27 September 2012

Foto: NESCAFÉ UHT Dare U Slurp?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....

Aku suka Nescafe. Hari-hari mesti minum Nescafe. Kalau tidak, mesti tak jadi kerja sebab mengantuk...

Permulaan hidup dimulakan dengan sarapan berserta Nescafe memang memberi ketenangan dan mencetuskan perasaan yang positif. Cubalah hari ini.... Ceriakan hari kita dengan sesuatu yang kita suka. Think positive and be positive.


Dah cuba buat foto lucu minum Nescafe UHT Dare U Slurp? Memang fun sangat sebab boleh match dgn muka kita.... Kalo nak cuba, silalah klik sini.



Fatih with Syahmie

Fatih with Akol

Me and Fatih

26 September 2012

Buku panduan lengkap: Penjagaan Ibu & Anak

Buku ni aku beli kat MPH masa mengandung Fatih dulu. Banyak ilmu yang aku dapat melalui buku ni.. Aku syorkan bakal-bakal ibu yang belum ada pengalaman menjaga baby, carilah buku panduan ni.

Buku ini boleh dijadikan panduan untuk mengetahui perkembangan baby dari tempoh awal kehamilan hingga anak usia 3 tahun. Antara isi kandungannya:

1) Penjagaan ibu, hamil
2) Pemakanan untuk ibu hamil
3) Senaman untuk ibu hamil
4) Teknik bersalin
5) Penjagaan anak
6) Pemakanan anak
7) Teknik-teknik menghadapi anak sakit



Penerangan disertakan dengan illiustrasi bergambar.



Dah pakai baju mengandung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.....

Minggu lepas operasi cuci baju maternity yang telah terperap lebih 4 tahun dalam almari. Ada setengah aku bagi akak aku pakai sebab tahun lepas dia pregnant. So, tahun ni giliran aku pula menyarungkan uniform besar di perut tu.

Bagi yang kedua ni, cukup lah beli sehelai dua je baju baru memandangkan masa pregnant Fatih dulu aku gile beli baju mengandung macam akan mengandung bertahun lamanya hehehe....

Minggu ni dah masuk 5 bulan. Mungkin akan menerima perubahan beberapa part di badan terutamanya di bahagian perut. Sekarang baju kurung memang muat tapi kain kena memang tak boleh nak sarung. Zip kain separuh je, kalau duduk plak, confirm kena buka zip hehehe.....

So, lepas ni baju kurung akan ku simpan dalam almari sampai tahun depan. 

Suruh hubby tangkap gambar walaupun dah lambat nak masuk opis. 



25 September 2012

Pilihan Set Bersalin yang lengkap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua......

Hai.... Aku sekarang tengah pening sebab nak memikirkan set bersalin yang sesuai untuk digunapakai masa berpantang tahun depan. Uishkkk lambat lagi ke... Memang lambat lagi tapi buat masa ni, tengah survey apa yang terbaik untuk ibu dan anak hehe...

Kalau boleh set bersalin tu tak mengganggu susu ibu dan tak membuatkan baby kembung serta senang digunakan hehehe..... Tadi masa aku google aku terjumpa senarai set bersalin yang ada pasaran Malaysia ni:

