28 March 2012

Fatih dan Laut

Jalan-Jalan di Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum....

Korang pernah dengar tak Pantai Bagan Lalang? Walaupun tak glamour macam PD tapi best jugak tau. Sesiapa yg dok Putrajaya dan nak lepak pantai yang dekat, datanglah sini.

Ahad lalu, lepas gi tgk F1, hubby ajak jalan ke sana. Katanya, dia tak pernah ke sana. Aku pernah la juga ke sana, maklumlah kampung aku pun dekat2 situ juga. Mestilah pernah ke sana kan.... Jom kita layan gambar sebab hari ni aku malas nak menaip banyak-banyak hehe....





Bila dah puas makan angin kat tepi pantai sampai kembung perut , mulalah perut berdendang lagu dangdut minta makanan. Akhirnya hubby murah hati belanja makan walaupun pada awalnya aku yang nak belanja. Kami makan di HM Sri Bagan Restaurant.

Memang sedap makan kat sini sebab kita boleh pilih ikan-ikan, udang-udang, sotong-sotong, ketam-ketam mengikuti selera anak tekak masing-masing. Staff restoran sini pon ok, tak sombong dan pengurusan restoran pun tip top. Memang puas hati sebab dapat makan fresh sea food.

Sebenarnya suasana makan atas jeti ni yang buatkan semuanya best sebab susah nak dapat kat tempat lain betul tak? Ok, restoran ni buka seawal 6 ptg sampai 1 pagi rasanya. Masa kami pergi sini pukul 6.30 ptg gitu.....





Fatih melayan perasaan rindu kat nenek le tu

Sunset petang itu....

:::Wordless Wednesday::: GYM

Assalamualaikum....



27 March 2012

F1 Fun 2012

Assalamualaikum.....

Race mula, hujan pun turun. Belum habis race, kami pun kena balik sebab Fatih takut... Sabar je la. Untuk kenang-kenangan, aku upload beberapa gambar buat tatapan kawan-kawan di yang sudi baca kisahku di Blog Hikayat Hidupku ini hehe....




Fatih jadi photographer tak bertauliah....

Satu lagi hasil dari photographer tak bertauliah

baru nak start

Ferrari jauh dari pandangan


Semoga tahun depan dapat pergi lagi dan harap sangat Fatih dah berani nak tengok F1 sebab kalo tak, Bubu kena tinggal jaga Fatih la jawabnya....


Minat terhadap kenderaan

Assalamualaikum....

Anak korang mesti ada minatnya kan.... Sama dengan anak teruna aku yg sorang ni... Ke mana saja pergi pasti ada suka tengok bas, lori, heli, kapal terbang dan juga tren. Dulu panggil tren tu Thomas. Skrg dah tau Thomas adalah tren... Apa da ayat aku **pening**.

Bila nampak kren ni,... mesti dia ingat Cranky (satu watak dalam cerita Thomas n Friends)

Ni lah Cranky yg Fatih suka tu hehe...
Sebenarnya Sabtu lepas bawa Fatih ke Hospital Besar Seremban melawat Uwan dia sebab Uwan dia jatuh motor. (Uwan dia adalah mak aku, ok). Sementara dok menunggu masuk, ada la beberapa ambulans dan kereta polis di lobby hospital tersebut maka bergambarlah beliau dengan daddy beliau dengan kenderaan-kenderaan yang sangat diminati oleh beliau....

Beliau amat poyo ketika ini sebab dapat bergambar dekat keta polis

Tak mau turun dari dukungan Daddy sebab nak amik gambar tepi ambulans hihihi....
Beliau  rasa sangat hebat pada hari itu


23 March 2012

Makan-Makan di SABA Restaurant, Cyberjaya

Assalamualaikum....

Malam tadi hubby ajak gi makan kat Cyberjaya. Teringin nak makan nasi arab katanya. Dalam hati aku cakap "Memang habis la diet aku hari ni". Sbb aku mesti makan banyak punya. Harganya pun berpatutan... Memang puas hati makan kat sini.

Setiap kali pegi sini, mesti penuh orang.... Kalo bulan puasa, jenuh beratur nak beli juadah berbuka. Sesapo yg datang Cyberjaya, cubalah makan kat restoran SABA. Memang tak menghampakan....

