24 June 2013

Medela Harmony Breast Pump Second Hand

Assalamualaikum

Hai semua
Nak let go barang seperti di bawah
Sebab dah upgrade ke Medela Swing
Guna x sampai 5 bulan pun
Masih dalam keadaan baik seperti gambar di bawah
Harga : RM 70 (botol tak termasuk ye)
Berminat, sila hubungi saya (0162781090-yus)

~ SOLD OUT ~





13 June 2013

Check Up Anas 4 bulan


Assalamualaikum

Pagi tadi gi check up Anas... 
Emmm dah 6.73kg. 
Patut la lenguh tangan mak ko ni Anas oiii... 
Dah tu suka sangat main air liur. 
Misi kata nak tumbuh gigi tu.
 Dalam hati aku cakap "Alamak, nak tumbuh gigi. 
Abis la aku kena geget hehehe. Takde gigi ni pun, aku dah terjerit sakit. 
Kalo dah ada gigi, lagi lah hehehe"

11 June 2013

Bawa bekal ke ofis

Assalamualaikum

Alhamdulillah 
Setakat ni susu masih mencukupi buat Anas
Semoga Anas membesar dengan sihat ye hehehe...
Selalunya aku lunch time aku lari jap susukan dia

Ini tandanya Anas kenyang lepas minum susu

Inilah bekal yg aku bawa setiap hari ke ofis untuk Anas

30 May 2013

EBM - Susu Ibu buat Anas

Assalamualaikum

Dulu aku ada janji nak post pic EBM
So, kat bawah ni adalah stok terkini 
Stok terkumpul selama lebih kurang 2 bulan setengah
Start kumpul EBM ni pada 8 Mac 2013
Sebahagian telah diguna untuk Anas
Pic kat bawah ni baru ditangkap malam tadi

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi
Untuk sumber inspirasi buat kengkawan di luar sana
Yang inginkan menyusu anak secara eksklusif

Aku juga pernah berazam untuk susukan Fatih selama 2 tahun
Tetapi disebabkan kurang ilmu
dan juga kurang kesungguhan
Sempat susukan Fatih 6 bulan saja
Kemudian rasa menyesal
Sebab aku tau susu ibu adalah susu terbaik di dunia
Tapi aku sumbat Fatih susu lembu

Jadi
Buat Anas
Ibu tekad untuk susukan Anas selama 2 tahun
Insya Allah
Semoga kesilapan yang lalu tidak berulang lagi
Meskipun
pada awal kelahiran Anas aku tidak dapat susukan Anas
sebab susu memang tak keluar
Itu tidak mematahkan semangat untuk terus beri Anas susu ibu

Masih ingat lagi 
ketika malam kelahiran Anas
Aku susukan Anas dari pukul 3 pagi hingga Subuh
semata-mata nak Anas merasa nikmat susu ibu
Aku menangis
Sebab susu tak keluar
Walaupun Anas pandai menghisap
Terpaksa top-up dgn susu formula

Sekarang
aku berpuas hati
dengan usaha yang aku buat
Sokongan dari En. Suami
dan dengan izin Allah SWT juga
maka ini adalah hasilnya

Anas nye
Penuh dah satu freezer, kena tranfer sebahagian di peti ais biasa lak



29 May 2013

Rezeki buat Anas


Baru je pam tadi. Alhamdulillah.... Buat ibu-ibu atau bakal-bakal ibu, jangan mudah mengalah sebab rezeki itu, Allah yang tentukan. Berdoalah agar diturunkan rezeki yang mencukupi untuk anak-anak.


28 May 2013

Keletah dua beradik




Assalamualaikum

Sejak ada adik ni, Fatih dah semakin matang. Walaupun kadang dia terlebih manja atau perkataan yang lebih tepat lagi, mahukan perhatian tapi dia adalah seorang abang yang boleh diharap. Maklumlah jarak dia dengan Anas 5 tahun. Boleh lah minta tolong dia letak clothdiaper Anas kat bilik air atau minta tolong tengokkan Anas kalau Ibu tengah sibuk masak kat dapur. Tapi.... haa ada tapinya ye, kadang-kadang tangan dia sangat suka picit-picit muka adiknya dan suapkan adik benda yang dia makan. Bab tu, Fatih memang tidak boleh dipercayai.... ala budak baru 5 tahun kan.... hehe...

