24 October 2012

Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum

Sebentar tadi aku turun ke cafe nak beli makanan tengahari. Ternampak pulak ada jualan puspanita kat ruang legar tadi. So, aku pun pegilah cuci mata. Kot2 ada yg terberkenan. So, belilah juga Pati Delima Gulsan produk dari Turki seperti gambar di bawah sebabnya aku dapat harga RM 14 je. Murah kennn....

Lagipun buah delima kan bagus untuk ibu-ibu mengandung....



Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS 
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA 
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor

Produk : Pati Delima Tulen
Origin : Turkey
Berat : 340gm

Cara amalan :
1 sudu besar before breakfast.
Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.

TAHUKAH ANDA ?

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. 
Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)


P/s: Aku tak taulah pulak fakta kat atas nih betul ker tidak....aku tak copy skali testimonial dari pengguna sebab biler bace macam kelakar....sebab  tu aku nak cube sendri, tengok caner results nyer nanti...aku berani cube sebab ianya pati dari buah-buahan.....

23 October 2012

Shaklee: Supplement untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum.....

Mengandung kali ni rasanya badan lebih kuat dan sihat berbanding dulu. Badan pun tak nampak naik sangat. Kalau dulu kaki dah mula membengkak, tapi kali ni alhamdulillah kaki tak bengkak. Tidur malam pun tak ada gangguan sebab kalau dulu setiap malam kaki mesti cramp (simpul biawak). Muka pun tak sembap dan lengan pun tak de lah nampak banyak menakung air...

Ya... dulu aku memang kuat makan apabila masuk bulan ke 4. Makanan yang diambil mesti 2 hidangan. Contohnya 2 keping roti canai, 2 pinggan nasi, 2 bungkus laksam. Sebulan berat aku naik mendadak 3kg. Kalau pergi check up, confirm kena buat MGTT setiap bulan sebab badan naik.

Boleh dikatakan pengalaman mengandung kali berbeza dengan yang dulu....

Kali ni, makan lebih berhemah. Makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap. Selera pun tak melampau sangat.
Mungkin kali ni aku mengamalkan supplement Shaklee. Pada awalnya aku macam berat hati juga nak cuba. Tapi disebabkan aku takut mengalami pengalaman yang terdahulu, tak salah aku mencuba produk ini.... Oppsss.... aku bukan penjual produk ini. Aku just nak cerita yang aku sangat happy guna produk Shaklee ni.

Mood sepanjang mengandung kali ni pun sangat bagus. Jarang sekali nak sensitif dan moody tak tentu pasal. Lagi satu yang paling penting ialah tak kembung. Kalau dulu, kembung perut memang akan menjadi masalah sebab satu kerja pun takkan menjadi. Kulit pun lebih halus dan tak berjerawat. Cuma parut lama susah nak hilang hehehe....

B Complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, Omega Guard


Lepas ni aku baru nak cuba minum Energizing Soy Protein (ESP) untuk persediaan bagi menyusu bakal baby nanti :)

Macam banyak je vitamin kat atas ni kan.... Tapi tu adalah untuk sampai 3 bulan atau lebih. Harga pun taklah mahal. Berpatutan lah dengan hasil yang kita dapat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, silalah klik kat http://hebatkan.blogspot.com/ 

Keseluruhan untuk produk Shaklee ni memang bagus dan berkesan sangat. Memang banyak perubahan yang ketara berbanding kehamilan yang terdahulu.


22 October 2012

Tak nampak perut lagi??

Assalamualaikum....

Kali ni pregnant perut macam kecik sikit. Ramai yg tak percaya yg aku dah pregnant 6 bulan. Kalau pakai dress mungkin lebih nampak yang aku pregnant..... Apapun, doktor mengesahkan setakat ni kandungan aku membesar dengan sempurna dan aku berdoa semoga ianya selamat seperti abangnya dulu :)


22 weeks pregnant
 
6 months pregnant

Gambar ni diambil minggu lepas


Baju sekolah Fatih untuk tahun depan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.....

