19 March 2012

Anniversary ke 6....

Assalamualaikum....

18 Mac merupakan hari ulang tahun yang ke 6 aku memegang title "Isteri". Mungkin masih awal dalam melayari alam rumahtangga tapi banyak pengalaman yang membuatkan aku lebih dewasa.

Aku juga banyak belajar tentang perkongsian hidup dan yang paling banyak aku belajar adalah erti SABAR. Nasib baik aku punyai seorang suami yang memahami serta boleh bertolak ansur hehe... Walaupun kadang-kadang ombak bergelora dalam rumahtangga kami tapi bagi aku ia menguji kami dalam mengukuhkan lagi hubungan kami.

Di sini, saya mohon abadikan sebuah puisi buat suamiku.... Minta lalu ye tuan-puan semua. Aku nak deklamasi sajak buat suami aku...


Wahai suamiku...
Jika kau impikan seorang bidadari yang mengisi hatimu
Maafkan aku kerana aku tahu aku tak sehebat bidadari itu

Wahai suamiku...
Jika kau mahu aku menjadi suri rumahmu demi anakmu
Maafkan aku kerana aku masih tegar di sini

Wahai suamiku...
Jika ada sifat pada diriku ini menyebabkan malumu
Maafkan aku kerana aku manusia lemah yang tidak sempurna dari segala segi

Aku tahu angan-anganmu membahagiakan aku
Aku tahu impian hidupmu dengan adanya aku
Aku mengerti tentang matlamat hidupmu

Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat
Semoga akulah orang pertama yang kau kongsikan suka duka dalam perjalanan hidupmu
Jangan pernah jemu untuk menasihati aku untuk mentaati perintahmu..
Jangan pernah goyah dengan hasutan yang mahu kita berpisah..
Segala-galanya hanya untukmu.. suamiku yang dikasihi.



2 comments:

  1. Hepi Anniversary kak.. diam2 dh 6 tahun melayari bahtera... moga kekal bahagia hendaknya.. Amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...