Selamat Ulang Tahun ke 5 Muhammad Fatih Mirza

Assalamualaikum

27 Mei 2013
Birthday Fatih yang 5 tahun
Semoga Fatih menjadi orang yang berguna
Taat pada perintah penciptamu
Mendengar kata ibu dan daddy
Hormat pada orang tua

Ketahuilah
Ibu dan Daddy sangat menyayangimu
Meskipun kadang-kadang permintaanmu
Tak dapat kami sediakan
Tapi kami tahu
Itu yang terbaik buatmu

Tiada apa yang kami minta
Cukuplah kamu jadi manusia 
Yang taat pada perintah pencipta dirimu
Kerana kamu 
Adalah hadiah Maha Agung
dari Allah SWT
buat Ibu dan Daddy

Sayang Anak Ibu
Kek comel yg dapat disediakan


Panduan Cairkan Susu Perahan

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.


1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.

2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.

3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.

4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).

5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.

6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.

7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.

8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).

9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.

10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.

11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.

12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.

13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Harap dapat membantu :)


Sumber : Majalah Pa&Ma

23 May 2013

Doa Mudah Bersalin

Assalamualaikum

Kepada kengkawan yang sedang mengandung atau planning nak mengandung mesti berdebar-debar membayangkan saat-saat bersalin nanti kan... Aku dulu pun macam tu juga, takut sangat menghadapi saat-saat getir tu tapi kalau kita selalu berdoa agar dipermudahkan bersalin, Insya Allah, Allah tu Maha Mengetahui.

Antara doa-doa yang selalu diamalkan adalah :

Doa Nabi Yunus

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)

Kemudian, amalkan baca Surah Al-Insyiqaq, Ayat 1-5





Maksudnya:
(1) Apabila langit terbelah (2) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh (3) dan apabila bumi diratakan (4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong (5) dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya)


20 May 2013

Mencari Breast Milk Storage Bags - You Have A Baby

Assalamualaikum... hai semua

Ada sesiapa yang jual plastik seperti di bawah ni?
 Kalau ada sila beritahu ye... 
Buat masa sekarang aku pakai plastik Autumnz... 
Boleh tahan la tapi mahal sikit. 
Kalau nak pakai botol, nanti banyak pulak botol nak kena beli huhu....

Susahnya nak dapat stok plastik EBM ni... Aku rasa ni plastik paling berbaloi  untuk simpan EBM  buat Anas.

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


**Lirik Lagu Opick - Tiada Duka Yang Abadi


Sayu je hati bila dengar lagu ni.... Touching sangat (-_-)

14 May 2013

Dah Masuk Kerja...

Assalamualaikum

Semalam aku start kerja setelah cuti bersalin selama 3 bulan. Lama aku tak jenguk blog sendiri, apa lagi singgah blog-blog korang. Nanti bila ada masa terluang, Insya Allah aku singgah blog-blog korang....

Mood nak blogging ni masih ke laut lagi... Lagi-lagi mengenangkan si kecik tu, terasa dia melambai-lambai panggil aku balik dukung dia. Sekarang Anas dah pandai senyum-senyum, tegur-tegur kita dan borak-borak kosong bagi mengisi masa lapang dia. Kalau lah aku boleh berhenti kerja.... hehehe....

Cukup dah berangan...

Sekarang aku lebih fokus pada penyusuan susu ibu untuk Anas sebabnya masa Fatih dulu, aku sempat susukan dia selama 6 bulan je. Itu semua salah diri sendiri sebab kurang ilmu pengetahuan tentang breastfeeding. Nanti aku upload gambar susu ibu untuk bekalan Anas. Insya Allah.

04 April 2013

Freezer untuk EBM Anas

Assalamualaikum....

Semalam cerita runsing pasal peti ais tak muat
Hari ni dah selesai masalah, Alhamdulillah
Freezer dah sampai

Semua ni gara-gara nak bf Anas secara eksklusif
tambahan pula Anas G6PD deficient
harap niat murni aku tercapai



03 April 2013

Peti ais penuh... EBM nak simpan kat mana?

