintah agama. 
Amin.....



Sempat juga dia jeling kat ibu...


12 November 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Assalamualaikum....

Setakat ni jadual ni yang aku jumpa tentang pembayaran gaji kakitangan awam pada tahun 2013.


09 November 2012

Tips memilih makanan laut yang segar

Assalamualaikum....

Kalau kita nak pilih daging atau ayam segar memang mudah jika dibandingkan makanan laut. Ada sesetengah orang masih tak tau membezakan mana masih elok dan yang mana tidak. Kali ni aku nak share tips bagi membantu korang memilih makanan laut yang segar untuk hidangan keluarga.

Sumber gambar: Pakcik Google

Ikan
- Lihat pada insang,. jika merah itu tandanya masih segar. Jangan beli sekiranya hitam atau lebam.
- Jika ikan bersisik, pilih ikan yang masih bersisik penuh bukan yang mudah tertanggal.
- Tekan bahagian perutnya. Jika lembik, itu tandanya ikan sudah lama.
- Jangan tertipu dengan warna kulit ikan yang kelihatan segar terutama cencaru atau kembung.

Ketam
- Ketuk bahagian atas cengkerang ketam. Dengarkan bunyinya dama ada bunyi penuh atau kosong.
- Ketam biru atau ketam renjong lebih enak jika dibandingkan ketam harimau.
- Pilih ketam betina. Caranya dengan melihat bahagian belakangnya. Jika berbentuk segitiga dan ada telur itu ialah ketam betina. Ketam jantan berbentuk kon dan agak susak untuk dikopek.
- Jika berbau hancing yang kuat itu tandanya ketam tidak segar.
- Tekan bahagian bawah ketam. Jika lembik itu bermakna, sudah lama dan isinya akan hancur jika dimasak.

Sotong
- Sotong biasanya mempunyai dua warna. Jika segar isinya putih dan kulit berbintik kelabu. Jika sudah lama mati, isinya merah. Kalau tertanggal kulit itu tandanya tidak segar.
-Sotong yang lembik bermakna sudah terlalu lama.
- Sotong tirus lebih enak dibandingkan sotong jenis lain.

Udang
- Pilih udang yang kulitnya tidak berkilat kerana itu adalah udang sangkar.
- Udang yang ditangkap rasanya lebih enak, lembut dan manis.
- Elakkan membeli udang yang ada garisan hitam pada bahagian kepada dan badan kerana sudah lama. Selain kepalanya mudah tanggal.

Kerang
-Memilih kerang segar paling mudah. Pastikan masih hidup dan tidak terbuka.

Harap tips ini dapat membantu korang memlilih makanan laut yang segar untuk dimasak buat keluarga tersayang.....

08 November 2012

MGTT

Assalamualaikum.....

Selasa lepas aku ada buat detail scan. Alhamdulillah, syukur aku kepada Yang Maha Esa segalanya nampak tiada masalah buat setakat ini. Segala yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Apa yang paling membahagiakan aku sekarang, tahun depan ada 2 perubahan penting dalam hidup aku. Fatih akan ke sekolah dan bilangan ahli keluarga bertambah seorang lagi. Lagipun tahun depan umur aku dah mencecah 30 tahun.

Esok pula, aku kena buat MGTT (minum air glukos) untuk check aku ni ada diabetes ke tidak. Kena lah set mind yang air glukos tu sangat sedap macam minum jus Tropicana   Malam ni start pukul 10 malam aku kena puasa. Hope result cantik la esok ye.

Buat mommies yang ada pengalaman buat MGTT... Macam mana pengalaman korang ye?

24 October 2012

Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum

Sebentar tadi aku turun ke cafe nak beli makanan tengahari. Ternampak pulak ada jualan puspanita kat ruang legar tadi. So, aku pun pegilah cuci mata. Kot2 ada yg terberkenan. So, belilah juga Pati Delima Gulsan produk dari Turki seperti gambar di bawah sebabnya aku dapat harga RM 14 je. Murah kennn....

Lagipun buah delima kan bagus untuk ibu-ibu mengandung....



Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS 
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA 
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor

Produk : Pati Delima Tulen
Origin : Turkey
Berat : 340gm

Cara amalan :
1 sudu besar before breakfast.
Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.

TAHUKAH ANDA ?

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. 
Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)


P/s: Aku tak taulah pulak fakta kat atas nih betul ker tidak....aku tak copy skali testimonial dari pengguna sebab biler bace macam kelakar....sebab  tu aku nak cube sendri, tengok caner results nyer nanti...aku berani cube sebab ianya pati dari buah-buahan.....

23 October 2012

Shaklee: Supplement untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum.....

Mengandung kali ni rasanya badan lebih kuat dan sihat berbanding dulu. Badan pun tak nampak naik sangat. Kalau dulu kaki dah mula membengkak, tapi kali ni alhamdulillah kaki tak bengkak. Tidur malam pun tak ada gangguan sebab kalau dulu setiap malam kaki mesti cramp (simpul biawak). Muka pun tak sembap dan lengan pun tak de lah nampak banyak menakung air...

Ya... dulu aku memang kuat makan apabila masuk bulan ke 4. Makanan yang diambil mesti 2 hidangan. Contohnya 2 keping roti canai, 2 pinggan nasi, 2 bungkus laksam. Sebulan berat aku naik mendadak 3kg. Kalau pergi check up, confirm kena buat MGTT setiap bulan sebab badan naik.

Boleh dikatakan pengalaman mengandung kali berbeza dengan yang dulu....

Kali ni, makan lebih berhemah. Makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap. Selera pun tak melampau sangat.
Mungkin kali ni aku mengamalkan supplement Shaklee. Pada awalnya aku macam berat hati juga nak cuba. Tapi disebabkan aku takut mengalami pengalaman yang terdahulu, tak salah aku mencuba produk ini.... Oppsss.... aku bukan penjual produk ini. Aku just nak cerita yang aku sangat happy guna produk Shaklee ni.

Mood sepanjang mengandung kali ni pun sangat bagus. Jarang sekali nak sensitif dan moody tak tentu pasal. Lagi satu yang paling penting ialah tak kembung. Kalau dulu, kembung perut memang akan menjadi masalah sebab satu kerja pun takkan menjadi. Kulit pun lebih halus dan tak berjerawat. Cuma parut lama susah nak hilang hehehe....

B Complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, Omega Guard


Lepas ni aku baru nak cuba minum Energizing Soy Protein (ESP) untuk persediaan bagi menyusu bakal baby nanti :)

Macam banyak je vitamin kat atas ni kan.... Tapi tu adalah untuk sampai 3 bulan atau lebih. Harga pun taklah mahal. Berpatutan lah dengan hasil yang kita dapat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, silalah klik kat http://hebatkan.blogspot.com/ 

Keseluruhan untuk produk Shaklee ni memang bagus dan berkesan sangat. Memang banyak perubahan yang ketara berbanding kehamilan yang terdahulu.


22 October 2012

Tak nampak perut lagi??

Assalamualaikum....

Kali ni pregnant perut macam kecik sikit. Ramai yg tak percaya yg aku dah pregnant 6 bulan. Kalau pakai dress mungkin lebih nampak yang aku pregnant..... Apapun, doktor mengesahkan setakat ni kandungan aku membesar dengan sempurna dan aku berdoa semoga ianya selamat seperti abangnya dulu :)


22 weeks pregnant
 
6 months pregnant

Gambar ni diambil minggu lepas


Baju sekolah Fatih untuk tahun depan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.....

Tadi pergi ke Tadika Kemas untuk buat pembayaran yuran pendaftaran. Dapatlah sepasang baju sukan dan sepasang baju kemeja. Menurut kata cikgu : Isnin, Rabu dan Jumaat pakai baju kemeja. Selasa dan Khamis pakai baju sukan. 2 pasang baju di bawah berharga RM 50. Boleh la....

Baju yang diberi saiz M. Rasanya Fatih tak muat. Kena tukar la jawabnya....

Tak sabar rasanya nak tengok Fatih ke sekolah pakai baju ni.


