31 January 2012

Basikal Tua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....



Kalau dah duduk Putrajaya, tak sah le kalau takdo basikal. Geram tengok orang yg naik basikal. Aku naik basikal last sekali dulu mungkin usia aku 13 tahun. Maknanya 15 tahun aku dah tak cycling. Patutlah semakin debab bak buah tembikai.


Pada mulanya aku nak beli basikal hero aku tetapi aku yang terlebih-lebih excited. Akhirnya aku angkut basikal Fatih, basikal untuk aku dan tidak ketinggalan untuk Encik Asben masuk dalam kereta dan bayar apa yang patut.  Seronok sangat nak cycling sampai mimpi-mimpi. Kalah budak2 mak budak ni :)


Harapan : Nak kurus dan kuatkan stamina.
Motif : Jenjalan sekitar Putrajaya sambil menikmati pemandangan dan bersenam. Chewahhh!!!


Jangan tinggal harapan sudah la kan. Amacam? Korang ada berani nak race dengan team aku?!! Kalo berani, jom lah turun Putrajaya join kami. Sini banyak tempat nak cycling. Nanti tunggu entry yang akan datang. Aku tunjuk kat korang tempat yang best untuk cycling. Layan beb.



Ini untuk hero kami. Siap dengan helmet lagi...

Ni untuk emak kpd hero

Ni utk en. Asben

Anak aku memang excited sgt sampai kena paksa tido malam

Nasib baik muat. Fatih terpaksa kena dok depan la ye :0

Ok sekarang aku sedang mencari benda ni......


Ni contoh sahaja. Cari kat kedai basikal. Asyik out of stock aje.. Emmm...

Bila dah dapat nanti boleh la bawa Fatih jenjalan. Kalau larat la ye :)


My Baby Girl

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Semalam aku ke HUKM melawat kakakku yg tersayang melahirkan cahayamata ke 4. Alhamdulillah kakakku selamat dikurniakan seorang baby girl yg ku panggil Swee Lan (Sue + Lan) memandangkan matanya sepet macam cina.

Swee Lan

Muka teringin nak timang beby lagi....

Usia 1 hari

Dalam hati terus berdoa agar dapat baby macam ni :)

26 January 2012

Softfea Diet Drinks - Jom kurus seperti aku ahaksss!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....



Mau kurus tapi malas bersenam atau tiada masa untuk bersenam? Kawal selera makan tapi tak berjaya jugak untuk kurus dan akhirnya makan banyak lebih dari biasa?


Haaa... ni aku telah mencuba sejenis minuman berperisa oren yang membantu aku untuk kuruskan badan. Jangan risau sebab minuman yang dinamakan Softfea Drink ni kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang baik untuk kesihatan.... Rasanya pun sedap macam minum air oren. Kalau ambil berterusan pun ok, kalau nak berhenti minum lepas kurus pun ok jugak sebab tiada kenaikan berat yang mendadak sebab produk ni drpd unsur semulajadi & tiada efek pada hormon kita melainkan  kita sendiri yg tidak mengamalkan pemakanan yg sihat....


Softfea Orange Fiber Drink adalah produk diet yang dihasilkan dari gabungan formulasi terkini dengan menggunakan teknologi nano yang terbukti efektif bagi mengatasi masalah kegemukan, sembelit dan masalah usus yang lain. Ia juga bertindak dengan mengawal selera makan, menghalang pembentukan lemak, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga yang merupakan elemen penting dalam pengurusan berat badan.


Minum Softfea ni memang senang membuang dan bagi yang selalu sembelit tu memang bagus la mencuba... Memang clean and clear. Nafsu terhadap makanan pun sudah kurang.... Cuma kena rajin minum air kosong untuk kesan yang cepat. Macam aku minum sekotak boleh kurangkan berat badan sebanyak 1 kg. Kotak yg kedua pula aku berjaya kurangkan 2 kg. Sekotak ada 10 sachet untuk 10 hari.... tunggu apa lagi, bertindak lah sebelum terlambat. Jangan tunggu lama-lama tau.....


Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi aku di talian 016-2781090 untuk area Putrajaya dan Kajang untuk COD.

19 January 2012

Lagu Syok : Got To Go - Najwa




This time I'm gonna live my life
I ain't no stepford wife
No I ain't perfect
Gonna find somebody who's worth it
And no you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend
So I guess I'll say goodbye
I'll find me another guy
Why (why why why)
You always makin' me
Cry (cry cry cry)
No I can't stand it
No you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star
You've got to go
(Go go go go go go)
Read my lips I'm leavin'
And no no I ain't teasin'
This time it's for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain't stayin
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone
By: Najwa
** Tengah busy dgn kerja, so dengar lagu ni dulu ok :)

12 January 2012

Musim buah di Chemor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Bulan lepas aku balik ke kampung belah hubby di Chemor. Tak sangka buah-buahan kemain merimbun terutamanya buah rambutan. Seronok... kalau boleh nak ambil banyak-banyak, pastu bawa balik sini tapi kereta lak tak muat. Terpaksa lah tinggalkan di situ.... Sayang kan. Kalo jual, boleh gak belanja makan KFC hehe....







Limau datang cari tuannya....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sebahagian kotak limau yg terletak di belakang meja aku.... :)

Hehe.. rezeki limau hari ni. Sempena Chinese New Year, ternyata ada yang sudi menghantar limau ke opis gue. Ternyata boleh mandi limau balik rumah nanti. Manyak selonok lo... Sebenarnya limau tu bukan aku punya sorang... Aku dapat sekotak jo... Alhamdulillah. Nak limau, jom datang rumah aku hehe...

11 January 2012

CACING... NYAH KO DARI PERUT AKU!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......


RM 7 untuk sepeket. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Bukan di toko jamu ya...


Semalam pesan kat member tolong belikan ubat cacing sebab aku rasa badan aku kecacingan... Korang pernah makan ubat cacing tak? Jgn bagi anak jo makan ubat cacing, mak bapak budak pun kena makan tau walaupun kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit cacing. Biar cacing dalam badan kito mati kepanasan..... Tapi INGAT, wanita yang sudah disahkan atau disyaki hamil dan baby umur 12 bulan ke bawah DILARANG makan ubat cacing tau.


Jangkitan yg paling biasa ialah jangkitan cacing cambuk, cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit dan cacing benang. Cacing biasa boleh masu ke dalam tubuh kita melalui 2 cara yg utama iaitu:

- pengotoran makan melalui telur cacing
- penembusan jejentik melalui kulit


Ngeri kan dengar ada cacing dalam badan. Makanlah ubat cacing setiap 6 bulan sekali...




10 January 2012

Pengurusan Keluarga - Masalah Gaji Isteri


Sepasang suami isteri beranak dua tinggal di bandar besar. Selama ini hanya suaminya yang bekerja dengan pendapatan sekitar RM 4,000 sebulan. Dengan nilai sebegitu, segala keperluan asas hidup di kota boleh dikatakan beres, tetapi tidak mewah. Suatu ketika si isteri yang punya kelulusan terasa ingin berkerjaya pula. Selepas berbincang dengan si suami, si isteri pun diizinkan bekerja. Pendapatannya bagus juga, mencecah RM 3,000.
Dari segi pendapatan keluarga, pasangan ini mendapat keuntungan besar. Kalau dulunya RM 4,000, kini sudah RM 7,000 sebulan. Masalah timbul... mereka berselisih faham tentang perjalanan pendapatan RM 7,000 sebulan itu. Si suami berasa si isteri patut juga mengeluarkan sebahagian gajinya 
untuk menguruskan keluarga. Si isteri pula berasa gajinya tidak boleh disentuh kerana harta isteri adalah milik isteri sepenuhnya. Jadi perjalanan hidup sehari-hari mereka ada sedikit ketidakselesaan hasil meningkatnya pendapatan bulanan keluarga mereka itu.

