19 April 2012

Tips merapatkan hubungan cinta suami isteri

Assalamualaikum....

Hari ni nak muhasabah diri jap. Just nak share some tips untuk kebaikan semua... Tips ni ambil dari website www.top5reason.com. Jom baca ye...

Pasangan suami isteri perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan suami isteri di samping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.
Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”
Kata-katanya lagi;  “Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”


Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan tip-tip yang patut diamalkan bersama:
  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

17 April 2012

Kekasih Gelapku



Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku... 

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku... 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/u/ungu/kekasih_gelapku.html ]
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku... 

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku... 

Ooh... 

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum.....


Sapa pakai henpon di atas. Best tak? Aku peminat henpon ni tapi tak pakai lagi. Minat sangat.... Warna putih lagi cun kan...

16 April 2012

Merah itu faveret kaler aku.....

Assalamualaikum....

Hi bloggers,

Hari ni pakai warna merah ke ofis. Merah salah satu warna faveret aku. Merah melambangkan semangat hidup aku. Dalam banyak-banyak warna, merah yang paling menggambarkan emosi dan juga garang. Merah juga menampilkan sesuatu yang berkeyakinan tapi ia juga menunjukkan kemarahan dan lebih berhati-hati.

Bukan senang nampak orang yang berani pakai warna merah tapi aku selalu pakai warna merah. Kalo boleh hari-hari nak pakai warna merah hehehe....

Ya! Memang aku garang tapi aku punyai hati yang lembut dan jenis bukan yang suka berdendam. Senang memaafkan dan sedia menerima pendapat orang dengan hati yang terbuka meskipun bercanggah dengan pendapat aku. Bagi aku, biarlah garang daripada GEDIK ok!

Dah mula emosional plak hehe.... Tak kisah la pendapat orang. Yang penting, hidup kita mesti kena ada semangat yang kuat, cekal menghadapi dugaan dan mesti ada pegangan hidup. Jangan suka hidup bergantung pada orang lain dan sentiasa fikir ke hadapan. Cewahhh... macam motivator lak....

Wajah bersemangat menyambut Monday Blues hehe...

Henbeg faveret....

Sandal merah yg juga faveret kakiku hihi...

13 April 2012

Tudung Chiffon Polka Dot di Hijab LoVa

Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir ni, aku dah mula terjebak dengan bisnes tudung. Pada mulanya aku jual suka-suka je, akhirnya aku mula serius jual tudung di FB. Sesiapa sudi jengah page aku, sila klik LIKE di Hijab LoVa

Antara gambar-gambar yang boleh aku share adalah :



Harap dapat support dari kengkawan blogger untuk aku terus maju dalam bidang bisnes. Sekian, terima kasih :)

Burger Bakar Oh Burger Bakar... Kaw Kaw Maa....

Assalamualaikum.....

Hi frenz.... Hari tu mengidam punya pasal terpaksa jugak hubby aku dan Fatih berkempen untuk aku yg mempunyai tahap selera yang tinggi ni pergi menjadi penunggu setia kat Puchong Utama utk merasa burger yang menjadi idaman aku. Turut terjebak, sahabat seperjuangan aku iaitu Ayu n the Gang turun padang bersama-sama demi burger pujaan hahaha....

Jom layan gambar je la.....

Lokasi berdekatan dengan Carrefour Puchong, jalan terus je .... pandang belah kanan nanti nampak signboard ni 

Candid oleh Fatih

Ayu n Syahmie

Beratur panjang ye!

Daging burger homemade bakar 
Setelah air habis bergelas2 dan nasi sepinggan selesai, burger tak jugak sampai2....

Burger yang sampai ke tangan ku malam itu... Yummmieeee.. Superb!! Berbaloi tunggu 3 jam. Terus kenyang dan balik tido sampai pagi =)

Ade berani makan 5 patties ni? 

12 April 2012

Souvenir dari Papa Mifz

Assalamualaikum

Hi kengkawan....

Hari ni happy sebab dapat souvenir dari blogger Papa Mifz melalui peraduan yang diadakan di blognya... Buat pengetahuan, Papa Mifz ni adalah kawan seperjuangan masa di SM Teknik Port Dickson dulu. Apapun terima kasih bebanyak kpd Papa Mifz kerana sudi menghantar souvenir yg kiut miut kat gue ni hehe... Siap dengan bekas spek mato lg. Mentang2 lah dio tokeh kodai spek mato hehe....

FM Ikan buntal dalam bekas spek mato Focus Point hehe...

10 April 2012

Burger Bakar Kaw Kaw

Assalamualaikum.....

Nak burger bakar tak? Jom join aku pergi makan... Sanggup tak aku tunggu ni... Tak pe makan punya pasal aku redah je la....


04 April 2012

:::Wordless Wednesday::: Jual tudung Annisa

Assalamualaikum....

Nak tengok tudung premium Annisa? Sila hubungi 016-2781090. Sokongan anda amat dialu-alukan.

Sehelai RM 35 sahaja. Beli 3 helai RM 100....




Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...