30 May 2012

Perangai Sesetengah Orang Melayu memang pelik tapi benar....

Assalamualaikum

Korang seorang melayu.?
Mungkin juga ya, mungkin juga tidak.
Kerana aku tidak tahu statistik pengunjung blog aku berdasarkan bangsa.
Tetapi aku pasti kebanyakkannya adalah melayu, dan begitu juga aku, melayu..

Dan post aku ini juga berkaitan melayu. Ada beberapa perkara yang aku perasan (dan juga orang lain) berkaitan beberapa perkara pelik berkaitan orang melayu ini. Rasanya tidak salah kalau aku letak tajuk seperti di atas.


Apa yang aku taip ini bukanlah berdasarkan aku membuat rujukan daripada mana-mana buku, cuma aku menaip berdasarkan apa yang aku 'nampak' dalam bangsa melayu sekarang.
Tidak semua orang melayu adalah seperti yang aku akan taip ini, tetapi apa yang boleh aku katakan perkara ini seperti sudah mencerminkan perangai orang melayu.



1.Bekerja dengan bangsa sendiri MALAS, bekerja dengan bangsa lain, RAJIN
  • Sudah banyak kali aku berhadapan dengan situasi ini, samada aku sendiri yang bekerja atau aku melihat cara orang lain bekerja. Apa yang aku nampak apabila bekerja dengan bangsa sendiri, orang melayu naik kepala. sikit-sikit, rehat, lepas tu keluar makan, lepak-lepak.

  • Keadaan yang pernah aku tengok dan lalui, apabila menghantar untuk membaiki tayar motosikal yang bocor, apabila aku hantar di kedai melayu dan pekerjanya melayu, lambat, bergelak ketawa, hisap rokok..Ini yang berlaku. dan pada masa lain, apabila aku hantar baiki motosikal (dengan tujuan lain)di kedai cina yang mana pekerjanya adalah melayu, rajin pula. Tidak membuang masa, buat kerja dengan baik.
2. Bangsa lain berjaya tidak mengapa, tetapi tengok bangsa sendiri berjaya, dengki.
  • Tentu korang pernah dengar dan dapat tahu, apabila seseorang melayu itu hendak naik, maka banyaklah ancaman yang di hadapi. Kena sihir la, kena kianati la, kena fitnah la,dan pelbagai lagi. Dan musuhnya siapa lagi kalau orang bukan melayu. Dia tidak senang apabila melihat bangsa sendiri lebih dari dia.

  • Tetapi apabila tengok bangsa lain yang berjaya tidak kisah pula. Walaupun ada disebelah kedai. Kalau bangsa lain sebelah kedai berjaya, tidak mengapa. Tetapi kalau bansga sendiri berjaya, walaupun bangunan berlainan, datanglah perasaan hasad dengki.

  • Dan tidak peliklah jika banyak berita orang melayu yang hendak berjaya tetapi terkena buatan orang
3. Cakap pasal kelemahan melayu sedikit, terus melenting. Sedangkan perkara itu betul. Kiranya terlalu sayangkan bangsa sehingga tidak nampak kelemahan.
  • Kalau bercakap tentang kelemahan melayu sikit, terus melenting. Kata tiada semangat cintakan bangsa la, kata hendak menjatuhkan bangsa sendiri la, kata sayangkan bangsa lain la dan macam-macam lagi. Mungkin orang seperti ini hanya ingin berita hebat-hebat sahaja yang sampai di telinganya. Tidak mahu melihat kepada kelemahan kemudian memperbaiki.
4. Kata sayang bangsa, tetapi bergaduh sebab politik. Bangsa lain tidak pula, berpolitik juga, tetapi bersatu kerana bangsa.
  • Apabila bergaduh pasal politik sikit, hilang terus apa itu bangsa melayu. Kiranya pihak lawan adalah bangsa lain, seperti apa yang perlu dilakukan adalah jatuhkan parti politik itu bersama-sama bangsa. Sampai tinggal sekampung pun tidak bertegur sapa.

  • tetapi tidak pula bagi bangsa lain. Cina contohnya, mereka juga ada kemelut mereka sendiri (MCA), tetapi seperti yang kita ketahui, walaupun cina berpecah dari segi politik, bangsa mereka tetap bersatu. Apakah bangsa melayu tidak belajar dari semua ini..?

Apa yang aku taip ini adalah beberapa point yang aku dapat berkaitan sikap/perangai dan juga mungkin boleh dikatakan masalah dalaman bagi mereka yang bergelar orang melayu.
seperti yang aku nyatakan pada permulaan tadi, tidak semua orang melayu adalah begitu, tetapi apa yang berlaku disekeliling sudah hampir mencerminkan apakah itu melayu. dan aku sendiri adalah melayu....


Sekian.


Selamat Ulang Tahun buat Anakku.....

Assalamualaikum.....

Ahad lepas (27 Mei) genaplah putera tunggalku berumur 4 tahun. Sekejap je rasanya anak dah besar....