Saya berikan panduan lebih kurang begini...

1. Kedua-dua orang mesti faham dan akur... bahawa segala harta si isteri termasuklah pendapatannya adalah hak milik si isteri. Maka secara umumnya si suami tidak boleh menyentuh gaji si isteri. Selesai satu perkara.

2. Kedua-dua orang juga mesti faham dan akur... bahawa si isteri berjaya mendapat pekerjaan dan pendapatan sebegitu hanyalah dengan keizinan si suami. Atas keizinan si suami, si isteri dapat RM 3,000 sebulan. Jika si suami tidak mengizinkan, si isteri dapat gaji RM 0 sebulan. Maka, isteri yang solehah tentunya akan menghargai keizinan si suami dengan sepadannya, dan sanggup berkongsi perbelanjaan menguruskan keluarga dengan jumlah yang sepatutnya. Diizinkan memperoleh RM 3,000 berbanding RM 0, padankah si isteri mengeluarkan hanya RM 100 sebulan untuk perbelanjaan keluarga, dan menyimpan atau mengguna RM 2,900 untuk dirinya sendiri? Timbang-timbangkan.

3. Kedua-dua orang juga mesti faham dan akur... bahawa dengan keluar bekerjanya si isteri :
a. Perbelanjaan si suami bertambah untuk membeli susu anak. Sebelum ini percuma kerana si isteri menyusukan anak sendiri di rumah.
b. Perbelanjaan si suami bertambah untuk membayar gaji pengasuh anak-anak. Sebelum ini percuma kerana si isteri yang menjaga anak-anak.
c. Perbelanjaan si suami bertambah untuk makan minum. Apabila kedua-dua orang bekerja, makan malam biasanya di luar (restoran) kerana si isteri penat bekerja seharian. Silap-silap sarapan dan minum petang pun di kedai. Padahal sebelum ini belanjanya rendah kerana makan di rumah.
d. Perbelanjaan si suami bertambah untuk pengurusan dan kebersihan rumah. Terpaksa menggunakan khidmat pembantu rumah ataupun memanggil orang membersihkan rumah seminggu dua kali. Ataupun pakaian dihantar ke kedai dobi. Sebelum ini percuma.

Maka sifirnya begini... sebelum mengizinkan si isteri mendapat RM 3,000 sebulan, si suami tidak perlu mengeluarkan wang untuk susu, pengasuh, makan minum di luar hampir setiap hari, pembantu/pembersih rumah, dobi dan lain-lain. Selepas memberikan keseronokan kepada si isteri dengan pendapatan RM 3,000 sebulan, secara automatik si suami terpaksa pula mengeluarkan wang untuk menanggung itu semua. Maksudnya kegembiraan dan kekayaan isteri ditambah oleh suami, tetapi keserabutan dan kekurangan wang pula yang ditambah oleh si isteri buat suaminya. Yang si isteri tidak mengizinkan wangnya digunakan untuk perbelanjaan keluarga, semua RM 3,000 adalah hak mutlaknya, padahal semua perbelanjaan yang disebutkan di atas tadi berpunca daripada si isteri pergi bekerja. Kalau si isteri tidak pergi bekerja, semua perbelanjaan di atas boleh dikatakan tidak wujud.

Si suami mengeluh, kalau ditahunya dia akan menanggung beban perbelanjaan sebegitu, lebih baiklah dia tidak memberi izin kepada isterinya bekerja tempoh hari. Bukannya keluarga mereka bertambah mewah, tapi bertambah parah. Bukannya selama ini mereka tidak cukup makan minum dan tidak sempurna pengurusan keluarga, cuma mahu duit lebih kononnya untuk hidup yang lebih selesa. Ingatkan dengan bertambahnya duit, bertambah selesalah keluarga. Sebaliknya bertambah kusut dan kewangan suami bertambah sempit. Tak sampai pertengahan bulan, wang suami sudah kering. Apabila diminta dari isteri, isteri menganggapnya sebagai hutang. Aduh, malang nasib sahabatku.

