13 July 2012

First Check Up

Assalamualaikum.....

Semalam gi check up di Klinik Pakar Wanita Annur, Bandar Baru Bangi. Syukur Alhamdulillah, aku hamil 9 minggu.

Dulu masa pregnant Fatih, memang seronok sgt nak gi klinik sebab nak buat ultrasound. Boleh jenguk baby dlm perut.... Semalam buat ultrasound, nampak baby kecil sgt tp dah ada heartbeat.... Mungkin sebesar buah strawberry.... Suka gi klinik tu sebab doktornya yang sangat baik iaitu Dr. Khamsiah bt. Muda.

Semalam tunggu doktor dr pagi sampai pukul 12.30 tghari, barulah dapat jumpa doktor. Semakin ramai ibu-ibu menganndung yang buat check up kat situ. Sempat juga aku berbual dgn seorang ibu yg duduk sebelah aku. Katanya dulu buat check up kat Ampang Puteri, sejak dia dah jumpa Dr. Khamsiah ni, dia terus buat check up kat sini. Sama juga dgn kes aku.... Bukan mengada-ngada, tapi Dr. Khamsiah tu memang baik, lembut, sabar dan sangat memahami.

Semalam dia masih ingat kat aku... Tak sangka dia masih ingat kat aku. Dah 4 tahun aku tak jumpa dia.... Tapi aku tengok dia semakin kurus. Kurus sangat.... Mungkin dia tak sihat.....

Semoga Allah merahmati doktor kesayangan aku sebab aku tak pernah jumpa doktor yang sebaik dia...



09 July 2012

Hero Spek Terbalik....


Gambar ni dah 3 bulan aku peram.... Suka sangat main cermin mato ibu.... Kadang2 pakai terbalik macam kat atas ni..... Sekarang ni asyik buat perangai je.... Masa ni rambut pendek lagi, sekarang rambut dah macam gegurl.... Petang nanti ibu bawa gi gunting kat Pak Cik Melayu tu ye. Tak ado alasan lah cakap kedai tutup lagi.....

Koleksi FM

Assalamualaikum....


Syukur la sebab ada orang yang ingat kat aku yg hari-hari dok tercongok depan PC ni. Kali ni dapat FM dari tempat jauh iaitu dari Itali.... Walaupun EURO 2012, Itali kalah dgn Spain tapi tak pe lah janji ada orang ingat kan.....

Apapun, terima kasih daun keladi, lain kali beli lagi.....


03 July 2012

HTC One X : Jatuh cinta pandang pertama....

Assalamualaikum.....

Aku bukan la pencinta gadget tapi aku suka gadget yg menyenangkan kerja aku seperti check emel, layan youtube, FB, blogging dan main game.... Senang cerita, android adalah phone yg paling sesuai dgn manusia seperti aku.

Setelah membuat research beberapa jenis phone maka terberkenan aku pada Samsung Galaxy Note. Tapi setelah aku perhatikan orang sekeliling aku boleh dikatakan semua pakai Galaxy Note, jadi aku mulalah buat perbezaan dengan handphone lain. Ternyata aku telah jatuh cinta pada HTC One X.... Jadi memiliki HTC One X ternyata satu pilihan yang sangat tepat.

Ada sesapa yg pakai handphone ni tak?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...