1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira (Juga ada yang panggil Set Bersalin Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De'Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic (Ada juga menyebut Felisa Kosmetik, dan keliru dengan Felisa Formula)
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA (Ramai ingin membeli online dengan harga asli. Serta bertanyakan komen, testimoni tentang produk)
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara (Sama dengan Nombor 36)
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda (Kadang2 ada yang mencari Kzanah Bonda, mungkin tersilap menaip)
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha (Atau Set Bersalin Roha)
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula (Juga carian berkaitan iaitu Lisa Formula dan Lessa Formula. Ramai yang mencari set lengkap, murah dengan testimoni yang boleh dipercayai)
35. Set Bersalin Mustika Ratu (Juga dikenali Jamu Mustika Ratu, Mustika Ratu Selapan)
36. Set Bersalin Mak Dara (Juga dikenali Set Bersalin JMD, Jamu Mak Dara, Jamu Mak Dara Gold, Ratu Dara, Ratu Mak Dara)
37. Set Bersalin Muna Asy Syifa
38. Set Bersalin Manja
39. Set Bersalin Maharani
40. Set Bersalin Nona Roguy (Juga ada yang mencari Nyonya Roguy, Set Bersalin NR)
41. Set Bersalin Nouvelles Visages (Juga dikenali dengan shortform Set Bersalin NV)
42. Set Bersalin Nyonya Meneer
43. Set Bersalin Nuriz
44. Set Bersalin Natasya
45. Set Bersalin Orang Kampung 
46. Set Bersalin Puteri Rembulan
47. Set Bersalin Qurratu
48. Set Bersalin Revell
49. Set Bersalin Rojam
50. Set Bersalin R&Z
51. Set Bersalin Radix
52. Set Bersalin Sendayu Tinggi (Ammy 60 Days)
53. Set Bersalin Salindah
54. Set Bersalin Shaklee
55. Set Bersalin Sari Herba
56. Set Bersalin Sari Ayu
57. Set Bersalin Tanamera
58. Set Bersalin TYT
59. Set Bersalin Warisan Afiat
60. Set Bersalin Warisan Mama
61. Set Bersalin Yusmira
62. Set Bersalin Zura
63. Set Bersalin Zarina Zainuddin


Kredit Senarai : Hospital Bersalin

Masa Fatih lahir dulu aku guna Set Bersalin Amway (Tropical Herbs). Ok jugalah, berat badan pun senang nak turun dan senang nak pakai tapi ramai orang cakap set bersalin yang paling bagus adalah Nona Roguy. 


Set Bersalin Tropical Herbs (Amway)


Kandungan Di Dalam Set
Set lengkap ini mengandungi 10 produk untuk diamalkan oleh si ibu dan bayi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Untuk dimakan:
  • Teh Herba
  • Kapsul Lepas Bersalin 1
  • Kapsul Lepas Bersalin 2
2. Untuk kegunaan luaran:
  • Herba Pembersih Wanita
  • Herba Mandian
  • Minyak Urut Herba
  • Minyak Bayi
  • Campuran Peramping Perut
  • Campuran Penghangat Badan
  • Campuran Penenang


Rasa macam nak cuba set bersalin lain je... Mana tau dapat kualiti yang lebih bagus dengan harga yang lebih murah serta berpatutan. Korang guna set bersalin apa ye? Boleh share tak pengalaman korang.....

Fatih akan ke Tabika KEMAS Presint 18, Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua....

Minggu lepas Cikgu Tabika KEMAS ada sms aku yuran Tabika KEMAS bagi sesi 2013. Tabika KEMAS tu terletak di Presint 18 (Fasa 18R12) Putrajaya. Almaklumlah tahun depan, Fatih dah 5 tahun.

Yuran pendaftaran : RM 10
Yuran Jan & Nov. : RM 50
Uniform & Baju Sukan : RM 50
Aktiviti dan tanda nama: RM 20
Alatulis & buku : RM 50

Jumlah : RM 180 (perlu dibayar dalam tempoh Oktober 2012)

Harga sangat berpatutan di samping kawasan Tabika tersebut sangat dekat dengan rumah aku. Just jalan kaki saja kalau nak hantar Fatih ke sekolah nanti. Persekitaran sekolah tu juga sangat bagus dan bersih serta yuran bulanan cuma RM 25.00 sahaja.

Rasanya pada usia 5 tahun, elok biasakan Fatih dengan alam persekolahan. Lepas ni, boleh la beli kasut dan beg sekolah untuk Fatih. Rasa macam dah tua je kan bila anak nak pergi sekolah. Tahun depan Fatih ke sekolah dan Fatih juga akan ada adik... Insya Allah. Harap-harap dia tak terkejut dengan situasi baru dan boleh biasakan diri dengan perubahan jadualnya hehe.....

24 September 2012

My Medela Swing dah sampai.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Jumaat lepas akhirnya barang yang kutunggu-tunggu akhirnya muncul. Alhamdulillah, sampai juga electric breastpump yang ku idam-idamkan. Semoga impian aku nak breastfeed baby yg bakal lahir nanti akan tercapai hendaknya. Yang paling penting, biarlah sampai usianya 2 tahun.