Assalamualaikum....

Hal yang merisaukan aku adalah mana nak simpan EBM? 
Peti ais rumah aku dah penuh. 
Ni baru sebulan kumpul stok.
Masih ada 45 hari lagi aku cuti.
Mana aku nak simpan EBM lepas ni?
Tolong...!!!!

Nampaknya kena beli deep freezer la kan...
Perlu duit lagi tuh....
Tepuk dahi la...

Takpe, untuk Anas, ibu sanggup korban apa saja.
Yang paling penting kesihatan Anas.

 
Bekas dadih tu ada lebih kurang 50 bekas, plastik tu ada 8 dah kot ermmm....

Pengalaman bersalin Muhammad Anas Faisal

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat aku ada janji nak cerita pengalaman bersalinkan Anas kan... 

Ikuti kisah bersalin ku kali ini (macam iye2 lah pulak hehehe...)

12 Februari 2013 (Selasa)
Appointment 39 minggu dgn Dr. Khamsiah.

Pukul 8.30 pagi - Aku baru sampai di Klinik Pakar O&G Annur. Seperti biasa, ramai orang yang sedang menunggu giliran. Aku amik no. giliran lalu pegi cari sarapan pagi dan sempat gi beli barang keperluan  berpantang di Butik Mum Dreams kat belakang klinik tersebut. Memandangkan Dr. Khamsiah ada panggilan kecemasan, maka no. giliran aku lambat lg. Aku decide balik rumah dulu makan, solat dan mandi.

2.30 petang - Aku kembali ke klinik dan tunggu lagi. Sebelum ke klinik, aku rasa kepala baby mcm dah masuk ke bawah.
3.30 petang - Jumpa doktor Khamsiah. Scan perut, pastu aku bagitau doc, baby dlm perut baru gerak 4 kali hari tu. Kebetulan hari tu, baby memang kurang aktif. Doc cek bukaan dah 3 cm. Hehe.... kenapa tak sakit ek? Masa Fatih dulu 1 cm dah merengek2 aku kesakitan menahan kontraksi....
Doktor beritahu yg aku kena induce sebab takut baby lemas. Pasrah je lah... Sempat lagi aku tanya doctor, "Doc, sakit ke kalo induce tu". Doktor senyum je "Ye, induce lebih sakit jika dibandingkan bersalin secara semulajadi". Telan air liur aku dengar jawapan tu.
4.30 petang - Regiser utk masuk hospital Annur. Amik quad room je. Nak save bajet sbb byr cash kan.... Masa register, sempat minta ampun maaf kat Mr. Hubby (macam tak sesuai je masa tu hehe...) Aku terus dihantar ke labour room pakai wheel chair. Fatih dengan Mr. Hubby tak dapat masuk sebab Fatih budak lagi. So, minta tolong adik ipar tolong jaga Fatih di Puchong. Kesian Fatih kena hantar sana hehehe.... Kat labour room, aku disuruh baring dan nurse masukkan ubat kat punggung untuk membuang bahan buangan. Hehehe.... bila dah membuang apa yang patut, barulah rasa keyakinan untuk push dengan penuh keanggunan dan kesopanan hehehe....

Lepas tu, perut aku dilekatkan 2 jenis mesin iaitu CTG untuk memantau keadaan jantung baby dan mesin kiraan contraction bagi mengetahui kekerapan contraction dan tahap contraction yang aku alami. Tangan aku pun kena cucuk untuk masuk air....





Sepanjang petang tu memang aku tak rasa sakit langsung walaupun mesin kiraan contraction tu menunjukkan yg aku sakit kuat. Nurse cakap aku memang kuat sebab contraction tinggi tapi boleh senyum2 lagi. Serius.... aku bukanlah manusia yang tahan sakit tapi waktu tu memang aku tak sakit, pasal tu aku masih lagi boleh tersengih kat misi tu.... Masa tgh sembang2 dgn nurse, ada seorang lagi  nurse dtg kat aku, bagitau aku kena ditukarkan ke bilik twin. Aku cakap tak nak la... nak bilik quad. Nurse cakap, bilik quad aircond rosak, so aku dipindahkan di bilik twin tapi caj bilik quad je... Aku angguk je la....

