12 June 2012

Tip Bibir Merah Menyala....

Assalamualaikum....

Korang berani tak pakai gincu merah? Tak semua wanita yang berani menggunakan gincu merah kerana jika tersilap pilih, orang tak kelip-kelip tengok muncung mulut kita...

1. Padankan dengan ton kulit. Menurut kajian, gincu merah terang sesuai untuk kulit putih pucat. Manakala yang berwajah sedikit perang macam aku ni... gunakan rona coklat kemerahan.

2. Bagi mereka yang mempunyai gigi kuning, gincu merah terang menjadikan gigi kelihatan lebih putih. Cer tengok gigi korang putih ke kuning?

3. Jangan cuba gincu di tangan kerana ton kulit dan bibir berlainan, Cuba pada bibir bagi mendapatkan kesan terbaik. - Aku setuju sangat sebab ton kulit tangan aku lebih cerah dari kulit wajah.

4. Pastikan keseluruhan solekan anda adalah semula jadi ye. Cukup hanya bibir yang diberi tumpuan. - Sebab tu aku suka pakai gincu tanpa blusher.... sebab blusher akan buatkan pipi aku nampak lagi tembam.

5. Buat pilihan sama ada ingin bibir kelihatan berkilat atau matte. Bibir yang lebih berkilat menjadikannya lebih mungil dan kelihatan moden. - Ya... aku suka juga pakai lip gloss.

6. Bibir kelihatan lebih cantik jika menggunakan lip liner sebelum mengoles gincu merah di keseluruhan bibir dengan berus. -  Kalo dah lambat, tenyeh je gincu tu kat bibir. Cantik gak.

7. Jika ingin penampilan lebih misteri, guna gincu merah jenis matte.

8. Jadi lebih cantik dengan padanan rona senada untuk pilihan warna pewarna kuku - Orang Islam tidak boleh pakai pewarna kuku ye....

9. Pupur sedikit bedak padat pada bibir untuk kesan gincu tahan lebih lama.

10. Percaya gerak hati dalam pemilihan warna yang betul untuk bibir. Hanya korang yang tahu apa yang sesuai untuk diri sendiri.
Fatih mempunyai bibir merah tanpa pakai lipstik. Ibu jeles dengan ko, nak....


Sumber Tip: Majalah Nona.
Sumber gambar: Pak Cik Google

2 comments:

  1. Kalo yg pakai gincu merah menyalo sgt takut lak aku tgk..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...