23 November 2012

Keperluan untuk baby

Assalamualaikum....

Sekarang dunia aku sibuk untuk mempersiapkan diri dengan kehadiran orang baru. Excited sangat tambahan pula bila dah punggah kotak simpanan barangan Fatih dulu. Setakat ni belum beli lagi pakaian baru... masih lagi bersabar sebab kena tengok pakaian yang ada dulu. Nanti membazir pula....

Rasanya kena beli dalam beberapa helai baju tambahan saja sebab baju-baju yang ada masih lagi dalam keadaan elok. Minggu depan kandungan dah menjangkau 29 minggu, memang dah kena standby keperluan baby dalam kereta. Tapi aku tak basuh lagi baju-baju yang ada dan tak pegi shopping lagi huhuhu~~

Sarung tangan dan sarung kaki

Segala pakaian, mainan dan juga buaian tersimpan dalam satu bekas toyogo. 

Dalam kotak lain, ada breastpump, wet tissues, toiletteries dan macam2 lagi.

14 November 2012

Makan-Makan di Nuin Little Perak di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum.....

Minggu lepas, buat detailed scan kat Klinik Annur, tengahari tu sementara tunggu no. giliran aku, aku dgn hubby dan juga Fatih (Fatih pun ado) pegi pusing-pusing cari makanan. Tiba-tiba teringat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang menayangkan kesedapan Nuin Little Perak di B.B.Bangi.....

Bila tengok dalam menu, memang semua rasa sedap dan indah dipandang tapi bila makanan dah sampai depan mata dan tekak pun merasa, tak boleh nak telan sebab tawar. Nasi Putih dgn Black Pepper Chicken tu aku minta tukar dengan menu yang lain iaitu Nasi Putih Ayam Merah pun tawar juga... Aku ingatkan tekak aku yang mengandung ni berubah deria rasa tapi bila confirm tak sedap. Tawar dan pedas macam tak bergaram.

Kata  waiter kat situ, chef yang selalu masak dan berhenti dan hari tu ada chef lain yang masak. Ntah... Memang frust sangat sebab kitorang ingatkan makanan kat situ sedap-sedap belaka. Nasib baik popiah tu sedap.....

Nasi Ayam tu pun lembik dan tawar juga tapi hubby bedal jugak la. Sayang katanya tapi aku memang tak boleh nak paksa masuk ke mulut. Sorry la kalau komen aku ni agak melampau.... Nasib baik waiter di restoran tu baik dan sabar melayan kerenah aku hihi.....

Antara gambar menu :
Nasi Putih dgn Black Pepper Chicken

Air Limau dgn Asam Boi

Nasi Ayam apa ntah (lupa lak)

Popiah Cheese (lupa jugak namanya)

Nasi Putih dgn Ayam Masak Merah

Ajar Fatih Solat

Assalamualaikum.....

Semalam intai Fatih solat dengan daddy... 
Rasa syukur sangat sebab dia selalu mahu solat. 
Selalu juga pesan kat hubby, ajak dia solat sama. 
Biar dia biasakan diri... 
Alhamdulillah... setakat ni ada juga dengar dia baca Surah Al-Fatihah 
dan ikut sikit-sikit bacaan dalam solat. Semoga senanglah nanti nak ajar dia solat.


Fatih bukan lah seorang yang suka diajar secara terus-terang. 
Maksudnya kalau nak ajar dia, kena gunakan cara lembut, tak boleh dipaksa sebab 
dia akan terus tutup buku dan pergi main. 
Kena banyak sabar dan berlembut dalam mendidik dia.... 
Kadang-kadang geli hati juga melihat dia solat sebab telatahnya macam orang pandai sangat.

Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang soleh dan taat pada perintah agama. 
Amin.....



Sempat juga dia jeling kat ibu...


12 November 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Assalamualaikum....

Setakat ni jadual ni yang aku jumpa tentang pembayaran gaji kakitangan awam pada tahun 2013.


09 November 2012

Tips memilih makanan laut yang segar

Assalamualaikum....

Kalau kita nak pilih daging atau ayam segar memang mudah jika dibandingkan makanan laut. Ada sesetengah orang masih tak tau membezakan mana masih elok dan yang mana tidak. Kali ni aku nak share tips bagi membantu korang memilih makanan laut yang segar untuk hidangan keluarga.

Sumber gambar: Pakcik Google

Ikan
- Lihat pada insang,. jika merah itu tandanya masih segar. Jangan beli sekiranya hitam atau lebam.
- Jika ikan bersisik, pilih ikan yang masih bersisik penuh bukan yang mudah tertanggal.
- Tekan bahagian perutnya. Jika lembik, itu tandanya ikan sudah lama.
- Jangan tertipu dengan warna kulit ikan yang kelihatan segar terutama cencaru atau kembung.

Ketam
- Ketuk bahagian atas cengkerang ketam. Dengarkan bunyinya dama ada bunyi penuh atau kosong.
- Ketam biru atau ketam renjong lebih enak jika dibandingkan ketam harimau.
- Pilih ketam betina. Caranya dengan melihat bahagian belakangnya. Jika berbentuk segitiga dan ada telur itu ialah ketam betina. Ketam jantan berbentuk kon dan agak susak untuk dikopek.
- Jika berbau hancing yang kuat itu tandanya ketam tidak segar.
- Tekan bahagian bawah ketam. Jika lembik itu bermakna, sudah lama dan isinya akan hancur jika dimasak.

Sotong
- Sotong biasanya mempunyai dua warna. Jika segar isinya putih dan kulit berbintik kelabu. Jika sudah lama mati, isinya merah. Kalau tertanggal kulit itu tandanya tidak segar.
-Sotong yang lembik bermakna sudah terlalu lama.
- Sotong tirus lebih enak dibandingkan sotong jenis lain.

Udang
- Pilih udang yang kulitnya tidak berkilat kerana itu adalah udang sangkar.
- Udang yang ditangkap rasanya lebih enak, lembut dan manis.
- Elakkan membeli udang yang ada garisan hitam pada bahagian kepada dan badan kerana sudah lama. Selain kepalanya mudah tanggal.

Kerang
-Memilih kerang segar paling mudah. Pastikan masih hidup dan tidak terbuka.

Harap tips ini dapat membantu korang memlilih makanan laut yang segar untuk dimasak buat keluarga tersayang.....

08 November 2012

MGTT

Assalamualaikum.....

Selasa lepas aku ada buat detail scan. Alhamdulillah, syukur aku kepada Yang Maha Esa segalanya nampak tiada masalah buat setakat ini. Segala yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Apa yang paling membahagiakan aku sekarang, tahun depan ada 2 perubahan penting dalam hidup aku. Fatih akan ke sekolah dan bilangan ahli keluarga bertambah seorang lagi. Lagipun tahun depan umur aku dah mencecah 30 tahun.

Esok pula, aku kena buat MGTT (minum air glukos) untuk check aku ni ada diabetes ke tidak. Kena lah set mind yang air glukos tu sangat sedap macam minum jus Tropicana   Malam ni start pukul 10 malam aku kena puasa. Hope result cantik la esok ye.

Buat mommies yang ada pengalaman buat MGTT... Macam mana pengalaman korang ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...