5.30 petang - Aku diberi makan nasi dgn lauk tomyam ayam dan air milo. Emmm sedap gak la lauk hospital hehe... Aku bedal je sebab lapar sangat masa tu. Sebelum tu, aku call mak, nak bagitau anak kesayangan dia ni nak bersalin beberapa jam saja lagi dan mohon ampun maaf dari mak dan abah. Sempat lagi pesan, tak perlu datang sebab segala-galanya akan ok.

6.00 petang- Masih tunggu Mr. Hubby datang. Baring atas katil tunggu rasa sakit contraction tu datang sebab masih tak sakit lagi. Sempat call dan pesan kat Mr. hubby, tolong bawa kopi o. masih lagi sempat  call adik ipar (K. Nisak) tanya Fatih macam mana.... Takut dia cari daddy dan meraung kuat tapi Alhamdulillah, keadaan masih lagi terkawal. Doktor Khamsiah datang tengok aku, dia cakap dia nak pecahkan air ketuban dan lepas tu, mesti aku akan rasa sakit. B

7.00 mlm - Mula rasa sakit pinggang. Mr. hubby datang sambil senyum kat aku. Masa tu sakit contraction mula rasa sikit-sikit tapi aku masih lagi boleh senyum-senyum dan bersembang. Mr. Hubby solat Maghrib kat tepi katil aku dan doa agar aku mudah bersalin. Aku siap cakap kat dia, "Mungkin lambat lagi saya bersalin sebab sakit baru nak mula".

8.00 mlm - Aku mula rasa gelisah sebab contraction datang dalam 10 minit sekali. Sakit boleh tahan lagi. Nurse cakap, aku kuat sebab tak dengar pun aku mengadu sakit. Padahal aku dah mengadu sakit kat Mr. Hubby. Masa ni Mr. Hubby beri aku minum air zamzam, air selusuh dan kurma untuk kuatkan tenaga untuk push nanti. Nurse cek bukaan baru 5 cm. Masa Fatih dulu aku amik epidural....
9.00 mlm - Rasa sakit semakin kerap sampai aku tak terkira kekerapan dalam berapa minit. Aku genggam besi tepi katil untuk tahan sakit. Mak dah sampai kat labour room untuk tengok keadaan aku. Rasa terharu sangat sebab aku dah pesan kat mak supaya doa je dari rumah. Mungkin mak risau, sebab tu dia tengok aku. Sebab tu aku sayang sgt kat mak. Mak tak pernah biarkan anak-anaknya kesusahan sorang2. Kak Ngah aku bersalin kat Labuan pun, dia sanggup pergi tengok dan jaga Kak Ngah untuk 2 minggu. Abah pun ada tapi dia kat bawah dengan Kak Teh aku. Tiba2 aku rasa nak terkencing, mungkin minum banyak kot. Nurse masukkan tiub. Adoiii... sakit dan ngilu. Aku ingatkan boleh gi jalan ke toilet.... Ngeri bila aku kenangkan balik.

9.30 mlm - Aku pandang muka mak. Rasa nak peluk mak masa tu sebab aku tengah rasa macam mana mak lahirkan aku. Nurse cek bukaan dah 8cm. Nurse tengah siapkan alat untuk persiapan menyambut baby... Oh... Sakitnya masa tu, tak leh nak cakap... Mak suruh aku sabar dan urut belakang aku. Nurse syorkan aku amik ubat tahan sakit, aku angguk je. Pastu nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung. Tapi aku tak rasa ia membantu sebab sakitnya bertambah hehe.... Aku dah tak boleh tahan lagi....

