13 July 2012

First Check Up

Assalamualaikum.....

Semalam gi check up di Klinik Pakar Wanita Annur, Bandar Baru Bangi. Syukur Alhamdulillah, aku hamil 9 minggu.

Dulu masa pregnant Fatih, memang seronok sgt nak gi klinik sebab nak buat ultrasound. Boleh jenguk baby dlm perut.... Semalam buat ultrasound, nampak baby kecil sgt tp dah ada heartbeat.... Mungkin sebesar buah strawberry.... Suka gi klinik tu sebab doktornya yang sangat baik iaitu Dr. Khamsiah bt. Muda.

Semalam tunggu doktor dr pagi sampai pukul 12.30 tghari, barulah dapat jumpa doktor. Semakin ramai ibu-ibu menganndung yang buat check up kat situ. Sempat juga aku berbual dgn seorang ibu yg duduk sebelah aku. Katanya dulu buat check up kat Ampang Puteri, sejak dia dah jumpa Dr. Khamsiah ni, dia terus buat check up kat sini. Sama juga dgn kes aku.... Bukan mengada-ngada, tapi Dr. Khamsiah tu memang baik, lembut, sabar dan sangat memahami.

Semalam dia masih ingat kat aku... Tak sangka dia masih ingat kat aku. Dah 4 tahun aku tak jumpa dia.... Tapi aku tengok dia semakin kurus. Kurus sangat.... Mungkin dia tak sihat.....

Semoga Allah merahmati doktor kesayangan aku sebab aku tak pernah jumpa doktor yang sebaik dia...



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...