21 March 2012

My 2 Hensem naik basikal bawah apartment

Assalamualaikum...

Gambar ni aku snap malam tadi. Sebenarnya Ahad lepas kami ke Taman Botani, beriadah bawa Fatih. Kesian kat dia (sorry gambar takde). Malam tadi baru keluarkan basikal aku dari kereta. Dahlah fatih merengek ajak naik basikal. Pusing-pusing kat car park bawah apartment kami pun jadi lah... Asalkan dapat naik basikal.

My 2 hensem sedang buat-buat tak nampak bubu amik gambar.
Lari.... Tinggalkan bubu kat belakang

Tak nak turun sebab sekejap je dah sampai hahaha...

Sesiapa yang dok Putrajaya ni. Belilah basikal. Memang tak rugi sbb ia sangat menyeronokkan dan ia adalah aktiviti paling sihat. Masa kat Taman Botani hari tu, ramai yang kata bestnya ada basikal tapi diorang sume dok kat luar. Orang dari KL pun ramai turun Putrajaya semata-mata nak cycling.

Kalo dah beli basikal atau yang dah ada basikal.... Jangan lupa ajak aku ye... Walaupun ada si kecik tu tapi ia bukan alasan untuk aku teruskan aktiviti ni. Tapi kalau ada yg lebih kecik lagi lepas ni, terpaksalah aku naik basikal dalam rumah jo hihihi.....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...