10. 00 mlm- Mr. Hubby tak putus-putus berdoa kat tepi aku. Masa ni aku hanya mohon Allah mudahkan aku bersalin. Tiba-tiba, aku rasa macam nak buang air besar. Dah tak boleh tahan lagi... Nurse dah call Dr. Khamsiah dalam perjalanan. Masa tu rasa sakit contraction dah kurang. Aku dah tak ingat apa... Yang aku tau, aku nak buang air besar.... Dr. Khamsiah datang terus suruh aku push... Cubaan pertama tak berjaya sebab tak reti teknik nak push. Atas sokongan Mr. Hubby, doktor dan staf kat situ....Akhirnya cubaan kedua, baby meluncur keluar tepat pada 10.32 mlm dgn berat 3.3kg. Baby diletakkan di atas aku... Indahnya masa tu... Rasa sakit dah hilang. Mr. Hubby azankan baby dan dibawa ke bilik lain untuk pemeriksaan selanjutnya.



Selepas tu, Dr. tanya aku, nak tidur ke masa dia jahit....Aku tanya dr., "Banyak ke nak kena jahit?" Doktor jawab, "Adalah dalam 5 ke 6 jahitan". Aku terus minta untuk tidur saja masa dia jahit. Seram lah....

Sejam kemudian, aku tersedar dan dibawa ke bilik. Mr. Hubby masih tunggu aku sedar, then balik untuk tengok Fatih yg di tumpangkan di rumah adiknya. Alhamdulillah perjalanan semasa aku bersalin tak mempunyai masalah.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang boleh aku kongsikan bersama-sama pambaca blog aku.... Maaf, kali ni entry panjang.


22 March 2013

Lagi-lagi pasal Anas

Assalamualaikum....

Berat Anas dah bertambah sebanyak 1kg. Masa lahir 3.3kg, sekarang dah 4.3 kg. Alhamdulillah, semoga Anas cepat membesar dengan sihat. Mungkin berkat kesabaran ibu dalam memberi susu ibu... hehehe...

Pada awal kelahiran Anas, susu memang tak ada. Frust sangat, 3 hari tu puas bagi dia susu ibu dan berdoa agar diberi peluang untuk dia menikmati susu ibu yang penuh khasiat lagi lemak berkrim hehehe.... Alhamdulillah pada hari ke 3, dah rasa banyak sikit susu ibu untuk Anas meskipun belum berurut dengan bidan.

Aku ada juga beli ESP produk dari Shaklee untuk memastikan susu ibu bertambah banyak dan menyihatkan tetapi Anas pula kena berpantang dari produk tersebut gara-gara G6PD deficient. Mungkin takde rezeki nak nak minum ESP namun susu tetap banyak untuk Anas. Alhamdulillah....  Sekarang tengah bersemangat juang mengumpul stok Expressed Breast Milk (ESP).

Semalam aku sekeluarga balik rumah mak untuk bawa Anas pergi berubat ke rumah bidan Z. Dah seminggu Anas tak tidur lena. Start pukul 10.30 je dia merengek sampai lah pukul 4.30 pagi. Mulanya mungkin la  Anas kembung tapi hari Rabu lepas dia cuma dapat tido tak sampai 5 jam dalam sehari. Asyik terkejut aje... Mata aku pulak boleh diibaratkan mata panda. Alhamdulillah, malam tadi dah tak nangis. Boleh la tido nyenyak....


15 March 2013

Anas G6PD Deficient

Assalamualaikum.....

Menghitung hari... Hari ni dah 32 hari usia Anas tapi jaundice masih ada sikit lagi di muka Anas. Pagi tadi peha montok Anas kena cucuk.

Oh ye... lupa lak nak citer... hari ke 7, Anas kena masuk wad 6D di HTJ, Seremban. Tension lak aiiihh.... Sapo yg suko duk hospital. Jaundice reading meningkat sampai 380 pada malam aku menginap di hospital tersebut padahal petang tu reading baru 304. Menangis beb... kesian tengok dia kena bogel, mata lak kena tutup cam kat dalam gambar bawah ni dan terbaring bawah lampu fototeraphy tu... Dia seorang je pakai 3 lampu serentak. Orang lain tak macam dia.... Misi cakap, dia adalah calon yang bakal kena tukar darah kalo reading naik sampai 420. Hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan aku masa tu. Ye la kalo tukar darah, macam2 risiko yg kena hadapi.....
Hanya pakai pampers je.... 
Ok, pada keesokan hari, pagi-pagi aku dah terpacak kat bilik baby (baby tido bilik khas sebab ibu tak leh kaco baby masa wat fototeraphy) untuk mengetahui reading jaundice Anas. Alhamdulillah dah turun 256. Kalo turun bawah 240, dah boleh keluar wad. Aku pun pam susu banyak-banyak sebab nak dia sihat dan nak bawak dia balik rumah.

