22 September 2014

Khas buat Abah

 Assalamualaikum

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


Sejak akhir-akhir ni aku asyik teringat abah. Bila dengar lagu bertajuk "Biar" by Fynn Jamal ni, airmataku meleleh. Sebak sangat. Ye lah aku kan dulu suka lawan cakap abah. Maafkan aku, abah.

20 September 2014

Hai, kembali lagi

Assalamualaikum

Hai semua pembaca blog aku. Lama aku x muncul malahan blog korang pun lama aku tak singgah. Dah lebih ssetahun kot aku menyepi hehehe.... Ye! aku tak punya masa yg banyak lagi atas sebab beberapa perkara yg menuntut aku supaya beri komitmen yg lebih pada perkara lain.

Ok, aku pun macam budak2 baru merangkak nak tulis blog semula. Dah macam x ada idea tp aku syg blog ni tau. Bukan tiada kisah menarik yg terjadi dalam kehidupan aku cuma aku penat. Penat sangat2. Mana nak uruskan rumahtangga, kerja, pendidikan anak, melayan si kecik dan akhir2 ni aku dah terlibat dgn dunia Tupperware pulak.

Cerita bab Tupperware ni kan, aku bukanlah peminat Tupperware sampai ketagih kumpul koleksi satu dapur tapi seronok dapat ramai kenalan melalui bisnes ni. Maksudnya, aku dapat ramai kenalan baru dan dapat jumpa kawan2 lama. Jejak kasih la konon2. Sejak join Tupperware ni, baru aku tau penangannya Tupperware pada sesetengah kaum wanita. Lain macam impaknya. Kalo x caya, join Tupperware dulu baru tau hehehe... (ayat promote Tuppeware plak dah! Sorry :))

Minggu ni aku terpaksa ambil cuti 2 hari gara-gara Anas, putera keduaku cirit-birit. Alhamdulillah dah sembuh. Fatih pula, tak boleh berenggang dgn smartphone aku. Mencabar nak didik anak aku yg sulung ni. Sejak tau download game, aku lg pening. Pantang aku lepa, handphone mesti kat tgn dia. Macammana nak buat? Sekarang Anas dah pandai berebut handphone dgn dia. Pasni rasanya kena stop dulu pakai smartphone kot.

“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak-anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan…” (Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)
Kesian mak bapak zaman sekarang ni, hidup dalam keadaan mencabar. Terkejar-kejar sana sini demi masa depan anak2 tapi jangan lupa kewajipan kita terhadap keluarga. Tanggungjawab kita pada pencipta, mak bapak kita, pasangan, anak2 dan orang sekeliling. Lakukan dengan seikhlas hati, pasti akan dapat ganjarannya.

Setakat ni dulu aku boleh menceceh... Sekian. Ank aku dah bangun pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...