08 October 2012

Jalan-Jalan di Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Percutian kali ni dekat je memandangkan aku malas nak melalui 
perjalanan yang jauh, maka PD adalah jawapannya.

Walaupun ke PD, banyak masa dihabiskan di bilik saja sebab
aku malas nak berjalan jauh dan Fatih sendiri pun tak nak keluar dari bilik 
sebab ada swimming pool dalam bilik. 

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak gi sana....
Dulu Grand Lexis ni dikenali sebagai "Legend International Water Homes". 

Kami cuma menginap 2 hari 1 malam sahaja. Memang best sebab ada private pool hehehe....

Bilik yang kami book adalah jenis Executive Pool Villa...

Jom layan antara gambar yang sempat di ambil....















\





Kali ni aku pergi bersama klik opismate aku iaitu Kak Connie dan Ayu.

Masa ni dinner di DTerapung.

04 October 2012

Fatih Anakku.....

Fatih Anakku

Bila dia buat perangai, hati kadang geram sangat....
Bila dia dah tidur, hati rasa sayu sangat bila renung wajah dia....
Bila dia sakit, hati gundah tak boleh nak cakap apa....
Segala-galanya ku serahkan pada-Nya...

Tapi dialah pengubat jiwa lara
Penghibur hati yang duka
Pemberi semangat di kala susah
Hati yang kadang rapuh
Tega meredah arus gelora yang sangat mencabar
Kadang-kadang ia boleh menggugat hati,
Melukakan perasaan
Namun demi dia....
Aku cekal dan tabah
Demi dia....
Aku redha segala-galanya

Ada saja tingkahnya yang buat ku ketawa
Kadang-kadang diselang-seli dengan jeritan
Memastikan dia tidak melampaui batas
Semua itu indah...
Kadang-kadang timbul dalam hati
Belas kasihan melihat dia...
Rasa kurang sempurna aku memelihara dia....
Sebab....
Aku rasa belum cukup untuk menyayangi dia
Aku rasa belum lengkap dalam mendidik dia
Aku rasa tidak cukup kuat dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang ibu

Semoga aku punyai kekuatan dalam menjalani setiap langkah demi mengharungi liku-liku kehidupan...

Tetiba lak touching mengenangkan Fatih....

03 October 2012

Kenangan 4 tahun lalu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Tetiba teringat pulak nak masa Fatih baru lahir dulu. Masa tu takde gambar kat hospital. Kelam kabut ketika mula-mula ada anak. Nak pegang pun tak reti. Nak bagi susu pun rasa geli. Nak basuh poo-poo dia pun takut.

Fatih lahir disambut dengan suasana yang sangat happy dan membahagiakan. Dengan berat 3.65kg, dia antara yang paling agak besar jika dibandingkan baby-baby yg sebaya dengannya. Kalau tengok dia dalam nursery, boleh agak itulah dia....

Rasa tak sabar nak ada baby lagi sebab masa yg pertama kali dulu, aku betul-betul tak berapa bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu sebab aku memang takde pengalaman dalam penjagaan baby ni :)


Usia 3 hari


Bagi puting kosong.... asyik nak susu je kerjanya hehe....

Asyik teringat....




Memang sedap menikmatinya lebih-lebih lagi di bawah panahan sinaran mentari yang terik.... Emmm nyaman bila ia terus menerobos masuk aliran tekak ni. Rasanya memang tak cukup satu. Cencol paling sedap tentunya cendol mamak. Tak caya? Percayalah... sebab aku selalu makan cendol, mesti mamak yang jual hehehe.... Cendol Old Town White Coffee  pun tak boleh lawannye.... Cubalah....

