28 March 2012

Jalan-Jalan di Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum....

Korang pernah dengar tak Pantai Bagan Lalang? Walaupun tak glamour macam PD tapi best jugak tau. Sesiapa yg dok Putrajaya dan nak lepak pantai yang dekat, datanglah sini.

Ahad lalu, lepas gi tgk F1, hubby ajak jalan ke sana. Katanya, dia tak pernah ke sana. Aku pernah la juga ke sana, maklumlah kampung aku pun dekat2 situ juga. Mestilah pernah ke sana kan.... Jom kita layan gambar sebab hari ni aku malas nak menaip banyak-banyak hehe....





Bila dah puas makan angin kat tepi pantai sampai kembung perut , mulalah perut berdendang lagu dangdut minta makanan. Akhirnya hubby murah hati belanja makan walaupun pada awalnya aku yang nak belanja. Kami makan di HM Sri Bagan Restaurant.

Memang sedap makan kat sini sebab kita boleh pilih ikan-ikan, udang-udang, sotong-sotong, ketam-ketam mengikuti selera anak tekak masing-masing. Staff restoran sini pon ok, tak sombong dan pengurusan restoran pun tip top. Memang puas hati sebab dapat makan fresh sea food.

Sebenarnya suasana makan atas jeti ni yang buatkan semuanya best sebab susah nak dapat kat tempat lain betul tak? Ok, restoran ni buka seawal 6 ptg sampai 1 pagi rasanya. Masa kami pergi sini pukul 6.30 ptg gitu.....





Fatih melayan perasaan rindu kat nenek le tu

Sunset petang itu....

5 comments:

  1. wahhh... kampung ku... huhuhu...

    akak asal mane?

    ReplyDelete
  2. lorrr... dkt jer lah sendayan dgn sepangnyol.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. den tak pernah sampai lg bagan lalang nih...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...