23 March 2015

Maafkan aku, Abah.


Abah
Setiap masa ingat kamu
Kepalaku ligat mengenang kenangan lalu yang tak sudah-sudah
Mahuku melutut memohon ampun dari kamu
Ampunkan anakmu wahai abah

Rindu
Makin hari makin mencengkam
Cari mana bayangmu
Cari mana senyummu
Cari mana tanganmu
Cari mana susuk tubuhmu
Aku nak abah
Aku nak abah

Abah
Insan yang membahagiakan
Insan yang berjaya mendidik aku menjadi manusia
Insan yang menyokong segala hal yang baik untuk aku
Insan yang tidak pernah buat aku kecewa
Insan yang selalu menitip doa buat aku
Insan yang mengikut segala kemahuanku

Ya Allah
Mohon abah bahagia di sana
Mohon dilapangkan kuburnya
Mohon dapat jumpa abah bahagia di sana
Mohon abah baik-baik sahaja di sana

Wahai hati
Puasku pujuk untuk bersabar
Namun aku tewas melawan airmataku
Kalau lah boleh aku jumpa dia untuk sekali lagi
Aku cuma nak bagitahu yang aku sayang sangat kat Abah

Maafkan aku jika ada aku melukai hatimu

Segala memori tentang Abah tak mungkin aku lupa sampai bila-bila
Aku bangga ada Abah sepertimu.


13 March 2015

Perginya Seorang Abah

5 Februari 2015

Merupakan hari yang paling sedih dalam sejarah hidupku. Insan yang paling aku hormat dan yang paling aku sayang telah kembali ke Rahmatullah. Tiada lagi senyuman yang selalu kulihat tatkala aku balik ke rumah itu. Tiada lagi suara garau yang memanggil namaku. Tiada lagi kulihat susuk tubuh yang kurus dan dimamah usia duduk di belakang rumah sambil membakar sampah. Semua itu, aku rindu...

Ya Allah, aku tak pernah rasa rindu seperti ini. Tidak pernah rasa sedih seperti ini. Sayu lihat wajahmu buat kali terakhir. Setiap kali aku balik ke rumah itu, aku seolah-olah mengharapkan kelibat kamu, Abah. Kenapa begitu cepat kamu pergi, Abah?

Abah, rindunya untuk lihat kau senyum lagi padaku. Belum puas lagi untuk berbual dengan kamu. Perginya kamu tanpa pesan. Perginya kau begitu cepat. Setiap hari call Mak, tiada lagi suaramu yg selalu mencelah  ketika aku dan mak berbual. Perginya kamu, ibarat mimpi ngeri yang tak mahu ku ingat lagi. Meskipun kamu tiada lagi wahai Abah, raut wajahmu takkan kulupakan, suaramu akan terus kurindui, segala memori antara kita sekeluarga akan tetap terpahat dalam ingatanku dengan izin Allah SWT.

Semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pergimu takkan ada pengganti. Semoga kita dapat bertemu di sana. Insya Allah. Hanya doa yang mampu kutitipkan buatmu...

Al Fatihah buat Abah (Hj. Bakar bin Hashim)

Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu.

Al Fatihah buat Abah (Hj. Bakar bin Hashim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...