Penyelesaiannya... tidak lain adalah kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan.

1. Si suami mesti faham dan akur bahawa harta isteri adalah milik isteri. Si suami tidak boleh pandai-pandai mengguna atau memaksa si isteri menggunakan wang itu untuk menguruskan perbelanjaan keluarga.

2. Si isteri pula mestilah menghargai keizinan si suami untuk dirinya mendapat pendapatan sebegitu, dan faham bahawa perbelanjaan si suami menguruskan rumahtangga bertambah dengan banyaknya apabila si isteri keluar bekerja.

Di sinilah perlunya kebijaksanaan masing-masing untuk saling menghargai hak masing-masing dan saling memberi untuk menguruskan keluarga.
Tidak dilupakan, satu masalah penting yang terpaksa ditanggung oleh sahabat saya ini apabila isterinya keluar bekerja ialah... dosa-dosa yang dilakukan oleh si siteri di luar rumah itu turut terbeban pada dirinya kerana isteri di bawah tanggungjawab suami. Mana-mana suami pun begitu. Sudahlah perbelanjaan menguruskan keluarga semakin bertambah, dosa pun bertambah kalau si isteri tidak memelihara dirinya dengan batas-batas agama di luar rumah.

Saya mengharapkan pasangan suami isteri ini, dan umumnya untuk pasangan-pasangan lain yang kesnya lebih kurang begini, dapat bersama-sama berjuang dan berkorban untuk keluarga masing-masing dengan lancarnya.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

Info: Taman Tamadun Islam Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak habis lagi pasal Kuala Terengganu... Memang aku suka cerita bab jalan-jalan ni sebab boleh share info kat korang. Nanti korang senang lah ke sana bila ada masa nanti...

Ok, Taman Tamadun Islam berdekatan dengan Masjid Kristal. Kalo nak naik shuttle pun boleh tapi kena bayar la sikit.

Apa yang ada dalam Taman Tamadun Islam ni ye? Semua replika- replika masjid yang terkenal di dunia kita boleh lihat di sini. Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal. Menarik kan. Antaranya ialah:

1. Masjid Negara, Malaysia
2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia
3. Masjid Pattani, Thailand
4. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5. Taj Majal, Agra, India
6. Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
7. Kubah As Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin
8. Masjid Besar Samarra, Iraq
9. Masjid Sheikh Luthfallah, Iran
10. Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan
11. Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi
12. Masjid Aleppo Citadel, Syria
13. Masjid Mohamed Ali, Mesir
14. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi
15. Masjid Suleyman, Turki
16. Masjid Besar Qairawan, Tunisia
17. Masjid Al Hambra, Sepanyol
18. Menara Kalyan, Uzbekistan
19. Masjid Besar Agadez, Nigeria
20. Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia
21. Masjid Xian, China
22. Masjid Sultan, Singapura



Ni antara gambarnya:







Sekian.. Terima kasih sebab sudi layan blog gue... hehe...

Info: Masjid Kristal Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Sebenarnya Masjid Kristal ni terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meterpersegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet internet bagi membaca al-Quran elektronik.



Ni antara gambarnya:



Gambar budak cucumbam mesti ado





09 January 2012

Ibu Fatih bersama hero Malaya era 80'an

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Suatu masa dulu hero ini cukup terkenal dengan kehensemannya. Teringat filem yang beliau berlakon dengan Noreen Noor tu....

Aku bersama hero Malaya 80'an, Sabree Fadzil hehe....

** Gambar yang ni, hubby aku tak jeles sebab dia tak banyak tanya... hihi.... Nanti aku upload gambar aku dengan artis lain plak ye....

Jalan-Jalan Cari "Massage"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai geng... Rasa lenguh kaki makin serius bila kaki dah kebas. Tak tau kenapa? Mungkin jalan jauh kot atau mungkin berat badan tak tertampung oleh kaki aku yg selim ni...

