09 November 2012

Tips memilih makanan laut yang segar

Assalamualaikum....

Kalau kita nak pilih daging atau ayam segar memang mudah jika dibandingkan makanan laut. Ada sesetengah orang masih tak tau membezakan mana masih elok dan yang mana tidak. Kali ni aku nak share tips bagi membantu korang memilih makanan laut yang segar untuk hidangan keluarga.

Sumber gambar: Pakcik Google

Ikan
- Lihat pada insang,. jika merah itu tandanya masih segar. Jangan beli sekiranya hitam atau lebam.
- Jika ikan bersisik, pilih ikan yang masih bersisik penuh bukan yang mudah tertanggal.
- Tekan bahagian perutnya. Jika lembik, itu tandanya ikan sudah lama.
- Jangan tertipu dengan warna kulit ikan yang kelihatan segar terutama cencaru atau kembung.

Ketam
- Ketuk bahagian atas cengkerang ketam. Dengarkan bunyinya dama ada bunyi penuh atau kosong.
- Ketam biru atau ketam renjong lebih enak jika dibandingkan ketam harimau.
- Pilih ketam betina. Caranya dengan melihat bahagian belakangnya. Jika berbentuk segitiga dan ada telur itu ialah ketam betina. Ketam jantan berbentuk kon dan agak susak untuk dikopek.
- Jika berbau hancing yang kuat itu tandanya ketam tidak segar.
- Tekan bahagian bawah ketam. Jika lembik itu bermakna, sudah lama dan isinya akan hancur jika dimasak.

Sotong
- Sotong biasanya mempunyai dua warna. Jika segar isinya putih dan kulit berbintik kelabu. Jika sudah lama mati, isinya merah. Kalau tertanggal kulit itu tandanya tidak segar.
-Sotong yang lembik bermakna sudah terlalu lama.
- Sotong tirus lebih enak dibandingkan sotong jenis lain.

Udang
- Pilih udang yang kulitnya tidak berkilat kerana itu adalah udang sangkar.
- Udang yang ditangkap rasanya lebih enak, lembut dan manis.
- Elakkan membeli udang yang ada garisan hitam pada bahagian kepada dan badan kerana sudah lama. Selain kepalanya mudah tanggal.

Kerang
-Memilih kerang segar paling mudah. Pastikan masih hidup dan tidak terbuka.

Harap tips ini dapat membantu korang memlilih makanan laut yang segar untuk dimasak buat keluarga tersayang.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...