Lagi satu, Anas ni rupanya G6PD deficient (kekurangan enzim dalam sel darah merah). Kalo tak disebabkan Anas ni, mmg aku tak tau pasal G6PD ni....




Doktor suruh susukan dia dengan susu ibu sebanyak yang mungkin sebab lagi banyak dia buang air lagi cepat dia sembuh. Maksudnya kuning dia boleh keluar ikut najis. Nasib baiklah susu ibu kali ini agak memberangsangkan.Alhamdulillah, petang tu juga (hari ke 8), kami dah boleh keluar setelah reading jaundice Anas 236.

Perahan kali pertama buat Anas....

Bila kami dah tau pantang larang si budak kenit ni, sebelum balik rumah mak, Mr. Hubby terus kemas rumah mak, simpan spray nyamuk di tempat selamat dan pastikan tiada ubat gegat dalam rumah. Walaupun lepas keluar wad, itu bukan bermakna Anas dah sembuh sepenuhnya. kami kena bawa Anas ke KK Sendayan utk ambil sampel darah hampir setiap hari selama lebih seminggu. Kesian anak ibu... Kena cucuk kaki dgn tangan.... Pilu hati tau dengar dia nangis....

Sampai ke hari ni, Anas masih belum sembuh sepenuhnya. Isnin depan kena bawa dia jumpa paediatrik di Hospital Putrajaya untuk rawatan selanjutnya.... Last reading 146, still tinggi lagi. Semoga cepat sembuh ya sayang.....

Nampaknya aku memang pantang koboi kali ni.... Makan jamu tak boleh, lada hitam, kunyit, halia pun tak boleh.... Berat badan pun baru turun 6 kg je.... Masa pantang bersalin Fatih dulu, 16 kg berat badan aku turun tau.... Nasib lah kali ni.... Sayang anak, kenalah tunggu dulu nak jaga body ngeh3....


10 March 2013

Anak kedua...

Assalamualaikum


Nampaknya tak lama lagi aku habis berpantang.... Hari ni merupakan hari ke 27. Tak sabar rasanya nak habiskan waktu berpantang. Penat... bukan dapat rileks pun. Ye la berpantang kat rumah mak cuma 2 minggu je. Disebabkan Fatih dah sekolah, terpaksa juga aku berpantang di rumah sendiri. Mujur en. hubby banyak membantu. Kalo tak, tension juga....

Ok, aku nak upload gambar baby... Perkenalkan baby baru aku.....

Muhammad Anas Faisal
 Semoga kamu menjadi anak yang soleh....

25 February 2013

Akhirnya aku bersalin jugak

Assalamualaikum.....

Lama tak online.... Ada sesapa yang tunggu entry aku tak? Kalo ada, alhamdulillah, kalo takde, apa nak wat, terima jelah. Ok, aku nak bagitau korang yang aku dah selamat melahirkan seorang baby boy secara normal pada 12 Feb 2013 pukul 10.32 malam di Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi. Masa tu kandungan 39 minggu. Nanti insya Allah, kalo ada masa aku cerita pengalaman bersalin di sana....

Buat masa ni aku berpantang di rumah mak di Seremban. Mungkin hujung minggu ni aku balik Putrajaya. Fatih terpaksa ponteng sekolah hehehe... Oh ye... nama baby ialah rahsia lagi sebab tak confirm lagi. Tunggu lah daddy dia yg confirm kan. Gambar pula tak leh nak upload sebab connection lembab sangat.

Sekarang aku aku akan jadi suri rumahtangga sepenuh masa selama 90 hari... yahooo.... Kalau la ada cuti sampai setahun kan bagus hehehehe....

05 February 2013

Masih lagi bekerja di Opis....

