13 March 2015

Perginya Seorang Abah

5 Februari 2015

Merupakan hari yang paling sedih dalam sejarah hidupku. Insan yang paling aku hormat dan yang paling aku sayang telah kembali ke Rahmatullah. Tiada lagi senyuman yang selalu kulihat tatkala aku balik ke rumah itu. Tiada lagi suara garau yang memanggil namaku. Tiada lagi kulihat susuk tubuh yang kurus dan dimamah usia duduk di belakang rumah sambil membakar sampah. Semua itu, aku rindu...

Ya Allah, aku tak pernah rasa rindu seperti ini. Tidak pernah rasa sedih seperti ini. Sayu lihat wajahmu buat kali terakhir. Setiap kali aku balik ke rumah itu, aku seolah-olah mengharapkan kelibat kamu, Abah. Kenapa begitu cepat kamu pergi, Abah?

Abah, rindunya untuk lihat kau senyum lagi padaku. Belum puas lagi untuk berbual dengan kamu. Perginya kamu tanpa pesan. Perginya kau begitu cepat. Setiap hari call Mak, tiada lagi suaramu yg selalu mencelah  ketika aku dan mak berbual. Perginya kamu, ibarat mimpi ngeri yang tak mahu ku ingat lagi. Meskipun kamu tiada lagi wahai Abah, raut wajahmu takkan kulupakan, suaramu akan terus kurindui, segala memori antara kita sekeluarga akan tetap terpahat dalam ingatanku dengan izin Allah SWT.

Semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pergimu takkan ada pengganti. Semoga kita dapat bertemu di sana. Insya Allah. Hanya doa yang mampu kutitipkan buatmu...

Al Fatihah buat Abah (Hj. Bakar bin Hashim)

Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu.

Al Fatihah buat Abah (Hj. Bakar bin Hashim)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...