22 March 2012

Lukisan Pertama Anakku

Assalamualaikum....

Fatih suka mewarna tapi dia cepat bosan dengan sesuatu. Selalunya bila nampak pen, mesti suruh aku lukis kereta, lorry dan juga Thomas. Selalunya dia akan suruh lukis lori banyak tayar. Kalo boleh, 20 tayar dia suruh taruk.... Puas aku suruh dia lukis sendiri, tak pernah dia endahkan.

Tapi malam tadi, tiba-tiba dia datang kat aku tunjukkan ePad dia dan kata kat aku "Ibu, atek tak Thomas ni?". Fatih lukis Thomas. Lantas aku terus jawab "Cantik sangat sayang. Ibu suka Thomas ni". Dia senyum kat aku tanda puas hati sebab dapat lukis.

Lega! Sebab apa? Anak aku bukan sama dengan yang lain. Dia sangat sensitif dan cepat putus asa. Jadi aku kena berlembut dan kena lebih banyak bersabar dengan kerenahnya. Fatih sangat lemah lembut bila orang berlembut dengan dia. Akan lebih bertolak ansur bila orang bertolak ansur dengannya. Tu sebabnya memarahinya bukan satu penyelesaian. Memang mula-mula nampak kita macam kita manjakan dia sangat tapi sebenarnya bila kita didik dia secara kasar nanti dia akan kasar balik kat kita hehehe...


Ni lah lukisan pertama hasil dari tangan anak kesayanganku..... 
  Nak iklan jap....
Tido tak hengat anak bubu ni.... Leleh air liur pon tak sedar :)


Buat Fatih.... Ibu sangat sayang Fatih tak kira macam mana pon perangai Fatih. Ibu akan cuba lakukan yang terbaik buat anak ibu....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...