31 January 2012

Basikal Tua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....



Kalau dah duduk Putrajaya, tak sah le kalau takdo basikal. Geram tengok orang yg naik basikal. Aku naik basikal last sekali dulu mungkin usia aku 13 tahun. Maknanya 15 tahun aku dah tak cycling. Patutlah semakin debab bak buah tembikai.


Pada mulanya aku nak beli basikal hero aku tetapi aku yang terlebih-lebih excited. Akhirnya aku angkut basikal Fatih, basikal untuk aku dan tidak ketinggalan untuk Encik Asben masuk dalam kereta dan bayar apa yang patut.  Seronok sangat nak cycling sampai mimpi-mimpi. Kalah budak2 mak budak ni :)


Harapan : Nak kurus dan kuatkan stamina.
Motif : Jenjalan sekitar Putrajaya sambil menikmati pemandangan dan bersenam. Chewahhh!!!


Jangan tinggal harapan sudah la kan. Amacam? Korang ada berani nak race dengan team aku?!! Kalo berani, jom lah turun Putrajaya join kami. Sini banyak tempat nak cycling. Nanti tunggu entry yang akan datang. Aku tunjuk kat korang tempat yang best untuk cycling. Layan beb.



Ini untuk hero kami. Siap dengan helmet lagi...

Ni untuk emak kpd hero

Ni utk en. Asben

Anak aku memang excited sgt sampai kena paksa tido malam

Nasib baik muat. Fatih terpaksa kena dok depan la ye :0

Ok sekarang aku sedang mencari benda ni......


Ni contoh sahaja. Cari kat kedai basikal. Asyik out of stock aje.. Emmm...

Bila dah dapat nanti boleh la bawa Fatih jenjalan. Kalau larat la ye :)


2 comments:

  1. I love cycling. Zaman muda-muda ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni pun akak masih muda lg kan. jom la cycling sama2...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...