24 September 2012

Aku mengidam ubi keledek dan teringin nak pegi Penang la.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Jenuh memikirkan macam mana nak dapatkan sweet potato yg manis macam kat Cameron Highlands. Nasib baik ada emak kepada seorang sahabat pergi ke Cameron Highlands & memang rezeki aku dapat makan sweet potato ni. Kalo tak, kempunan aku hehehe... Yg peliknya, nak yang dari Cameron Highland, takmo dari tempat lain. Mengado-ngado....

Buat masa ni, aku takde la mengidam benda-benda pelik kecuali nak makan benda2 yang sejuk2 macam Ais kacang dan aiskrim je. Sekarang ni tengah plan nak gi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Tapi tak boleh bagitau sekarang sebab tak confirm lagi nak gi mana hehe.... Tu pun entah jadi ke tak... Semua bergantung pada masa dan keadaan.

Masa mengandung Fatih dulu (tahun 2008), sempat juga aku gi cuti-cuti ke Penang selama 2 minggu. Itupun sebab aku kena bertugas kat sana bersama-sama beberapa orang teman yang lain. Memang seronok giler walaupun masa tu kandungan aku dah masuk 6 bulan lebih. Setiap malam kaki cramp sebab banyak berjalan. Yang paling best, bab makan lah. Sampai je sana, order Char Kuey Teow 2 pinggan. Belasah pasembor, nasi kandar, nasi putih lauk ikan goreng pun sodap. Penang memang syurga makanan. Memang balik dari Penang, terus aku kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Dalam masa sebulan berat naik lebih 3 kg. Mau tak naik, asyik makan dan makan saja. Sebut aje apa nak, semua harus disediakan. Manja benor aku masa tu hehehe....

Yang paling aku tak lupa, daging bakar kat Kepala Batas. Memang takkan lupa keenakkan daging yang manis tu.... Memang tak jumpa la kat KL ni kan. Masa tengah menaip ni, dah berapa kali aku telan air liur. Buruk benor perangai hehe.... Ok, meh aku google jap gambar Restoran tu.... Kot-kot korang gi Penang, boleh la singgah jap kat Kepala Batas ni.

Restoran Ikan Bakar Din

Ni antara gambaran yang boleh dibayangkan.
Tapi sayang, masa tu teknologi tak berapa canggih (bukan tak canggih tapi kamera masa tu mahal) maka tak dapatlah nak tangkap gambar (padahal masa tu, memang tak mahu nak bergambar sebab badan dah kembang bermangkuk-mangkuk).

Bilalah aku nak ke Penang lagi kan..... Macam jauh sangat je bunyinya kan tapi tu lah... Aku suka pergi tempat yang makanannya sedap-sedap sebab masa ni lah aku boleh bedal semua makanan sebelum aku berpantang 100 hari huhu....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...