Tadi pergi ke Tadika Kemas untuk buat pembayaran yuran pendaftaran. Dapatlah sepasang baju sukan dan sepasang baju kemeja. Menurut kata cikgu : Isnin, Rabu dan Jumaat pakai baju kemeja. Selasa dan Khamis pakai baju sukan. 2 pasang baju di bawah berharga RM 50. Boleh la....

Baju yang diberi saiz M. Rasanya Fatih tak muat. Kena tukar la jawabnya....

Tak sabar rasanya nak tengok Fatih ke sekolah pakai baju ni.


08 October 2012

Jalan-Jalan di Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Percutian kali ni dekat je memandangkan aku malas nak melalui 
perjalanan yang jauh, maka PD adalah jawapannya.

Walaupun ke PD, banyak masa dihabiskan di bilik saja sebab
aku malas nak berjalan jauh dan Fatih sendiri pun tak nak keluar dari bilik 
sebab ada swimming pool dalam bilik. 

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak gi sana....
Dulu Grand Lexis ni dikenali sebagai "Legend International Water Homes". 

Kami cuma menginap 2 hari 1 malam sahaja. Memang best sebab ada private pool hehehe....

Bilik yang kami book adalah jenis Executive Pool Villa...

Jom layan antara gambar yang sempat di ambil....















\





Kali ni aku pergi bersama klik opismate aku iaitu Kak Connie dan Ayu.

Masa ni dinner di DTerapung.

04 October 2012

Fatih Anakku.....

Fatih Anakku

Bila dia buat perangai, hati kadang geram sangat....
Bila dia dah tidur, hati rasa sayu sangat bila renung wajah dia....
Bila dia sakit, hati gundah tak boleh nak cakap apa....
Segala-galanya ku serahkan pada-Nya...

Tapi dialah pengubat jiwa lara
Penghibur hati yang duka
Pemberi semangat di kala susah
Hati yang kadang rapuh
Tega meredah arus gelora yang sangat mencabar
Kadang-kadang ia boleh menggugat hati,
Melukakan perasaan
Namun demi dia....
Aku cekal dan tabah
Demi dia....
Aku redha segala-galanya

Ada saja tingkahnya yang buat ku ketawa
Kadang-kadang diselang-seli dengan jeritan
Memastikan dia tidak melampaui batas
Semua itu indah...
Kadang-kadang timbul dalam hati
Belas kasihan melihat dia...
Rasa kurang sempurna aku memelihara dia....
Sebab....
Aku rasa belum cukup untuk menyayangi dia
Aku rasa belum lengkap dalam mendidik dia
Aku rasa tidak cukup kuat dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang ibu

Semoga aku punyai kekuatan dalam menjalani setiap langkah demi mengharungi liku-liku kehidupan...

Tetiba lak touching mengenangkan Fatih....

03 October 2012

Kenangan 4 tahun lalu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Tetiba teringat pulak nak masa Fatih baru lahir dulu. Masa tu takde gambar kat hospital. Kelam kabut ketika mula-mula ada anak. Nak pegang pun tak reti. Nak bagi susu pun rasa geli. Nak basuh poo-poo dia pun takut.

Fatih lahir disambut dengan suasana yang sangat happy dan membahagiakan. Dengan berat 3.65kg, dia antara yang paling agak besar jika dibandingkan baby-baby yg sebaya dengannya. Kalau tengok dia dalam nursery, boleh agak itulah dia....

Rasa tak sabar nak ada baby lagi sebab masa yg pertama kali dulu, aku betul-betul tak berapa bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu sebab aku memang takde pengalaman dalam penjagaan baby ni :)


Usia 3 hari


Bagi puting kosong.... asyik nak susu je kerjanya hehe....

Asyik teringat....




Memang sedap menikmatinya lebih-lebih lagi di bawah panahan sinaran mentari yang terik.... Emmm nyaman bila ia terus menerobos masuk aliran tekak ni. Rasanya memang tak cukup satu. Cencol paling sedap tentunya cendol mamak. Tak caya? Percayalah... sebab aku selalu makan cendol, mesti mamak yang jual hehehe.... Cendol Old Town White Coffee  pun tak boleh lawannye.... Cubalah....