02 October 2012

Apabila ibubapa sudah tua dan berseorangan


Tidak semua anak bertuah dapat menjaga ibu atau ayah yang sudah tua dan menghitung baki usia. Tidak semua itu maksud saya ialah sedikit.
Orang Melayu sering digambarkan mengunjungi ibu bapa / orang tua semasa hari raya. Bagi yang sudah meninggal dunia, maka perkuburan menjadi medan yang dikerumuni seusai solat hari raya. Suasana yang digambarkan adalah sedih dan terharu.
Bagaimanapun, gambaran realiti itu juga sebenarnya menandakan satu fenomena yang tidak ramai menyedarinya, iaitu ibu bapa jarang dijumpai / diziarahi, apatah lagi diberi jagaan, perhatian dan khidmat apabila mereka sudah tua. Zahirnya, saat-saat hari raya itulah yang kita gunakan untuk menggembirakan orang tua kita yang sudah lama kita tidak berjumpa.
Seusai hari raya, kita akan berangkat pulang ke tempat kita bekerja. Ibu bapa kita pun amat memahami komitmen kita, sama ada kerja atau komitmen terhadap keluarga kita sendiri; suami, isteri dan anak-anak.
Setelah kita berjauhan, mungkin ramai yang menitipkan wang ringgit setiap bulan. Ramai juga mungkin akan menelefon setiap minggu. Ramai juga mungkin yang dapat balik menjenguk ibu bapa setiap dua minggu sekali.
Tetapi tidak ramai saya kira yang bertuah dapat melayani ragam orang tua setiap hari. Mungkin apabila saya sebut ragam, kita mempunyai pelbagai tafsiran.
Apabila ibu bapa kita sudah lanjut usia dan anak-anaknya sudah berkeluarga, mungkin ragam ini kurang kita sedari selagi mana kedua-dua mereka masih hidup. Apabila salah seorang jatuh sakit, pasangannya akan mengambil berat dan memberi bantuan, setiap hari, menyebabkan kita masih berada di luar “lingkungan” walaupun melihatnya setiap hari.
Bagaimanapun keadaan ini akan berubah apabila salah seorang daripada ibu bapa kita ini meninggal dunia. Cuba kita bayangkan perasaan pasangan yang ditinggalkan. Setelah sama-sama menempuh kehidupan sebagai suami isteri selama berpuluh tahun, mungkin 20, 30 atau lebih 40 tahun, kematian adalah satu perpisahan yang meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan yang ditinggalkan.
Rakan berbual, meluah perasaan, berkongsi kisah suka duka sudah pergi. Untuk selama-lamanya. Diri sendiri pun sedang menghitung baki usia yang entah berapa bilangannya. Cuba bayangkan jika anda berada di tempatnya. Pada siapa anda akan berkawan dan boleh diajak berbual.
Saya tidak mengajak anda memikirkan jika ibu atau bapa yang masih hidup itu jatuh sakit. Saya hanya mahu membayangkan peranan sebagai seorang yang boleh diajak berbual, sebagai ganti pasangannya yang telah pergi. Mohon tidak diserahkan tugas ini kepada jiran sebelah atau kawan baiknya, kerana walau macam mana sekalipun akrabnya mereka, tetap tidak sama dengan anak sendiri.
Ibu atau bapa yang masih hidup ini tidak mempunyai aktiviti seluas aktiviti kita. Dia tidak mempunyai maklumat sebanyak maklumat kita. Kerana dia sudah tua. Janganlah anda jangkakan perbualan yang menyeronokkan kerana pengetahuannya kurang bersifat semasa dan tidak boleh dijadikan rakan sparring untuk anda mencambahkan idea.
Bagaimanapun perbualan dengan sidia yang kita kasihi ini boleh jadi menyeronokkan jika kita mahu menjadikannya begitu. Dia akan menceritakan pengalaman dan kisahnya di zaman muda. Dan ia akan diulang-ulang. Kalaupun tidak terlalu kerap, tetapi ia tetap berulang dan kita yang masih muda menyedarinya. Tetapi dia tetap seronok bercerita. Dengan syarat kita pandai melayan dan mendengar seolah-olah ia pertama kali sampai ke telinga.
Kita mesti menjadikannya sebahagian daripada keluarga kita. Apa maksud saya? Tidakkah memang dia adalah ibu atau bapa kita?
Tidakkah apabila kita merancang untuk membeli baju raya, kita asyik bercakap sesama kita, baju umi, baju abah, baju along, baju adik. Kalau kita tak sebut baju nenek atau atuk, senada dengan baju-baju untuk sesama kita, maka kita telah menyisihkannya, secara kita tak sedari dan tidak berniat. Tapi saya percaya sidia menyedari perkara itu, kerana dia berseorangan, pasangannya sudah tiada, tapi dia adalah orang tua yang amat memahami, tidak akan meluahkan perasaannya itu macam budak kecil, sebaliknya disimpan kemas di sebalik senyuman manis yang mendamaikan sianak. Ini hanyalah satu contoh.
Kalau kita mahu bercuti sekeluarga, adakah sidia termasuk dalam perkiraan, sama taraf dengan yg lain? Atau kita menganggap kehadirannya nanti sebagai sesuatu yang “mengganggu”? Ini hanyalah satu contoh.
Bagi anak perempuan, khidmat kpd suami lebih utama dan kita boleh memahaminya. Tetapi bagi anak lelaki, tiada alasan nampaknya. Itulah sebab harta pusaka diwarisi anak lelaki lebih banyak berbanding anak perempuan.
Adakah kita menyangka bahawa sekali sekala dibawa berjalan makan angin sudah mencukupi? Adakah kita menyangka sekali sekala dibawa makan besar sudah mencukupi? Adakah kita menyangka wang ringgit yang kita kirimkan itu sudah mencukupi? Dan yang lebih penting ialah adakah kita mengira bahawa itulah yang sebenarnya didambakan oleh seorang ibu atau bapa tua daripada anaknya?
Sesungguhnya jika anda dapat bertanya khabar selalu, dan mendengar khabar daripadanya seolah-olah itulah berita yang anda nanti-nantikan, walaupun ia mungkin berita ulangan.. jika itu dapat anda lakukan, saya percaya anda telah melakukan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini. Hakikat ini hanya disedari setelah sidia “tiada” lagi di sisi.
Letakkanlah orang tua kita di hati kita, sebagaimana kita letakkan isteri, suami dan anak-anak di hati kita. Tidak berkurang walau sedikit pun. Jika itu berlaku, segala kekangan akan menjadi mudah, segala batasan dapat diatasi, segala masalah dapat diselesaikan. Tiada lagi alasan.