Assalamualaikum....

Hari ni dah 38 minggu 5 hari usia kandunganku... Due date lagi 12 hari. Haih.... Makin tak sabar dgn waktu yang seakan-akan perlahan menghampiri hari pertemuan aku dgn baby. Lebih-lebih lagi bila dengar kawan-kawan yang seiring sejalan mengandung seusia aku ni semua dah selamat melahirkan. (Mood: Sangat jeles hehe....)

Hari ni masih lagi bertepek depan muka komputer opisku ini.... Meja kerja aku ni pun kalau boleh nak suruh aku balik je kot bila aku tak bergerak-gerak menghadap komputer. Penat nak ke hulu-hilir.... Jalan sikit pun dah termengah-mengah. Kalau waktu malam, lagi lah aku umpama robot yang ketandusan bateri. Masalahnya, kalau mata aku mahu pejam, takpelah juga... Ini terkebil-kebil sambil tengok air liur basi Fatih yang tidur nyenyak di sebelah hehehe.... (Eh! air liur Fatih ke air liur daddy fatih hahaha....)

Setakat ni alhamdulillah... kaki tak bengkak, kedudukan baby pun ok, batuk pun dah hilang. Cuma tunggu waktu je untuk melahirkan. Berdebar-debar rasanya... Maklumlah jarak Fatih dengan baby 5 tahun... Bukan masa yg singkat tu....

30 January 2013

Hamil 37 minggu 6 hari....

Assalamualaikum.....

Lama aku tak mengomel dalam blog  aku ni... Bukan takde masa tapi kemalasan melanda. Sekarang kandungan aku dah masuk 37 minggu 6 hari. Kiranya esok dah masuk 38 minggu. Sekejap je masa berlalu.... Berdebar-debar tunggu kelahiran baby. Macam mana lah rupanya nanti? Semoga aku bersalin dengan mudah dan semuanya selamat. Buat masa sekarang ni, masih belum ada apa-apa tanda lagi... Cuma sakit belakang dan sakit kaki saja... Kadang-kadang terasa kontraksi "Braxton Hicks".

Aku ni memang kategori penakut. Memang aku akui... Tak tahan sakit pun ye jugak. Minggu lepas batuk menyerang... Risau juga kalau proses melahirkan nanti, batuk-batuk. Takut terkoyak ke... Batuk bukan batuk malu-malu, ni batuk-batuk sampai termuntah, terkencing (maklumlah grip dah tak kuat) dan keluar air mata dibuatnya. Tapi alhamdulillah, malam tadi dah batuk dah berkurangan. Boleh tidur dengan syok sampai pagi...

Hari ni setakat pukul 2.30 ptg ni, baby baru 3 kali gerak. Kalau tak cukup 10 kali sampai pukul 9.00 malam nanti, kenalah pergi hospital nampaknya. Perut pun asyik memulas je tapi takde pulak rasa contraction. Haih..... Risau dibuatnya.

Sekarang ni aku masih lagi bekerja seperti biasa. Cuma aktiviti kerja rumah aku hadkan sedikit sebab badan cepat rasa penat. Terima kasih juga pada hubby sebab tolong buatkan kerja rumah dan melayan kerenah Fatih lebih-lebih lagi bab Fatih nak pergi ke sekolah.

Alhamdulillah, setakat ni semua perkara berjalan lancar. Barang-barang untuk baby pun dah ready, untuk ibu pun ok dah. Cuma kali ni tak beli set bersalin sebab beli apa yang pakai saja. Cuma aku tak tau lagi sama ada aku akan bersalin di Hospital Putrajaya atau Annur sebab kalau takde masalah apa-apa, aku lebih senang ke Annur sebab doktor dan nurse semuanya perempuan. Tapi itu semua tengok keadaan juga, kalau ditakdirkan aku ke Hospital Putrajaya pun ok juga sebab setakat ni ramai yang cakap servisnya bagus tapi bab jadi tontonan pelatih-pelatih dan doktor lelaki yang membuatkan aku rasa tak selesa....

Semoga aku dipermudahkan bersalin dan segalanya akan selamat. Doakan aku ye kengkawan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...