02 October 2012

Apabila ibubapa sudah tua dan berseorangan


Tidak semua anak bertuah dapat menjaga ibu atau ayah yang sudah tua dan menghitung baki usia. Tidak semua itu maksud saya ialah sedikit.
Orang Melayu sering digambarkan mengunjungi ibu bapa / orang tua semasa hari raya. Bagi yang sudah meninggal dunia, maka perkuburan menjadi medan yang dikerumuni seusai solat hari raya. Suasana yang digambarkan adalah sedih dan terharu.
Bagaimanapun, gambaran realiti itu juga sebenarnya menandakan satu fenomena yang tidak ramai menyedarinya, iaitu ibu bapa jarang dijumpai / diziarahi, apatah lagi diberi jagaan, perhatian dan khidmat apabila mereka sudah tua. Zahirnya, saat-saat hari raya itulah yang kita gunakan untuk menggembirakan orang tua kita yang sudah lama kita tidak berjumpa.
Seusai hari raya, kita akan berangkat pulang ke tempat kita bekerja. Ibu bapa kita pun amat memahami komitmen kita, sama ada kerja atau komitmen terhadap keluarga kita sendiri; suami, isteri dan anak-anak.
Setelah kita berjauhan, mungkin ramai yang menitipkan wang ringgit setiap bulan. Ramai juga mungkin akan menelefon setiap minggu. Ramai juga mungkin yang dapat balik menjenguk ibu bapa setiap dua minggu sekali.
Tetapi tidak ramai saya kira yang bertuah dapat melayani ragam orang tua setiap hari. Mungkin apabila saya sebut ragam, kita mempunyai pelbagai tafsiran.
Apabila ibu bapa kita sudah lanjut usia dan anak-anaknya sudah berkeluarga, mungkin ragam ini kurang kita sedari selagi mana kedua-dua mereka masih hidup. Apabila salah seorang jatuh sakit, pasangannya akan mengambil berat dan memberi bantuan, setiap hari, menyebabkan kita masih berada di luar “lingkungan” walaupun melihatnya setiap hari.
Bagaimanapun keadaan ini akan berubah apabila salah seorang daripada ibu bapa kita ini meninggal dunia. Cuba kita bayangkan perasaan pasangan yang ditinggalkan. Setelah sama-sama menempuh kehidupan sebagai suami isteri selama berpuluh tahun, mungkin 20, 30 atau lebih 40 tahun, kematian adalah satu perpisahan yang meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan yang ditinggalkan.
Rakan berbual, meluah perasaan, berkongsi kisah suka duka sudah pergi. Untuk selama-lamanya. Diri sendiri pun sedang menghitung baki usia yang entah berapa bilangannya. Cuba bayangkan jika anda berada di tempatnya. Pada siapa anda akan berkawan dan boleh diajak berbual.
Saya tidak mengajak anda memikirkan jika ibu atau bapa yang masih hidup itu jatuh sakit. Saya hanya mahu membayangkan peranan sebagai seorang yang boleh diajak berbual, sebagai ganti pasangannya yang telah pergi. Mohon tidak diserahkan tugas ini kepada jiran sebelah atau kawan baiknya, kerana walau macam mana sekalipun akrabnya mereka, tetap tidak sama dengan anak sendiri.
Ibu atau bapa yang masih hidup ini tidak mempunyai aktiviti seluas aktiviti kita. Dia tidak mempunyai maklumat sebanyak maklumat kita. Kerana dia sudah tua. Janganlah anda jangkakan perbualan yang menyeronokkan kerana pengetahuannya kurang bersifat semasa dan tidak boleh dijadikan rakan sparring untuk anda mencambahkan idea.
Bagaimanapun perbualan dengan sidia yang kita kasihi ini boleh jadi menyeronokkan jika kita mahu menjadikannya begitu. Dia akan menceritakan pengalaman dan kisahnya di zaman muda. Dan ia akan diulang-ulang. Kalaupun tidak terlalu kerap, tetapi ia tetap berulang dan kita yang masih muda menyedarinya. Tetapi dia tetap seronok bercerita. Dengan syarat kita pandai melayan dan mendengar seolah-olah ia pertama kali sampai ke telinga.
