04 April 2013

Freezer untuk EBM Anas

Assalamualaikum....

Semalam cerita runsing pasal peti ais tak muat
Hari ni dah selesai masalah, Alhamdulillah
Freezer dah sampai

Semua ni gara-gara nak bf Anas secara eksklusif
tambahan pula Anas G6PD deficient
harap niat murni aku tercapai



03 April 2013

Peti ais penuh... EBM nak simpan kat mana?

Assalamualaikum....

Hal yang merisaukan aku adalah mana nak simpan EBM? 
Peti ais rumah aku dah penuh. 
Ni baru sebulan kumpul stok.
Masih ada 45 hari lagi aku cuti.
Mana aku nak simpan EBM lepas ni?
Tolong...!!!!

Nampaknya kena beli deep freezer la kan...
Perlu duit lagi tuh....
Tepuk dahi la...

Takpe, untuk Anas, ibu sanggup korban apa saja.
Yang paling penting kesihatan Anas.

 
Bekas dadih tu ada lebih kurang 50 bekas, plastik tu ada 8 dah kot ermmm....

Pengalaman bersalin Muhammad Anas Faisal

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat aku ada janji nak cerita pengalaman bersalinkan Anas kan... 

Ikuti kisah bersalin ku kali ini (macam iye2 lah pulak hehehe...)

12 Februari 2013 (Selasa)
Appointment 39 minggu dgn Dr. Khamsiah.

Pukul 8.30 pagi - Aku baru sampai di Klinik Pakar O&G Annur. Seperti biasa, ramai orang yang sedang menunggu giliran. Aku amik no. giliran lalu pegi cari sarapan pagi dan sempat gi beli barang keperluan  berpantang di Butik Mum Dreams kat belakang klinik tersebut. Memandangkan Dr. Khamsiah ada panggilan kecemasan, maka no. giliran aku lambat lg. Aku decide balik rumah dulu makan, solat dan mandi.

2.30 petang - Aku kembali ke klinik dan tunggu lagi. Sebelum ke klinik, aku rasa kepala baby mcm dah masuk ke bawah.
3.30 petang - Jumpa doktor Khamsiah. Scan perut, pastu aku bagitau doc, baby dlm perut baru gerak 4 kali hari tu. Kebetulan hari tu, baby memang kurang aktif. Doc cek bukaan dah 3 cm. Hehe.... kenapa tak sakit ek? Masa Fatih dulu 1 cm dah merengek2 aku kesakitan menahan kontraksi....
Doktor beritahu yg aku kena induce sebab takut baby lemas. Pasrah je lah... Sempat lagi aku tanya doctor, "Doc, sakit ke kalo induce tu". Doktor senyum je "Ye, induce lebih sakit jika dibandingkan bersalin secara semulajadi". Telan air liur aku dengar jawapan tu.
4.30 petang - Regiser utk masuk hospital Annur. Amik quad room je. Nak save bajet sbb byr cash kan.... Masa register, sempat minta ampun maaf kat Mr. Hubby (macam tak sesuai je masa tu hehe...) Aku terus dihantar ke labour room pakai wheel chair. Fatih dengan Mr. Hubby tak dapat masuk sebab Fatih budak lagi. So, minta tolong adik ipar tolong jaga Fatih di Puchong. Kesian Fatih kena hantar sana hehehe.... Kat labour room, aku disuruh baring dan nurse masukkan ubat kat punggung untuk membuang bahan buangan. Hehehe.... bila dah membuang apa yang patut, barulah rasa keyakinan untuk push dengan penuh keanggunan dan kesopanan hehehe....

Lepas tu, perut aku dilekatkan 2 jenis mesin iaitu CTG untuk memantau keadaan jantung baby dan mesin kiraan contraction bagi mengetahui kekerapan contraction dan tahap contraction yang aku alami. Tangan aku pun kena cucuk untuk masuk air....





Sepanjang petang tu memang aku tak rasa sakit langsung walaupun mesin kiraan contraction tu menunjukkan yg aku sakit kuat. Nurse cakap aku memang kuat sebab contraction tinggi tapi boleh senyum2 lagi. Serius.... aku bukanlah manusia yang tahan sakit tapi waktu tu memang aku tak sakit, pasal tu aku masih lagi boleh tersengih kat misi tu.... Masa tgh sembang2 dgn nurse, ada seorang lagi  nurse dtg kat aku, bagitau aku kena ditukarkan ke bilik twin. Aku cakap tak nak la... nak bilik quad. Nurse cakap, bilik quad aircond rosak, so aku dipindahkan di bilik twin tapi caj bilik quad je... Aku angguk je la....

5.30 petang - Aku diberi makan nasi dgn lauk tomyam ayam dan air milo. Emmm sedap gak la lauk hospital hehe... Aku bedal je sebab lapar sangat masa tu. Sebelum tu, aku call mak, nak bagitau anak kesayangan dia ni nak bersalin beberapa jam saja lagi dan mohon ampun maaf dari mak dan abah. Sempat lagi pesan, tak perlu datang sebab segala-galanya akan ok.