My Medela Swing dah sampai

Breastpump ni aku beli dari website  http://www.littlewhiz.com/  sebab aku rasa ni pakej yg paling berpatutan. Kalau beli breastpump ni saje kat kedai diluar harga sebenarnya RM 799.00. Tapi dalam pakej ni yang aku beli ni, aku boleh dapat Medela Swing Breast pump With Calma Teat + Autumnz Cooler Bag + Autumnz Reusable Ice Pack (3pcs) + Autumnz 8pcs Breast milk Storage Bottles Package dengan harga RM 759.00. 


So, aku rasa sangat happy dan tak sabar menanti kehadiran cahayamataku yang kedua..... Doakan aku dan baby dapat merasai keindahan alam penyusuan yang sangat dinantikan oleh semua ibu-ibu dan bakal ibu....

Aku mengidam ubi keledek dan teringin nak pegi Penang la.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Jenuh memikirkan macam mana nak dapatkan sweet potato yg manis macam kat Cameron Highlands. Nasib baik ada emak kepada seorang sahabat pergi ke Cameron Highlands & memang rezeki aku dapat makan sweet potato ni. Kalo tak, kempunan aku hehehe... Yg peliknya, nak yang dari Cameron Highland, takmo dari tempat lain. Mengado-ngado....

Buat masa ni, aku takde la mengidam benda-benda pelik kecuali nak makan benda2 yang sejuk2 macam Ais kacang dan aiskrim je. Sekarang ni tengah plan nak gi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Tapi tak boleh bagitau sekarang sebab tak confirm lagi nak gi mana hehe.... Tu pun entah jadi ke tak... Semua bergantung pada masa dan keadaan.

Masa mengandung Fatih dulu (tahun 2008), sempat juga aku gi cuti-cuti ke Penang selama 2 minggu. Itupun sebab aku kena bertugas kat sana bersama-sama beberapa orang teman yang lain. Memang seronok giler walaupun masa tu kandungan aku dah masuk 6 bulan lebih. Setiap malam kaki cramp sebab banyak berjalan. Yang paling best, bab makan lah. Sampai je sana, order Char Kuey Teow 2 pinggan. Belasah pasembor, nasi kandar, nasi putih lauk ikan goreng pun sodap. Penang memang syurga makanan. Memang balik dari Penang, terus aku kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Dalam masa sebulan berat naik lebih 3 kg. Mau tak naik, asyik makan dan makan saja. Sebut aje apa nak, semua harus disediakan. Manja benor aku masa tu hehehe....

Yang paling aku tak lupa, daging bakar kat Kepala Batas. Memang takkan lupa keenakkan daging yang manis tu.... Memang tak jumpa la kat KL ni kan. Masa tengah menaip ni, dah berapa kali aku telan air liur. Buruk benor perangai hehe.... Ok, meh aku google jap gambar Restoran tu.... Kot-kot korang gi Penang, boleh la singgah jap kat Kepala Batas ni.

Restoran Ikan Bakar Din

Ni antara gambaran yang boleh dibayangkan.
Tapi sayang, masa tu teknologi tak berapa canggih (bukan tak canggih tapi kamera masa tu mahal) maka tak dapatlah nak tangkap gambar (padahal masa tu, memang tak mahu nak bergambar sebab badan dah kembang bermangkuk-mangkuk).

Bilalah aku nak ke Penang lagi kan..... Macam jauh sangat je bunyinya kan tapi tu lah... Aku suka pergi tempat yang makanannya sedap-sedap sebab masa ni lah aku boleh bedal semua makanan sebelum aku berpantang 100 hari huhu....


19 September 2012

Tanggungjawab Menantu Terhadap Mertua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Ok, kali ni aku nak sentuh tentang tajuk di atas sebab aku rasa ramai yang tak berapa faham tentang tanggungjawab masing-masing terhadap mertua. Oleh kerana aku telah terjumpa satu artikel dalam majalah MIDI (bil. 144) tentang hubungan menantu terhadap mertua dan hubungan mertua terhadap menantu, maka aku kerahkan juga jari-jemariku untuk menaip artikel tersebut. Semoga anda semua mendapat petunjuk dan hidayah setelah membaca apa yang aku cuba kongsikan ini.....