Selamat Ulang Tahun, Fatih. Ibu sayangkan Fatih walau apapun terjadi. Meskipun satu hari nanti, ibu akan meninggalkan kamu, tapi kasih ibu terhadapmu akan ibu bawa hingga ke mati... Semoga  Fatih menjadi anak yg soleh, anak yg baik dan menjadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

25 May 2012

Kenangan bersama Siti Nurhaliza

Assalamualaikum.....


Merujuk gambar atas ni.... Yang kiri tu Ayu (masa ni dia masih bujang lg) yang tengah tu of coz la korang memang kenal kan... yang belah kanan tu, sangat la kembang saiznya hihihi.....Masa ni aku mengandung kali pertama... hehe.... Aku pernah 2 kali mengandung tapi yang pertama dulu keguguran.

Tapi kan, sungguh pun aku tak le fanatik sangat kat Siti ni.... aku sangat le puji kecantikan dia sebab memang kulitnya halus sangat.... Perfect sebagai wanita cantik.... Bukan senang nak dapat kulit cam dia... Dan satu lagi, Siti ni sangat la merendah diri dan lemah lembut. Tak le macam sesetengah artis yg baru nak naik, tapi berlagak weiiii.... Tolong lah benci tau orang cam tu.....


21 May 2012

Penat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Lately ni, aku sering je penat. Rasa macam tak cukup masa. Cemburu aku bila tengok orang yg byk masa. Aku  perlu selesaikan banyak perkara. Mulakan hari di ofis, pastu balik uruskan rumahtangga. Kat ofis curi-curi masa layan FB promote page aku... Pastu boleh gi mengular jual tudung kat bahagian lain. Boleh cam tu? Nasib boss aku tak macam singa, kalo tak, pasti dah kena kan....

Walaupun boss aku tak delah garang macam singa tapi bukan bermakna aku boleh naik tocang lipan kan.... Mesti lah kerja kena selesaikan dulu. Mana ada orang suka kita tak siapkan kerja. Waktu ofis tetaplah aku sebagai pekerja setia di tempat aku. Malah waktu rehat pun aku masih tersengih-sengih kat tetamu yg dtg ke ofis aku. Kadang-kadang diorang pun pelik, bila masa kami di ofis gi rehat. Jawapannya ialah bila boss dah keluar dari ofis....

Tapi kan, bila boss aku dah keluar, telefon pulak yg memekak minta di jawab. Maka terpaksa juga lah, aku melayan kerenah manusia2 yg kadang2 buat2 faham tentang penerangan aku tentang beberapa perkara yg kadang2 di luar pemahaman aku sendiri.... Asal boleh je kan.... Itu adalah salah satu kriteria yg patut ada pada staf kerajaan seperti aku ni. Asalkan orang yg bertanya tu, rasa puas hati. Kalau tak, kena maki la jawabnya.

Pernah juga aku naik hangin sebab diorang ni tak faham2 apa yang aku cuba sampaikan.... Agaknya kena speaking London kot. Ada yg call semata-mata nak hamburkan rasa tak puas hati yg mungkin tak dpt diluahkan pada pihak2 tertentu, jadi aku lah juga tempat mencurahkan rasa tak puas hati mereka tu. Disebabkan aku dah terbiasa berhadapan dengan panggilan-panggilan yang menghangitkan telinga aku ni.... aku hanya mampu menahan perasaan demi menjaga nama jabatan aku.... Biarpun cair tahi telinga namun senyum je lah kan... Kalo aku cepat melenting, nanti sama lak perangai aku dengan mereka-mereka yg suka caci maki orang ni...

So, kesimpulannya.... hadapi segalanya dengan senyuman. Tak kira lah besar mana pangkat seseorang tu atau secantik mana pun paras rupa, kalo budi bahasa kita fail.... tetap juga dipandang huduh dan buduh kan!!!!

15 May 2012

Dutch Lady Redemption

Assalamualaikum....

Boringnya hari ni sebab boss takde. Jadi boleh buat kerja lain... Petang ni boleh post ke Dutch Lady...



Susun cantik-cantik

Sesi gotong-royong dan makan-makan Gang Hj. Bakar

Assalamualaikum

Sabtu lepas, aku dan Kak Teh sama2 bawa mak gi shopping kat Nilai 3. Nak beli langsir baru katanya. Kami ikutkan jelah. Bukan senang teman mak pi shopping. Selalunya dia lebih suka dok kat rumah je hehe...

Ahad lepas pula, adik-beradik aku berkumpul di rumah mak. Bukan saja nak meraikan hari ibu tapi untuk menghargai jasa mak yg bersusah payah membesarkan dan mengasuh kami dari kecil. Aktiviti berjalan dengan lancar... Kakak2 tolong masak pelbagai jenis juadah. Abang2 tolong kemas luar. Aku and hubby tolong cuci tingkap keliling rumah mak dan tolong kemas apa yg patut....

Anak-anak sedara juga tak ketinggalan bergotong-royong bersihkan rumah wan mereka dan jadi tukang kacau  mesin tebu sambil membuat kecoh haha...

Ok, malas nak membebel sorang-sorang.... tengok la gambar di bawah.

Akak beli kek utk mak

Selamat Hari Ibu, mak. Sayang mak

Sup ayam utk budak-budak bertuah.