Kita mesti menjadikannya sebahagian daripada keluarga kita. Apa maksud saya? Tidakkah memang dia adalah ibu atau bapa kita?
Tidakkah apabila kita merancang untuk membeli baju raya, kita asyik bercakap sesama kita, baju umi, baju abah, baju along, baju adik. Kalau kita tak sebut baju nenek atau atuk, senada dengan baju-baju untuk sesama kita, maka kita telah menyisihkannya, secara kita tak sedari dan tidak berniat. Tapi saya percaya sidia menyedari perkara itu, kerana dia berseorangan, pasangannya sudah tiada, tapi dia adalah orang tua yang amat memahami, tidak akan meluahkan perasaannya itu macam budak kecil, sebaliknya disimpan kemas di sebalik senyuman manis yang mendamaikan sianak. Ini hanyalah satu contoh.
Kalau kita mahu bercuti sekeluarga, adakah sidia termasuk dalam perkiraan, sama taraf dengan yg lain? Atau kita menganggap kehadirannya nanti sebagai sesuatu yang “mengganggu”? Ini hanyalah satu contoh.
Bagi anak perempuan, khidmat kpd suami lebih utama dan kita boleh memahaminya. Tetapi bagi anak lelaki, tiada alasan nampaknya. Itulah sebab harta pusaka diwarisi anak lelaki lebih banyak berbanding anak perempuan.
Adakah kita menyangka bahawa sekali sekala dibawa berjalan makan angin sudah mencukupi? Adakah kita menyangka sekali sekala dibawa makan besar sudah mencukupi? Adakah kita menyangka wang ringgit yang kita kirimkan itu sudah mencukupi? Dan yang lebih penting ialah adakah kita mengira bahawa itulah yang sebenarnya didambakan oleh seorang ibu atau bapa tua daripada anaknya?
Sesungguhnya jika anda dapat bertanya khabar selalu, dan mendengar khabar daripadanya seolah-olah itulah berita yang anda nanti-nantikan, walaupun ia mungkin berita ulangan.. jika itu dapat anda lakukan, saya percaya anda telah melakukan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini. Hakikat ini hanya disedari setelah sidia “tiada” lagi di sisi.
Letakkanlah orang tua kita di hati kita, sebagaimana kita letakkan isteri, suami dan anak-anak di hati kita. Tidak berkurang walau sedikit pun. Jika itu berlaku, segala kekangan akan menjadi mudah, segala batasan dapat diatasi, segala masalah dapat diselesaikan. Tiada lagi alasan.

01 October 2012

It's a boy... Alhamdulillah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Pagi tadi aku gi monthly check up di Klinik Pakar Wanita Annur B.B. Bangi. Jumpa lah aku dengan doktor kesayangan aku, Dr. Khamsiah. Sebelum pukul 8 pagi aku dah tercongok kat depan klinik. Kononnya tak nak tunggu lama. Dapat lah nombor giliran yang ke-6. Ok la kan dari no.  ke 20. Nanti kena tunggu berjam-jam....

Memang hari ni hari yang aku nantikan sebab boleh tengok kat mesin Ultrasound tu ada bebird baby ke tak.... Memang aku tak nafikan aku memang teringin nak anak perempuan tetapi Allah tu Maha Berkuasa, siapalah aku nak lawan takdir.... It's a boy la.... Gang Daddy lagi....

Alhamdulillah.... aku terima dengan hati yang terbuka dan punyai perasaan yang sama seperti aku mengandung yang pertama dulu. Cuma aku harapkan biarlah baby yang ku kandung ini sihat sempurna sepertimana Fatih dulu. Amin....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...