Saba Restaurant
4800 Suite 02 GRD Floor
CBD Perdana Cyberjaya

No. Tel: 03-83202544




Hubby dengan menu wajibnya iaiti Lamb Kabsah

Chicken Akdah pilihan aku malam tadi...  Boleh makan dengan nasi atau roti  arab. Sedap nya....

Ni lah rupanya Lamb Kabsah... 
Harga memang berpatutan. Kala makan saiz hidangan saiz besar,  kami boleh share 3 orang ....

Pandangan dari luar di waktu malam

Sesapa yang belum try.... Silalah datang ke sini menjamu nasi arab yang sangat sedap....


22 March 2012

Bersama Datuk Bung Mokhtar

Assalamualaikum.....


Sape kenal yang tengah-tengah tu? 

Lukisan Pertama Anakku

Assalamualaikum....

Fatih suka mewarna tapi dia cepat bosan dengan sesuatu. Selalunya bila nampak pen, mesti suruh aku lukis kereta, lorry dan juga Thomas. Selalunya dia akan suruh lukis lori banyak tayar. Kalo boleh, 20 tayar dia suruh taruk.... Puas aku suruh dia lukis sendiri, tak pernah dia endahkan.

Tapi malam tadi, tiba-tiba dia datang kat aku tunjukkan ePad dia dan kata kat aku "Ibu, atek tak Thomas ni?". Fatih lukis Thomas. Lantas aku terus jawab "Cantik sangat sayang. Ibu suka Thomas ni". Dia senyum kat aku tanda puas hati sebab dapat lukis.

Lega! Sebab apa? Anak aku bukan sama dengan yang lain. Dia sangat sensitif dan cepat putus asa. Jadi aku kena berlembut dan kena lebih banyak bersabar dengan kerenahnya. Fatih sangat lemah lembut bila orang berlembut dengan dia. Akan lebih bertolak ansur bila orang bertolak ansur dengannya. Tu sebabnya memarahinya bukan satu penyelesaian. Memang mula-mula nampak kita macam kita manjakan dia sangat tapi sebenarnya bila kita didik dia secara kasar nanti dia akan kasar balik kat kita hehehe...


Ni lah lukisan pertama hasil dari tangan anak kesayanganku..... 
  Nak iklan jap....
Tido tak hengat anak bubu ni.... Leleh air liur pon tak sedar :)


Buat Fatih.... Ibu sangat sayang Fatih tak kira macam mana pon perangai Fatih. Ibu akan cuba lakukan yang terbaik buat anak ibu....




21 March 2012

My 2 Hensem naik basikal bawah apartment

Assalamualaikum...

Gambar ni aku snap malam tadi. Sebenarnya Ahad lepas kami ke Taman Botani, beriadah bawa Fatih. Kesian kat dia (sorry gambar takde). Malam tadi baru keluarkan basikal aku dari kereta. Dahlah fatih merengek ajak naik basikal. Pusing-pusing kat car park bawah apartment kami pun jadi lah... Asalkan dapat naik basikal.

My 2 hensem sedang buat-buat tak nampak bubu amik gambar.
Lari.... Tinggalkan bubu kat belakang

Tak nak turun sebab sekejap je dah sampai hahaha...

Sesiapa yang dok Putrajaya ni. Belilah basikal. Memang tak rugi sbb ia sangat menyeronokkan dan ia adalah aktiviti paling sihat. Masa kat Taman Botani hari tu, ramai yang kata bestnya ada basikal tapi diorang sume dok kat luar. Orang dari KL pun ramai turun Putrajaya semata-mata nak cycling.

Kalo dah beli basikal atau yang dah ada basikal.... Jangan lupa ajak aku ye... Walaupun ada si kecik tu tapi ia bukan alasan untuk aku teruskan aktiviti ni. Tapi kalau ada yg lebih kecik lagi lepas ni, terpaksalah aku naik basikal dalam rumah jo hihihi.....




19 March 2012

Hadiah dari hubby....

Assalamualaikum...



Setiap manusia mempunyai naluri untuk dihargai, kan. Sama juga dengan aku... Bila seseorang beri hadiah lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayang, pasti buat kita bahagia, kan. Sempena ulang tahun kami pada kali ni, hubby beri aku henbeg dan juga jam.... Yes... Aku suka jam tu.. Sangat sayang pada dia (sungguh meterialistik ayat aku hehe...)  Terima kasih atas ingatan ini... 