Gambar hiasan: Google

Setiap kali memperkatakan soal hubungan dengan mertua, pastinya macam-macam perkara yang mula menerjah. Tidak kira sama ada negatif mahupun positif penerimaan menantu terhadap mertua.

Masyarakat sering dihidangkan dengan kisah2 negatif yg berlaku antara mertua dan menantu dalam drama  mahupun filem. Malah, tanpa mengira bangsa, paras rupa, keturunan dan agama, hubungan antara menantu dan mertua terutamanya ibu mertua dengan menantu perempuan sering dihimpit masalah dan tekanan.

Tidak dinafikan perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat tetapi bagi menantu sangat akrab dan baik dengan mertua seharusnya bersyukur kerana anda dapat menjalinkan hubungan tanpa sebarang masalah.

Di sebalik permasalahan yang mungkin timbul antara seorang menantu dan mertua, terdapat tanggungjawab yang dipikul oleh menantu yang memastikan mertua berada dalam keadaan yang selesa. Tidak kira bagaimana layanan yang diterima daripada mertua, menantu wajar menghormati mertua sebagaimana dia menghormati ibu bapa sendiri.

TANGGUNGJAWAB MENANTU LELAKI

Apabila memperkatakan tentang hubungan menantu dan mertua, sering menjurus ke arah hubungan mertua dengan menantu perempuan semata-mata. Tahukah anda bahawa menantu lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua, berbeza dengan menantu perempuan?

Jika seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka haruslah menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan mertabat yg tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mertua. Justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Allah SWT menyuruh kita berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Hal ini jelas dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat." Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (al-Baqarah: 83)

Dalam ayat yang lain: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa..." (al-Nisa':36) Secara tidak langsung kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama, tidak kira mertua beragama apa sekali pun. Sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang bukan Islam.

PERANAN MERTUA

Peranan mertua sebenarnya sangat penting dalam kehidupan daripada merekalah berbagai-bagai penduan dan nasihat berhubung dengan soal rumah tangga diperoleh. Jika dilihat, kebanyakan wanita moden kini memilih untuk mempunyai kerjaya dan memerlukan bantuan mertua atau ibubapa untuk menguruskan anak-anak sekiranya tidak mempunyai pembantu rumah.

Maka, bagi menyelesaikan masalah tersebut, ramai yang meminta bantuan mertua mereka yang masih sihat untuk menjaga anak-anak mereka. Oleh itu, selain dapat mengurangkan beban, risiko keselamatan anak-anak akan terjamin apabila berada di bawah jagaan mertua. Namun begitu, sebaiknya usah dibebani mereka dengan tugas yang berat demi memastikan kesihatan mereka yang lebih terjamin.

Selain itu, mertua juga merupakan pembantu terdekat apabila pasangan suami isteri itu menghadapi masalah kos perbelanjaan keluarga. Hal ini berlaku terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah atau pasangan baru mendirikan rumah tangga.

Mereka menjadikan mertua sebagai sumber atau tempat mendapatkan bantuan kewangan, malah tidak kurang juga dalam masyarakat kita, mertua yang menghulurkan bantuan kewangan kepada anak mereka yang telah berumah tangga demi menjamin kebahagiaan anak-anak mereka meskipun tidk dipinta.

Jadi, curahkanlah kasih sayang yang sebaiknya terhadap keluarga mertua, nescaya anda akan memperolehi kehidupan berumahtangga yang lebih aman dan diberkati oleh-Nya.

06 September 2012

Blog ini dah bebas dari virus

Assalamualaikum....

Mungkin ada yang perasan bulan lepas blog saya diserang malware... Tapi alhamdulillah, kini blog saya dah dapat diselamatkan atas bantuan rakan blogger yang sgt prihatin hehehe..... Terima kasih atas keprihatinan dan bantuan anda. Terima kasih juga kepada Mr. Hubby atas bantuan anda ye.

Kini anda semua boleh la melayari blog saya dengan senang hati....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...