30 August 2012

Pengalaman breastfeed.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semasa Fatih dulu, aku hanya dapat menyusukan Fatih sampai 6 bulan sahaja. Kalau ikutkan memang sedih tapi apa nak buat, dah setakat itu saja rezeki untuk anak aku tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga menyusukan Fatih. Fatih memang kuat menyusu. Bayangkan susu sebanyak 5 oz dia boleh habiskan dalam satu masa walaupun umurnya tak sampai sebulan. Bayangkan aku kena perah susu kat ofis menggunakan manual pump demi memenuhi permintaan yang tinggi dari Fatih. Memang berpeluh-peluh dan lenguh la tangan. Dah tu, susu yang aku dapat memang tak cukup untuk Fatih. Mungkin masa tu aku tak bersedia dan juga stress agaknya.

So, kali ni kalau ada rezeki nak beli electric breast pump untuk adik Fatih nanti. Belajar dari pengalaman. Memang aku nak sangat anak aku dapat menikmati susu badan sebab khasiatnya tak boleh ditandingi oleh susu formula di pasaran. Kalau boleh nak beli Medela Swing Breast Pump seperti gambar di bawah ni.....

Medela Swing idaman kalbu.... 

Dulu aku pakai Medela Harmony Breast Pump ni....

Medela Harmony

Medela Harmony ni bukan tak bagus.... sangat bagus sebab tak sakit dan senyap je tapi kena rajin la sikit dan ambil masa nak memerah. Kalau pakai manual macam ni, cepat kurus tangan tu sebab hari-hari exercise hehehe.... Apapun, Medela Harmony memang banyak jasa bagi membekalkan stok untuk Fatih dulu. Tanpanya, dah tentu aku susah hati nak tinggalkan Fatih tanpa bekalan susu yang berharga untuknya :)

Semoga dengan izin Allah SWT, Medela Swing dapat membantu aku bagi memenuhi hasrat murni aku untuk menyusukan anak aku yang bakal lahir nanti.... Amin.

29 August 2012

Gang Hj. Bakar :: Selamat Hari Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......


Sekian lama tuan punya tanah blog mendiamkan diri bukan kerana sibuk tapi mabuk, akhirnya di hari raya ke  11 ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin memohon ampun maaf sekiranya ada tulisan di blog menyakitkan hati korang  atau ada salah laku yang menyinggung perasaan korang.

Masa hari raya ni adalah masa untuk berkumpul anak beranak lagi-lagi kalau mempunyai keluarga besar macam family aku.


Gambar ni adalah gambar mak, abah dan adik-beradik serta ipar duai ahli Gang Hj Bakar

Hj. Bakar bersama cucu-cucu kesayangan. Hj Bakar ada 34 orang cucu. 18 lelaki, 16 perempuan. 

Gambar bersama seluruh ahli Gang Hj. Bakar. Masa ni ada 2 orang ahli yang tak dapat hadir .

Ini adalah ahli Gang Hj. Bakar yang terbaru. Baru berusia 6 bulan. Comel tak?

14 August 2012

Ragam Mengandung

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Masuk minggu ni, usia kandunganku sudah 14 minggu. Macam sekejap je kan. Tapi yang melaluinya sangat lah terasa lama sebab nak melepasi trimester pertama tu rasa sangat tak sihat. Badan rasa sejuk je lagi-lagi kalau berada di ofis. Tekak langsung tak boleh masuk makanan sebab rasa segala-galanya adalah rasa pahit. Yang bestnya, tido. Kalo boleh memang nak tido je, tak makan pun takpe tapi tak boleh la ikutkan hati ni sebab kesian kat baby. Yang boleh aku makan adalah buah epal. Kadang2 paksa diri juga makan nasi. Itupun makan nasi dengan sup kentang dan sambal gesek (sambal ikan bilis+cili api+asam limau).

Saat yang paling seksa bila bangun waktu pagi, pastu gi gosok gigi. Berlinang air mata tahan muntah. Tahan muntah sampai menggigil-gigil badan. Tapi mesti kena muntah juga. Teruk juga kali alahan mabuk kepayang berbanding mengandungkan Fatih dulu. Tapi bersabar je lah. Macam ni lah mak aku rasa bila mengandungkan aku dulu.

Berat badan pun tak bertambah lagi malah aku dah kehilangan 6 kg. Itu yg sangat merisaukan aku. Semoga baby dalam keadaan sihat hendaknya.

Mengandungkan Fatih dulu, aku kuat makan. Segala-galanya double.... Roti canai, laksam, tomyam dan macam-macam lagi mesti nak double. Badan aku pun jadi double. Makan memang tak cerewet langsung. Main bedal je. Mengidam pun macam-macam, sampai hubby pun naik pening nak melayan. Melawa pun tak nak kalah walaupun muka masa tu tak berseri langsung. Shopping pun tak ingat dunia. Sebelum nak bersalin, sempat lagi jalan-jalan gi KLCC dan makan Tomyam dan makan ikan siakap 3 rasa.

Mengandung bukannya sama. Lain anak, lain ragamnya. Kali ni, nak gi shopping2 pun, tak hingin. Apatah lagi nak pakai cantik-cantik. Tak kisahlah ragam kali ni macam mana, asalkan baby sihat dan sempurna. Dan yang paling penting, proses bersalin nanti berjalan dengan lancar seperti kelahiran abangnya. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...