13 March 2012

Kisah cuti dan juga tudung.....

Assalamualaikum....

Lama tak update blog... sibuk dgn rutin harian membuatkan aku terpaksa meletak tepi halaman blog aku. Bukan aku tak sayang tapi tanggungjawab yang sedia ada membuatkan aku harus mendahulukan mana yang lebih penting. Betul tak?

Minggu lepas aku terpaksa ambil cuti sbb pengasuh Fatih tak dapat jaga. Ada hal yang perlu diselesaikan, katanya. Sebagai manusia, kita haruslah bertolak-ansur ye tak :). Lagipun, pengasuh Fatih sangat jarang minta cuti tapi kali ni dia minta cuti seminggu. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga apply cuti menjaga putera kesayanganku ini.

Oh ye, sepanjang aku cuti aku mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa untuk mak mertua aku yang kurang sihat yang baru saja keluar dari hospital kerana tekanan darah tinggi. Aku juga balik kampung untuk menziarahi  mak dan abah aku di kampung. Mak dan abah aku pun bukannya sihat sangat. Minggu lepas mak pitam di ruang tamu dan abah juga semput setiap malam. Risau hati aku tak boleh nak cakap macam mana. Aku kena lebih prihatin dalam menjaga hati masing-masing...

Cuti kali ni juga, aku sibuk bisnes tudung sana sini. Bukan tudung biasa tapi tudung berkualiti Premium. Aku suka bisnes. Tak kisahlah bisnes apa, janji halal :). Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan. Terima kasih atas support dari orang sekeliling. Biarpun aku sekadar bisnes kecil-kecilan tapi rezeki tetap ada dari Allah SWT.

Sesiapa yang sudi melihat-lihat tudung, silalah hubungi aku di talian : 016-2781090 atau emel di yusrina83@gmail.com. Sokongan anda amat dialu-alukan. Insya Allah, kalau ada berkenan di hati, mungkin korang akan jatuh hati ahakss :). Maaf sebab tak publish di blog ini sebab jurukameranya asyik sibuk bekerja. Insya Allah nanti bila semua dah sedia aku publish k.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...