6.00 petang- Masih tunggu Mr. Hubby datang. Baring atas katil tunggu rasa sakit contraction tu datang sebab masih tak sakit lagi. Sempat call dan pesan kat Mr. hubby, tolong bawa kopi o. masih lagi sempat  call adik ipar (K. Nisak) tanya Fatih macam mana.... Takut dia cari daddy dan meraung kuat tapi Alhamdulillah, keadaan masih lagi terkawal. Doktor Khamsiah datang tengok aku, dia cakap dia nak pecahkan air ketuban dan lepas tu, mesti aku akan rasa sakit. B

7.00 mlm - Mula rasa sakit pinggang. Mr. hubby datang sambil senyum kat aku. Masa tu sakit contraction mula rasa sikit-sikit tapi aku masih lagi boleh senyum-senyum dan bersembang. Mr. Hubby solat Maghrib kat tepi katil aku dan doa agar aku mudah bersalin. Aku siap cakap kat dia, "Mungkin lambat lagi saya bersalin sebab sakit baru nak mula".

8.00 mlm - Aku mula rasa gelisah sebab contraction datang dalam 10 minit sekali. Sakit boleh tahan lagi. Nurse cakap, aku kuat sebab tak dengar pun aku mengadu sakit. Padahal aku dah mengadu sakit kat Mr. Hubby. Masa ni Mr. Hubby beri aku minum air zamzam, air selusuh dan kurma untuk kuatkan tenaga untuk push nanti. Nurse cek bukaan baru 5 cm. Masa Fatih dulu aku amik epidural....
9.00 mlm - Rasa sakit semakin kerap sampai aku tak terkira kekerapan dalam berapa minit. Aku genggam besi tepi katil untuk tahan sakit. Mak dah sampai kat labour room untuk tengok keadaan aku. Rasa terharu sangat sebab aku dah pesan kat mak supaya doa je dari rumah. Mungkin mak risau, sebab tu dia tengok aku. Sebab tu aku sayang sgt kat mak. Mak tak pernah biarkan anak-anaknya kesusahan sorang2. Kak Ngah aku bersalin kat Labuan pun, dia sanggup pergi tengok dan jaga Kak Ngah untuk 2 minggu. Abah pun ada tapi dia kat bawah dengan Kak Teh aku. Tiba2 aku rasa nak terkencing, mungkin minum banyak kot. Nurse masukkan tiub. Adoiii... sakit dan ngilu. Aku ingatkan boleh gi jalan ke toilet.... Ngeri bila aku kenangkan balik.

9.30 mlm - Aku pandang muka mak. Rasa nak peluk mak masa tu sebab aku tengah rasa macam mana mak lahirkan aku. Nurse cek bukaan dah 8cm. Nurse tengah siapkan alat untuk persiapan menyambut baby... Oh... Sakitnya masa tu, tak leh nak cakap... Mak suruh aku sabar dan urut belakang aku. Nurse syorkan aku amik ubat tahan sakit, aku angguk je. Pastu nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung. Tapi aku tak rasa ia membantu sebab sakitnya bertambah hehe.... Aku dah tak boleh tahan lagi....

10. 00 mlm- Mr. Hubby tak putus-putus berdoa kat tepi aku. Masa ni aku hanya mohon Allah mudahkan aku bersalin. Tiba-tiba, aku rasa macam nak buang air besar. Dah tak boleh tahan lagi... Nurse dah call Dr. Khamsiah dalam perjalanan. Masa tu rasa sakit contraction dah kurang. Aku dah tak ingat apa... Yang aku tau, aku nak buang air besar.... Dr. Khamsiah datang terus suruh aku push... Cubaan pertama tak berjaya sebab tak reti teknik nak push. Atas sokongan Mr. Hubby, doktor dan staf kat situ....Akhirnya cubaan kedua, baby meluncur keluar tepat pada 10.32 mlm dgn berat 3.3kg. Baby diletakkan di atas aku... Indahnya masa tu... Rasa sakit dah hilang. Mr. Hubby azankan baby dan dibawa ke bilik lain untuk pemeriksaan selanjutnya.



Selepas tu, Dr. tanya aku, nak tidur ke masa dia jahit....Aku tanya dr., "Banyak ke nak kena jahit?" Doktor jawab, "Adalah dalam 5 ke 6 jahitan". Aku terus minta untuk tidur saja masa dia jahit. Seram lah....

Sejam kemudian, aku tersedar dan dibawa ke bilik. Mr. Hubby masih tunggu aku sedar, then balik untuk tengok Fatih yg di tumpangkan di rumah adiknya. Alhamdulillah perjalanan semasa aku bersalin tak mempunyai masalah.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang boleh aku kongsikan bersama-sama pambaca blog aku.... Maaf, kali ni entry panjang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...