Penyelesaiannya:

Aku telah menghasut 2 manusia sekepala bagi menemani aku ke Zouk Spa di BB Bangi pada Jumaat lepas. Ahaks... Berjaya juga mengheret mereka ini untuk teman aku urut kaki. Akhirnya aku n Ayu buat foot massage manakala si Fid buat body massage..

Muka control ayu

Rendam kaki herbal bubble... 

Muka masing2 happy sebab syok sgt kena massage. Lain kali boleh pergi lagi ye....

Ini adalah harga yang ditetapkan. 
Sekian.

06 January 2012

Model Sikat Rambut Gaya Fatih Hensem

Assalamualaikum.....

Hai... saya merupakan model sikat rambut Gaya Fatih Hensem... Jika berkenan dengan gaya sikat saya, bolehlah tinggalkan komen di bawah ya..

Mula-mula letak baby oil dulu di rambut

Sikat kanan dulu

Lepas tu sikat kiri



Adoi kena mata lak

"Bu, Fatih encem", kata Fatih. 

Siap dah!!! 

Scents of Arabia : Al-Hamra by Arabian Oud

Assalamualaikum....


Teruja dengan minyak wangi/attar dari Arabian Oud... Melihat botolnya yang unik dan cantik, memang berbaloi  memakainya sebab baunya memang harum menusuk kalbu. Bebas alkohol, sesuai sangat kalo nak pakai waktu solat. Mula-mula ingatkan baunya kuat tapi rupa-rupanya bau perfume ni memang menenangkan dan yang penting, hubby suka...




05 January 2012

Lagu Cinta : Tentang Seseorang




Teringat zaman dulu... Segalanya indah. Bila dengar lagu ni... syahdu je kan. Lagu ni salah satu lagu feveret aku yg tak pernah aku lupa.

The best "minum petang" I've ever had

Assalamualaikum....

2 minggu lepas aku berada di Kuantan, Pahang. Yang paling aku teringat-ingat sampai sekarang adalah hidangan waktu minum petang di Warung Mok Naa di Tanjung Lumpur. Memang marbelles.... Tapi servis dia lembab sikit, mungkin sebab ramai orang kot. Tapi memang ramai pun orang. Aku dengan Kak Sue berebut-rebut ambil keropok lekor. Hahaha.....


Rupa kedai memang buruk tapi keropok lekornya memang the best in the world....

Ikan celup tepung dicicah dengan pencicah yg tak dijual di mana-mana pun....

Satar yang sangat sedap... Kat sini susah nak jumpa.

Mesti tapau bawa balik

Daddy dan Ibu Fatih yg supermakan.....

Kak Ana n Kak Sue yg the bomb....


03 January 2012

Mee Rebus Ramli (Ipoh) VS Mee Rebus Haji Wahid (Putrajaya)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Mee Rebus Ramli

VS

Mee Rebus Haji Wahid

Kalau korang orang Ipoh pasti korang tau tentang Mee Rebus yang femes di Ipoh. Baru-baru ni, aku ada singgah di sana menjamu selera. Masa tu aku dalam perjalanan balik ke rumah mak mertua aku di Chemor.

Bagi aku boleh tahan lah rasa mee rebus tu. Memang sedap tapi bagi aku lebih sedap lagi Mee Rebus di food court Seri Teja, Presint 9, Putrajaya yang juga dikenali Mee Rebus Haji Wahid sebab kuahnya lebih pekat dan menepati citarasa lidahku ini. Itu perasaan lidah aku ni lah... Tak taulah pendapat korang kan.

Hubby dgn mak mertua aku makan nasi ayam... ok la juga...



Kalo ke Putrajaya, singgah le Seri Teja, Presint 9 yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Presint 9 bagi penggemar Mee Rebus. Korang mesti tak kecewa punya. Nah ni sign board nye.. try tau....


Gerai no. 5 ye...

Ini lah rupanya gerai tu...


Selain dari itu, gerai ini menjual menu lain seperti Soto, Nasi Impit, Nasi Tomato tapi Mee Rebus paling meletop sekali.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...