21 December 2012

25 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamualaikum...



Hai mommies.. Dah baca tajuk post pada kali ni? Agak-agak mommies apa yang berubah lepas anda semua dah ada baby.. Especially buat parents yang pertama kali dapat baby ni?

Pernah tak masa mommies preggy, kawan-kawan mommies yang dah mempunyai anak mengacah-acah mommies seperti ini....

1.“Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”

2. "Kalau kau nak bermanja-manja dengan hubby, manja2 lah sebelum baby keluar.. Lepas ni baby take place ;) "

Mesti ada kan? Mengikut pengalaman sendiri, memang pasti selepas sahaja anak kita dilahirkan, agak banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Pelbagai perkara baru yang akan kita hadapi seperti kekangan kewangan, kekurangan tidur, kekurangan masa dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.

Tetapi mommies semua jangan risau.. apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak yang tersayang, mommies akan merasai betapa berharganya setiap detik membesarkan anak...

Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak

1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. - tak sangka akan tabah menghadapi saat-saat bersalin dan menjaga anak sakit :)

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - ini memang betul sangat sebab masa pregnant, org akan beri lebih perhatian pada kita.

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!- Jangan harap dapat mimpi indah akan menemui kesudahan. Selalunya akan terkejut bila dengar anak menguaaa.....

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak - lepas ada anak, perasaan sgt sensitif bila dengar kes anak menderhaka pada ibubapa sebab dah tau perasaan macam mana jadi parents/

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. :( - kalau anak sakit, rasa nak gamti tempat anak bila anak sakit sebab tak sanggup lihat airmata anak yg mengalir menahan sakit.

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ;) - confirm tak kisah sebab masa tidur lebih bernilai pada masa ni :)

7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - yup... lebih2 lagi bila ada orang mengata tentang keburukan anak kita....

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p - hehehe... anak tak poo-poo, risau sangat takut dia sembelit.

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak.

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - pernah dulu tertinggal bas (masa tu tinggal kat rumah mak di Seremban) sebab nak menyusukan anak.

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan. - lihat saja di FB, pasti gambar senyumannya yang banyak menghiasi.

13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - itu satu kepuasan bila gigi anak tumbuh.

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan. - pernah cuba pelbagai resepi walaupun kadang-kadang dia tak mahu makan pun.

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya. - lebih-lebih lagi ketika dia masih bayi....

16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita - senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya. - pasti semua mommies akan buat perkara yang sama.

17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami situasi mereka. - ni memang sangat tepat sebab aku memang dah faham sangat kalau jumpa anak orang menangis di khalayak ramai.

18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - kadang2 mandi pun tak sempat, kena tunggu hubby tengokkan baby....

19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - memang rasa ajaib sangat bila dia berhenti nangis bila kita pujuk anak....

20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ♥

21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu. - hari cuti adalah yang paling ditunggu-tunggu.

22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - contohnya : dulu suka sangat kumpul handbag dan kasut tapi sekarang itu semua tak penting lagi....

23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku. - memang tak dinafikan.

24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. :) Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )

25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Sumber : Internet + pendapat sendiri....

4 comments:

  1. huuuu.. banyaknya perubahan..
    kalau ayah macam mana pulak ek?

    ReplyDelete
  2. anda sememangnya seorang yg bergelar ibu! Alhamdulillah Allah telah beri kasih sygNya kepada anda dan memberi suatu kurniaan yg besar iaitu zuriat dan hidayah. berbyklah bersyukur walau sentiasa menghadapi dugaan dan ujian

    ReplyDelete
  3. Sangat tepat sekali.keistimewaan wanita.puas hati dapat tengok anak membesar depan mata

    ReplyDelete
  4. uiii..bestnya ada baby..teringin sgt..tp blum ada rezeki..tapi dari view sorg bapa camne lak eh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...