Beg ini adalah beg yang ke 3 hubby belikan utk aku. Sgt suka taste dia... tak pernah  tak suka.. Oleh itu, belilah banyak lagi sbb sy adalah pecinta henbeg.

Sangat suka jam ni sebab lama berangan nak pakai keler hitam. 

Untuk dia???? Aku bagi apa ya.... Aku bagi jiwa dan raga je lah... Hadiah buat dia tak beli lagi..... Apa hadiah yang sesuai ye untuk dia? Any idea?


Anniversary ke 6....

Assalamualaikum....

18 Mac merupakan hari ulang tahun yang ke 6 aku memegang title "Isteri". Mungkin masih awal dalam melayari alam rumahtangga tapi banyak pengalaman yang membuatkan aku lebih dewasa.

Aku juga banyak belajar tentang perkongsian hidup dan yang paling banyak aku belajar adalah erti SABAR. Nasib baik aku punyai seorang suami yang memahami serta boleh bertolak ansur hehe... Walaupun kadang-kadang ombak bergelora dalam rumahtangga kami tapi bagi aku ia menguji kami dalam mengukuhkan lagi hubungan kami.

Di sini, saya mohon abadikan sebuah puisi buat suamiku.... Minta lalu ye tuan-puan semua. Aku nak deklamasi sajak buat suami aku...


Wahai suamiku...
Jika kau impikan seorang bidadari yang mengisi hatimu
Maafkan aku kerana aku tahu aku tak sehebat bidadari itu

Wahai suamiku...
Jika kau mahu aku menjadi suri rumahmu demi anakmu
Maafkan aku kerana aku masih tegar di sini

Wahai suamiku...
Jika ada sifat pada diriku ini menyebabkan malumu
Maafkan aku kerana aku manusia lemah yang tidak sempurna dari segala segi

Aku tahu angan-anganmu membahagiakan aku
Aku tahu impian hidupmu dengan adanya aku
Aku mengerti tentang matlamat hidupmu

Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat
Semoga akulah orang pertama yang kau kongsikan suka duka dalam perjalanan hidupmu
Jangan pernah jemu untuk menasihati aku untuk mentaati perintahmu..
Jangan pernah goyah dengan hasutan yang mahu kita berpisah..
Segala-galanya hanya untukmu.. suamiku yang dikasihi.



13 March 2012

Kisah cuti dan juga tudung.....

Assalamualaikum....

Lama tak update blog... sibuk dgn rutin harian membuatkan aku terpaksa meletak tepi halaman blog aku. Bukan aku tak sayang tapi tanggungjawab yang sedia ada membuatkan aku harus mendahulukan mana yang lebih penting. Betul tak?

Minggu lepas aku terpaksa ambil cuti sbb pengasuh Fatih tak dapat jaga. Ada hal yang perlu diselesaikan, katanya. Sebagai manusia, kita haruslah bertolak-ansur ye tak :). Lagipun, pengasuh Fatih sangat jarang minta cuti tapi kali ni dia minta cuti seminggu. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga apply cuti menjaga putera kesayanganku ini.

Oh ye, sepanjang aku cuti aku mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa untuk mak mertua aku yang kurang sihat yang baru saja keluar dari hospital kerana tekanan darah tinggi. Aku juga balik kampung untuk menziarahi  mak dan abah aku di kampung. Mak dan abah aku pun bukannya sihat sangat. Minggu lepas mak pitam di ruang tamu dan abah juga semput setiap malam. Risau hati aku tak boleh nak cakap macam mana. Aku kena lebih prihatin dalam menjaga hati masing-masing...

Cuti kali ni juga, aku sibuk bisnes tudung sana sini. Bukan tudung biasa tapi tudung berkualiti Premium. Aku suka bisnes. Tak kisahlah bisnes apa, janji halal :). Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan. Terima kasih atas support dari orang sekeliling. Biarpun aku sekadar bisnes kecil-kecilan tapi rezeki tetap ada dari Allah SWT.

Sesiapa yang sudi melihat-lihat tudung, silalah hubungi aku di talian : 016-2781090 atau emel di yusrina83@gmail.com. Sokongan anda amat dialu-alukan. Insya Allah, kalau ada berkenan di hati, mungkin korang akan jatuh hati ahakss :). Maaf sebab tak publish di blog ini sebab jurukameranya asyik sibuk bekerja. Insya Allah nanti bila semua dah sedia aku publish k.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...