10 January 2012

Info: Taman Tamadun Islam Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak habis lagi pasal Kuala Terengganu... Memang aku suka cerita bab jalan-jalan ni sebab boleh share info kat korang. Nanti korang senang lah ke sana bila ada masa nanti...

Ok, Taman Tamadun Islam berdekatan dengan Masjid Kristal. Kalo nak naik shuttle pun boleh tapi kena bayar la sikit.

Apa yang ada dalam Taman Tamadun Islam ni ye? Semua replika- replika masjid yang terkenal di dunia kita boleh lihat di sini. Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal. Menarik kan. Antaranya ialah:

1. Masjid Negara, Malaysia
2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia
3. Masjid Pattani, Thailand
4. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5. Taj Majal, Agra, India
6. Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
7. Kubah As Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin
8. Masjid Besar Samarra, Iraq
9. Masjid Sheikh Luthfallah, Iran
10. Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan
11. Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi
12. Masjid Aleppo Citadel, Syria
13. Masjid Mohamed Ali, Mesir
14. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi
15. Masjid Suleyman, Turki
16. Masjid Besar Qairawan, Tunisia
17. Masjid Al Hambra, Sepanyol
18. Menara Kalyan, Uzbekistan
19. Masjid Besar Agadez, Nigeria
20. Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia
21. Masjid Xian, China
22. Masjid Sultan, Singapura



Ni antara gambarnya:







Sekian.. Terima kasih sebab sudi layan blog gue... hehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...