Kerabu bacang. Air tangan mak. Lauk ni paling ditunggu meskipun banyak lauk lain.

Ayam kampung dari Sg. Besi masak lemak cili padi (lauk wajip ada). Tapi kak Teh yang masak. Sangat sedap sampai teringat-ingat.

Laksa buatan dari tangan akak from Kajang. Memang selalu tunggu akak buat laksa, the best in the world.

Keropok lekor panas. Aku yang goreng tau...



Pengat barli + ubi keledek yang manis macam orang masak pengat ni.

Sesi potong-memotong

Budak ni tengah geram nak tekan kek tu... Tak sedar dah  jatuh longkang. Calar muka cucumbam aku.

Wardina... ahli keluarga aku yang paling muda buat masa ni.

Tukang bising dan tukang buat sepah, sila main di luar ye. Terima kasih.

Kak Long yang sememangnya layak jadi chief monitor hehe..... 
*** Sorry ye kpd ahli-ahli family yg takde dlm gambar di atas. Tukang ambil gambar terlampau sibuk mengemas (mood perasan ^-^)

11 May 2012

Koleksi terbaru di Hijab LoVa

Assalamualaikum....

Kalo mengikut minat aku yg suka berniaga ni, dah lama aku kaya kot hahaha.... Tapi setakat ni, alhamdulillah, mungkin rezeki aku bekerja sbg staff kerajaan lebih sesuai agaknya. Sambil tu, boleh juga buat jualan. Kat rumah aku, sempat lagi promote tudung. 

Pagi tadi, sempat juga aku upload tudung bawal dan tudung Annisa & Annur Collection.... Ye lahh, bos aku tak masuk hari. Buat pengetahuan semua, tudung Annisa ni kualitinya sebijik sejibun dengan ARIA**, begitu juga Annur Collection. Tudung Annisa dan Annur sama je kualiti dan potongannya, satu kilang, satu kedai cuma brand je lain. Kononnya Annisa lebih best pakai tapi sebenarnya dari kilang dan kedai yg sama. 

Kepada kengkawan yg kerja di MOF, Bahagian Pinjaman Perumahan dan juga kastam meh le hallo aku kalo nak tengok stok tudung yang ada. Tak pun klik sini untuk tengok lebih banyak koleksi :)



08 May 2012

Sibuk tapi aku happy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hye semua.... Lama tak update blog. Sibuk sangat sejak aku mula bisnes kecil-kecilan. Meskipun aku just duduk kat cubical aku yg 5 kaki x 5 kaki tapi alhamdulillah, rezeki Allah yang tentukan. Yang penting, mesti sentiasa bersyukur.....

Jadual selalunya padat dengan kerja-kerja di ofis aku. Maklumlah pekerja serba boleh hehe... Waktu rehat pun kena dok ofis juga. Takde istilah rehat bila boss ada. Hujung minggu mesti ada aktiviti. Selalunya aku akan ke Seremban. Tak pun ke Ipoh hehe.... Kalo tak ke mana-mana, mesti aku dok mengemas rumah dan cycling keliling Putrajaya.

Bila masa nak blogging? Blogging bila boss aku tak masuk opis.... Tapi masalahnya boss aku sentiasa ada kat ofis. Sampaikan nak kuar amik stok tudung pun, kengkadang kena pecut kereta laju2 ataupun minta tolong kengkawan opis aku yg baik hati menumpangkan aku....

Walaupun aku sibuk dan kadangkala buat-buat sibuk.... ada jugak yg menyampah kat aku kot hehe... ye laaa... sana-sini promote tudung. Dulu maso jual susu kambing, sana sini promote kebaikan susu kambing sampaikan kengkawan boss aku pun panggil aku "Yus susu kambing".

Tapi kan.... kalo nak fikir orang menyampah, sampai bila nak habis kan..... Baiklah fikir macam mana nak tambah saham dunia dan akhirat ni... Banyak jugak faedahnya. Hidup senang, mati pun senang. Kadang-kadang ada juga berfikiran sengkek cakap macam-macam depan aku tapi biasalahh manusia, biarkan saja... tak perlu nak terasa hati. Semua tu tak penting, betul tak?

Apa yang penting? Bak kata wonderpet, kerjasama. Ye, yang penting kerjasama. Aku perlukan kerjasama dengan hubby aku untuk membahagikan masa antara kerja dan family. Aku juga perlukan kerjasama dengan boss aku untuk aku bikin bisnes aku di ofis aku yang tersayang. Aku perlukan kerjasama teman-teman seperjuangan di opfis aku ni agar sentiasa beri pendangan positif dalam minat aku yg suka berniaga ni.... Family aku memang sudah faham sangat dengan perangai aku yang suka berniaga sejak sekolah rendah lagi....

Bagi orang-orang kat luar sana, janganlah memandang rendah pada kebolehan orang lain. Pada yang baru mula melangkah bina kehidupan, mesti punya semangat yang kuat walau apapun orang nak cakap sebab anjing yang menyalak tepi bukit, bukit takkan runtuh. Anjing yang akan sakit tekak nanti hehe....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...