01 October 2012

It's a boy... Alhamdulillah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Pagi tadi aku gi monthly check up di Klinik Pakar Wanita Annur B.B. Bangi. Jumpa lah aku dengan doktor kesayangan aku, Dr. Khamsiah. Sebelum pukul 8 pagi aku dah tercongok kat depan klinik. Kononnya tak nak tunggu lama. Dapat lah nombor giliran yang ke-6. Ok la kan dari no.  ke 20. Nanti kena tunggu berjam-jam....

Memang hari ni hari yang aku nantikan sebab boleh tengok kat mesin Ultrasound tu ada bebird baby ke tak.... Memang aku tak nafikan aku memang teringin nak anak perempuan tetapi Allah tu Maha Berkuasa, siapalah aku nak lawan takdir.... It's a boy la.... Gang Daddy lagi....

Alhamdulillah.... aku terima dengan hati yang terbuka dan punyai perasaan yang sama seperti aku mengandung yang pertama dulu. Cuma aku harapkan biarlah baby yang ku kandung ini sihat sempurna sepertimana Fatih dulu. Amin....


27 September 2012

Foto: NESCAFÉ UHT Dare U Slurp?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....

Aku suka Nescafe. Hari-hari mesti minum Nescafe. Kalau tidak, mesti tak jadi kerja sebab mengantuk...

Permulaan hidup dimulakan dengan sarapan berserta Nescafe memang memberi ketenangan dan mencetuskan perasaan yang positif. Cubalah hari ini.... Ceriakan hari kita dengan sesuatu yang kita suka. Think positive and be positive.


Dah cuba buat foto lucu minum Nescafe UHT Dare U Slurp? Memang fun sangat sebab boleh match dgn muka kita.... Kalo nak cuba, silalah klik sini.



Fatih with Syahmie

Fatih with Akol

Me and Fatih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...