27 March 2012

Minat terhadap kenderaan

Assalamualaikum....

Anak korang mesti ada minatnya kan.... Sama dengan anak teruna aku yg sorang ni... Ke mana saja pergi pasti ada suka tengok bas, lori, heli, kapal terbang dan juga tren. Dulu panggil tren tu Thomas. Skrg dah tau Thomas adalah tren... Apa da ayat aku **pening**.

Bila nampak kren ni,... mesti dia ingat Cranky (satu watak dalam cerita Thomas n Friends)

Ni lah Cranky yg Fatih suka tu hehe...
Sebenarnya Sabtu lepas bawa Fatih ke Hospital Besar Seremban melawat Uwan dia sebab Uwan dia jatuh motor. (Uwan dia adalah mak aku, ok). Sementara dok menunggu masuk, ada la beberapa ambulans dan kereta polis di lobby hospital tersebut maka bergambarlah beliau dengan daddy beliau dengan kenderaan-kenderaan yang sangat diminati oleh beliau....

Beliau amat poyo ketika ini sebab dapat bergambar dekat keta polis

Tak mau turun dari dukungan Daddy sebab nak amik gambar tepi ambulans hihihi....
Beliau  rasa sangat hebat pada hari itu


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...