03 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog aku. Semoga tahun ini membawa tuah dan keberkatan kepada kita semua. Tahun lepas aku kehilangan 3 orang ahli keluarga yang terdekat iaitu bapa mertua dan 2 orang makcik yang tersayang. Begitu juga seorang kawan sekolah aku yang pergi dalam tidur... Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat....

Tahun lepas juga, aku melepaskan kereta Kelisa aku yang comel macam tuannya pergi.... Sedihnya kan. Tak dapat nak cilok-mencilok...

Oh ya... minggu lepas aku ke Bukit Gambang. Ada family day dgn officemate aku. Nanti aku uploadkan gambar.... Dalam kita bergembira mesti ada yg sedang berduka. (Ayat macam biasa dengar je kan) Jadi berpada-padalah bila kita bersuka ria. Bukan selalu kita berada di atas, sesekali pasti terjelepuk ke bawah juga.

Tahun demi tahun, aku rasa tanggungjawab aku semakin berat. Dari seorang anak aku bergelar isteri. Dari isteri, aku menjadi seorang ibu dan kini aku juga pikul tanggungjawab menjaga ibu mertua aku secara bergilir-gilir setelah kembalinya bapa mertuaku ke Rahmatullah. Nampak macam berat je kan tapi percayalah... Allah beri itu semua berdasarkan kemampuan seseorang itu. Insya Allah, semoga aku terus melangkah lebih kuat dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih sempurna.

Semoga tahun 2012 ini, kehidupan aku sekeluarga lebih bermakna. Semoga aku dikurniakan cahayamata yang baik dan comel macam Fatih :) Semoga Allah memberkati dan memberi rezeki yang melimpah-ruah buat kami sekeluarga. Semoga aku juga menjadi seorang yang lebih baik dan tabah dalam mengharungi dugaan daripada Sang Pencipta.

Sesungguhnya, kita selalu inginkan yang terbaik tetapi apa yang ada pada kita pada hari ini adalah yang paling terbaik buat kita. Mudah-mudahan hari-hari yang mendatang, Allah lebih kuatkan ingatan kita untuk mengingatiNya. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...