26 September 2012

Dah pakai baju mengandung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.....

Minggu lepas operasi cuci baju maternity yang telah terperap lebih 4 tahun dalam almari. Ada setengah aku bagi akak aku pakai sebab tahun lepas dia pregnant. So, tahun ni giliran aku pula menyarungkan uniform besar di perut tu.

Bagi yang kedua ni, cukup lah beli sehelai dua je baju baru memandangkan masa pregnant Fatih dulu aku gile beli baju mengandung macam akan mengandung bertahun lamanya hehehe....

Minggu ni dah masuk 5 bulan. Mungkin akan menerima perubahan beberapa part di badan terutamanya di bahagian perut. Sekarang baju kurung memang muat tapi kain kena memang tak boleh nak sarung. Zip kain separuh je, kalau duduk plak, confirm kena buka zip hehehe.....

So, lepas ni baju kurung akan ku simpan dalam almari sampai tahun depan. 

Suruh hubby tangkap gambar walaupun dah lambat nak masuk opis. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...