13 June 2012

Segala-segalanya hanya pinjaman semata-mata

Assalamualaikum....

Mungkin ramai yang sedar ataupun memang tak sedar-sedar bahawa apa yang kita miliki saat ini hanyalah pinjaman semata-mata. Allah yang menciptakan segala-galanya dan mencipta setiap hukum ke atas segala kejadian. Allah mencipta langit, bumi, udara, air dan segala kelengkapan makhluk ciptaannya. Cuba bayangkan kalau tiada bulan, bintang dan matahari di langit. Kalau dunia ni tiada lautan, tiada pokok.... Apa akan jadi dengan kehidupan kita?

Pernah tak terfikir, kalau hidup ni keseorangan tanpa pasangan hidup, anak,  ibu, ayah, adik-beradik, sedara mara, kawan-kawan, jiran-jiran, polis, drebar bas atau sebagainya.... Mesti kita rasa sunyi, hidup rasa kosong, puas hati dan takde rasa nikmat dalam kehidupan. Kalau lah tercipta bangunan tanpa manusia, bumi tanpa lautan, lautan tanpa ikan.... Sesungguhnya Allah tidak menciptakan segala apa yang ada di sekeliling kita kecuali untuk kesenangan dan kesusahan hambaNya.

Aku bukanlah pandai sangat bab-bab agama ini.... Tapi aku sedar apa yang dikurniakan selama ini sekadar pinjaman semata-mata yang bermakna "bila-bila masa saja Allah boleh menarik balik pinjaman yang diberikan". Semua yang kita ada bukan kita yang punya ye.... Rumah besar, kereta mewah, duit berlambak-lambak, anak bini pun pinjaman buat kita untuk melayari bahtera kehidupan ini.

Sama ada kita mahu terima atau tidak, semua pasti akan merasa satu penyakit iaitu Penyakit Meninggal Dunia. Mungkin kita sekarang terlalu mencintai dunia sampai kita lupa tentang mati sedangkan mati itu PASTI. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang diredhai Allah SWT. Wallahualam.....

Sumber gambar dari Pak Cik Google....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...